Jadi banyak perkara yang perlu kami terokai.
Oleh itu, pergerakan merupakan salah satu perkara yang amat penting untuk kami.
Kami sangat tidak berpuas hati sekiranya kami tidak berkemampuan untuk bergerak dan mencapai apa yang kami ingini ya!
Aimi telah berlatih setiap hari.
Berlatih untuk memperbaiki kemampuan gerakan Aimi.
Aimi paling teringin untuk berjalan sendiri.
Hoho kalau dapat berjalan seronoknya!
Dapat la Aimi pegi situ pegi sini
amik itu amik ini
gigit itu gigit ini
hihihi..
Kita perlu gigih ye kawan-kawan. Mula-mula cuba lah berpegang pada mana-mana bahagian yang kuat yang boleh kita harapkan.
Lepas kita rasa sedikit yakin, boleh pegang sebelah tangan sahaja. Mintaklah mama kawan-kawan tolong ye. Cuba imbangkan badan betul-betul.
Selepas lama berusaha, bolehlah kita tersenyum apabila berjaya berdiri sendiri. Eh..ye ke..rasa macam ada tangan je kat bontot Aimi..hmmm...
Untuk latihan berjalan, kita boleh menggunakan peralatan bantuan seperti ini. Tapi kita masih memerlukan pembantu. Sekurang-kurangnya ia tidaklah menyakitkan pinggang pembantu ye kawan-kawan.
Dan bolehlah kita membuat aksi ninja setelah kita yakin yang kita dapat mengimbangkan badan dengan betul. Ini penting untuk menakutkan musuh!
Yang paling penting, jangan mudah berputus asa.
Biar jatuh dan sakit, kita kena bangun lagi.
Selamat berusaha!
Selamat berusaha!
6 comments:
nampak gayanya xlama lagi leh jalan la Aimi...Irfan juga la xtahu bila..aktif xduduk diam nk ajar jln pun susah...
selamat berjalan Aimi!
hai aimi,slmt berkenalan n selamat berjalan.meh kite sama2 practise ye.hehehe.kite change link ye.tq follow blog mama kite. -qasrina
hahaha...comel betul aimi nie.. mcm awek jepun...
baik2 jln tu...jatuh bgun sndri..hehe..
cik aimi yg comel,dimanakah mama cik aimi mmbeli alat itu?auntie mcm berminat lar..
auntie2 yg berminat dgn alat itu blh search di mudah.my dgn kata kunci baby walker harness
Post a Comment