6/26/09

Mari makan tembikai bersama Aimi

Waa sedapnye tembikai sejuk.

Nyum..sedapnya. Kalo dapat makan sendiri lagi best ni...


Dapat dah...mama kata "hmm amikla aimi.."

Aik cucuk2 keluar air la..banyaknya air

Yeay sedap-sedap. Puas hati dapat makan sendiri...

6/25/09

Gambar pasport Aimi


6/22/09

Hari minggu Aimi

Hari minggu tu mula hari sabtu kan? Betul ke?
Hmm hari sabtu Aimi demam.
Sebenarnya petang khamis lagi mula. Jumaat pagi dah kebah, tapi malam demam lagi.
Aimi sangat rimas.

Sabtu pagi.
Mama bawak Aimi gi Klinik Mediveron kat Setia Alam.
Doktor suspek Aimi kena chicken pox tapi kena tengok sampai Isnin..hari ni la. Tak ada bijik2 merah berair yang doktor tu kata.

Sabtu petang.
Terkezuut Aimi. Bangun je dari tido nampak ada ramai orang dalam rumah..hehe.
Kawan mama rupanya Ada baby 2 orang- Nabil dan Chempaka.
Masa ni badan Aimi panas lagi. Aimi tak mampu nak main dengan diorg.
Aimi makan ubat..tapi ubat tu tak sedap.
Muntah plak, keluar ubat dengan susu sekali.
Malam tu Aimi rehat saja.
Ahad pagi.
Aimi dah sihat. Cuma ada hingus yang keluar keluar keluar.
Aimi tak suka mama sapu hingus, macam nak korek keluar semua taik idung..huh!
Ada lagi kawan mama datang, bawak hadiah untuk Aimi hehe..Aimi suka.

Terima kasih Macik Azlina!

Macik Azlina bawak Aimi dan mama pegi Jusco.
Belanja mama makan..amboi mama ni.
Pastu mama babai2 dia dan bawak Aimi jalan.
Tup tup Aimi nampak Ibu n d geng..aik camne ibu leh ada sini.
Ibu bawak kitorang tengok wayang.
Inilah cerita yang mama tengok. Aimi tengok jap je..baik layan tido..gelap..sejuk...zzz....

Habis tengok cite tu, Aimi jalan-jalan dengan mama.
Jumpe Pacik Clown. Dia bagi Aimi belon..bentuk bunga.
Pandai dia buat. Mama sila belajar ye.
Inilah belon bunga tu.
Jalan-jalan-jalan lagi.
Aimi dan mama kena balik dengan teksi Ibu.
Kitorang pun tunggu la aktiviti ayah yang singgah mengurut kaki.
Tunggu...
Ermm ramainya orang nak urut..sakit kaki ke semua???
Hello Colonel Sanders..apa bikin kat luar saja ni? Jomlah belanja Aimi.

Akhirnya dapat balik hihi. Tapi jap je, ibu dan semua dah balik rumah diorang. Aimi sedih tengok Avanza hijau tu berlalu. Tinggal Aimi dan mama berdua. Takpela. Mama ada temankan Aimi. Malam tu Aimi tak tido awal. Main-main dulu. Dah penat baru tido.

Ini adalah gambar pagi ni. Nampak tak merah?

Hari ni Aimi dah tak demam. Tapi apa yang merah-merah ni???

6/18/09

Main pantai..seronok!

Aimi balik KL lalu jalan Kuala Terengganu dan bermalam kat De Rhu Beach Resort dekat Pantai Balok, Kuantan.
Sampai je petang tu, Aimi terus terjun kolam huhu.
Esok pagi mama bawak Aimi jalan kat pantai.
"Jalan saja" kata mama. hehe ok mama!





Inilah Pantai Balok. Waktu pagi air baru saja surut kata mama.


Waahh macam best je bila ada air datang-datang kat kita.
Mama kata itu ombak. Ada buih-buih bila sampai kat kaki Aimi.
Mula-mula Aimi berdiri, lama-lama Aimi makin rendah hahaha.
Akhirnya mama mengalah dan terpaksa bukak baju yang Aimi pakai sebab tak bawah baju spare.


Semua dah terjun. Oh tidak..Aimi dan K Izzati sahaja yang kemaruk melihat ombak yang indah itu.


Aimi menantikan ombak dan busa-busa datang.

Pasir. Basah. Halus. Boleh pegang.

Eh apa tu? Cantik!

Shell. Inilah kulit kerang pertama Aimi. Ada tuan lagi. Dia datang pada Aimi dengan ombak.
Selamat tinggal pantai.

6/15/09

Aimi dah 9 bulan

Semalam Aimi dah 9 bulan.
Alhamdulillah dah besar Aimi kan hihi..


