12/11/09

Mari mengemas

Hari ni hari cuti
Mama kata hari keputeraan sultan selangor
ok tak payah gi sekolah
best best

Pagi-pagi mama bersihkan laman rumah
sapu daun-daun kering
Aimi tolong la sikit-sikit

Pastu mama ngemas dalam rumah plak
rumah Aimi dah tak macam rumah orang sebelum kena kemas tu
Aimi ingat nak tolong mama kemaskan la mainan yang bersepah-sepah tu

Aik, dah kemas? Cepatnya.

Ermm..pinjam bear kejap ye mama.

Opss alamak, tak sengaja.
Aimi tengok mama garu-garu kepala.
Mama janji nak bawak gi swim dengan Anya.
Tapi sebab Aimi noti
dan mama sangat marah sebab Aimi nak makan nasik kucing
mama taknak bawak

Sorry ye Auntie Reeva
mama tu yang noti
lain kali Aimi datang ye

12/9/09

Aimi memandu lagi

Kali ni Aimi memandu kereta kecik berwarna merah jambu
sangat matching dengan baju Aimi hehe
dah lama sebenarnya
masa babah balik haritu

Sila layan dan nikmati kegembiraan Aimi memandu !!!


Jika berminat
sila ke Giant Kota Damansara
kat Tesco Setia Alam kat rumah Aimi pun ada
cuma takde kereta pink yang comel seperti Aimi itu =D

12/8/09

Mari belajar magic

Tahukah anda
Aimi boleh memasukkan badan ke dalam ruangan sempit.
Ya sila percaya.
Kerana ini adalah benar.

Lihatlah kemampuan sebenar Aimi
Aimi belajar sendiri
tak perlu berguru dengan Cyril, Amar atau lelaki bertopeng yang memecahkan kod ahli magik

Mulakan dengan cara begini
Pusingkan badan supaya kepala anda tidak menghadap bahagian gelap supaya anda tidak mengalami klaustofobia

Selamatkanlah diri anda jika terasa lemas..fuh fuhh
Selamat mencuba!
nota kaki untuk nuha:ini baju yang awak bagi tuh.cantik tak saya pakai?hihi

12/3/09

Selamat Hari Jadi Nenek

Aimi dengan berbesar hati nak ucapkan
Selamat Hari Jadi untuk Nenek!!
Aimi doakan semoga nenek
hepi hepi hepi selalu
sihat sihat sihat selalu
tenang tenang tenang hati selalu

Semoga nenek panjang umur
dan dimurahkan rezeki selalu
boleh belanja Aimi hihi

Nenek jangan buat keje berat-berat tau
buat keje ringan-ringan je
tak pun nenek gi la exercise pocho-pocho

Nanti babah balik Aimi balik umah nenek ye
Aimi sayang nenek mucuk-mucuk ni banyak-banyak tau
Take care nenek!