Apa yang Aimi dah boleh buat?
1. Makan bubur nasik yang hanya di blend sikit. Ada rasa butir-butir skit baru sedap.
2. Minum air dengan straw
3. Jalan sambil pegang pada kerusi dan meja
4. Berdiri tanpa pegang paling lama seminit
5. Panjat/ turun katil, kerusi, meja kecik, kuda dan walker
6. Merangkak dengan yakin boleh
7. Sebut bah bah bah, bak bak bak, mama (masa nangis sahaja ;) )
8. Gigi Aimi dah ada 6
9. Pandai cium mama
10. Tepuk tangan dan bagi "five!" pada mama
11. Kenal gambar mama dan babah
12. Tunjuk apa yang Aimi nak, contohnya tunjuk arah playground
13. Excited bila tengok Mickey Mouse, dengar lagu Wonderpet, tengok rakan tak sebaya, nampak kolam yang ada air dan nampak kucing
14. Bergedit bila dengar lagu nursery ryhmes
15. Buat sign bila Aimi tak suka kan sesuatu

Apa yang Aimi tak boleh buat?
Aimi tak boleh berenggang dengan mama! Kalau boleh Aimi nak masuk dalam perut mama balik. Senang mama nak bawak Aimi gi mana-mana.

Aktiviti Aimi di kampung

Awas entri ini adalah entri yang agak berat
kerana ada banyak gambar
hehehe

Antara perkara yang Aimi buat masa di kampung mama/ kampung Aimi juga sebab Aimi lahir di sini
1. Bermain dengan sepupu....... Abang Mat...
...Kak Izzati...

... Adik Jihah...

2. Panjat kerusi meja makan
3. Webcam dengan babah..
......lepas boring main dengan plastik

4. Main/ panjat kuda
5. Baca flash card

6. Bungkus barang makanan untuk pos kepada babah

7. Main pasir kat pantai

8. Tengok orang main layang-layang
9. Mandi kolam...
...sorang-sorang...
.....dan beramai-ramai
10. Main kereta kecik
Seronok sebab ada ramai orang.
Tapi babah takde.
Tetap lain hidup Aimi tanpa babah di sisi.
Babah jaga diri di sana.
Aimi selalu rindu babah.

6/11/09

Pencucian usus

Aimi dah 3 hari yak yak dengan banyak
Hari tu sebelum balik kampung, 4 hari Aimi tak buat keje tu
Ni dah kuar tak nak berenti lak
sama dengan hingus-hingus yang meleleh
dan ade 3 kali muntah dalam 3 hari ni
muntah dalam keadaan Aimi tengah tenang main-main
tiba-tiba termuntah..heran ye.

Tapi Aimi tetap rileks je main-main
dengan gembira
walaupun kadang-kadang rasa rimas
sebab badan pun panas

Tadi Aimi pegi Klinik Perdana lagi
jumpa Dr Hilaludin pakar kanak-kanak
dia check montot Aimi
dia kata Aimi sihat
mungkin nak cucikan usus yang dah penuh
dan berlarutan sebab kahak-kahak keluar kut bawah

Doktor kata Aimi akan pulih sendiri nanti
sebab Aimi masih breastfeed
doktor kata Aimi tak perlukan ubat
Hurray pada susu mama!

Aimi kena minum air garam ORS
tak nak bagi dehidrasi
Tapi
Aimi paling tak suka mama sapukan hingus yang meleleh ni!

6/7/09

Aimi balik kampung!

Semalam Aimi balik Kelantan.
Balik rumah Tok Bah.
Balik dengan Air Asia bersama rombongan Cik Kiah yang terdiri dari mama, ibu, k izah dan k izati, pak lang, mak lang dan najihah. Ramai kan...


Perjalanan yang panjang dari Balakong ke LCCT.

Pemandu: Ayah (ayah kepada k izati)
Kenderaan: Avanza hijau
Lagu yang dilayan: ABBA (ya perjalanan jadi bertambah panjang).


Kami sedang check in di kaunter. Lihat lah kakak ini sungguh cantik.

Kami sedang penat menantikan kehadiran kenderaan itu. Nampak tak kepala Aimi yang secebis je masuk lam gambar itu.


Akhirnya pukul 12lbh tghr Aimi sampai di Airport Pengkalan Chepa. Yang gembira itu adalah K Izah.
Inilah kali pertama Aimi naik kapalterbang.
Masa jalan nak naik Aimi teruja tengok kipas dia yang sangat besar.
Dalam tu ada kakak-kakak yang cantik..hehe.
Aimi nak menghabiskan cuti sekolah kat sini dengan sepupu sepapat.
Menghilangkan kesunyian tanpa babah di sisi.
Tapi babah tetap di hati Aimi.
I miss u babah!

6/4/09

Father's Day Contest


Lagi satu peraduan Aimi nak join ni. Nama dia Father's Day Contest anjuran MAMATISYA.Terima kasih Auntie kerana menganjurkan peraduan ni masa Aimi sedang rindukan babah. Sesuai sangat.
**********

Gambar Aimi dan babah yang paling Aimi suka tengok!

Nama penuh babah: Badrulhadza Amzah
Nama penuh Aimi: Aimi Husna Badrulhadza

**********

Gambar ni masa Aimi umur 3 bulan lebih. Kepala botak sebab baru lepas beberapa hari kena cukur dek babah. Masa ni babah baru balik keje. Dan babah baru dapat berita babah terpaksa tinggalkan Aimi dan mama sebab kena sambung belajar. Aimi tengok muka babah sedih. Aimi faham sangat perasaan babah masa tu.

**********

Sekarang ni babah dah pegi. Aimi tak dapat sambut Hari Bapa yang pertama dengan babah. Semoga babah tabah di sana. Aimi akan selalu ingat babah walaupun orang selalu kata nanti babah balik Aimi tak kenal babah dah. Jangan percaya kata diorang ye babah. Aimi hari-hari tengok gambar babah. Babah selalu di hati Aimi.

Waaaa...sedih plak rasa!

MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest

Aimi nak masuk peraduan
Peraduan ini dinamakan "MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest"
Anjuran dan penajaan oleh... (drumroll....)
1. MomBloggersPlanet http://www.mombloggersplanet.com/825/cutest-baby-photo-contest-june-09/
2. PhotoBook Malaysia http://www.photobook.com.my/
3. AliceWonders http://www.alicewonders.com/

Terima kasih kepada pihak penaja yang baik hati.
********************

Inilah gambar Aimi pakai baju merah. Ini kimono yang kawan baik mama, Auntie Mhe yang sekarang tengah belajar di Kyoto belikan masa Aimi baru lahir. Sekarang baru Aimi boleh pakai. Terima kasih Auntie Mhe dan Uncle Mon!
********************
Oh ye. Nama penuh Aimi ialah Aimi Husna bt Badrulhadza. Babah Aimi Badrulhadza Amzah dan mama Rumiza Abd. Rashid. Maksud nama Aimi ialah "keberkatanku yang indah". Insyaallah dan alhamdulillah Aimi telah membawa keberkatan dalam hidup mama dan babah. Aimi lahir pada 16 Ramadhan bersamaan 16 September 2009. Masa dalam perut mama, Aimi sempat puasa 15 hari tau..hehe.
********************
Kenapa Aimi mesti memenangi Cutest Baby in Red Contest ni??
Aimi memang nak menang peraduan ni. Nak hadiahkan hadiahnya nanti untuk mama dan babah. Mama akan kerja nanti, jadi mama perlukan beg tangan baru sebab dah lama mama tak beli beg tangan. Mama pun dah lama tak belikan barang-barang baru untuk diri sendiri. Asyik belikan barang untuk Aimi je. Lagipun 7 Jun ni harijadi mama. Aimi takde duit nak belikan hadiah untuk mama. Hmm....
Babah pun jauh. Tak dapat temankan mama masa hari jadi mama. PhotoBook tu plak Aimi nak hadiahkan untuk babah yang sedang belajar di tempat orang. Babah kat sana seorang diri. Rakyat Malaysia pun takde dekat tempat babah tinggal dan belajar. Boleh ubat kerinduan babah pada Aimi kalau ada gambar-gambar terbaru Aimi.
Tambahan plak, Aimi memang nampak comel kan dalam kimono merah tu ! Hehehe. Mama kata merah tanda berani. Aimi nak jadi budak yang berani. Walaupun babah takde di sisi, Aimi tetap berani mengharungi hidup menemani mama sebab Aimi tahu babah selalu ada dalam hati Aimi.
********************
Jadi,
apa tunggu lagi.
AFUNDI AIMI 500!

6/1/09

Selamat jalan babah!

Pagi ni Aimi ke KLIA
dengan babah, mama dan nenek
jumpa ibu kat sana

Aimi tahu hari ni babah nak pegi dah
semalam Aimi tengok babah kemas beg besar
babah nangis masa main dengan Aimi
Aimi pun sedih
tapi Aimi takmo nangis
Aimi takut babah sedih
nanti babah sakit pulak

Babah pegi sana belajar rajin-rajin ye
Jangan risaukan Aimi di sini
mama ada untuk jaga Aimi
babah ingatkan mama selalu cakap
"Sayalah budak yang kuat!"
Aimi kuat babah..babah pun kena kuat jugak
Aimi dan mama tunggu babah balik nanti
Kami sayang sangat sama babah!

Cheer up babah
jangan bersedih!