4/29/09

Kedutaan Filipina adalah tempat yang panas

Aimi sebagai pelawat sahaja..bukan sebagai duta..hihi
Belum masa lagi. Cakap pun tak pandai lagi, cane nak jadi duta.

Aimi temankan babah ke kedutaan untuk buat visa.
Kedutaan Filipina ni letaknya di Jalan Changkat Kia Peng.
Betul2 belakang KL Convention Center.
Melilau jugak babah dan mama cari
dan sebelum jumpa bangunan tu babah telah membuat satu andaian
"Kalo nama changkat mesti tempat tu ada macam tinggi, macam busut...huhu macam Changkat Jering". Itu bahasa orang Perak.
Changkat Kia Peng rupanya jalan naik bukit pada Jalan Kia Peng.
Hehe hebat gak babah

Aimi kepanasan di situ
sebab kaunter dia open air (orang keje bleh plak duk dalam bangunan beraircond)
hanya ada bumbung dan ada sikit bahagian bumbung tu ditutup dengan atap transparent
masukle cahaya matahari
kipas lak ada 2 je
mama dengan selamba telah bawak Aimi berdiri depan kipas
hoho syabash mama!

Sementara menunggu babah berbahasa Tagalog huhu dengan mereka di kaunter
Aimi telah bermain2 sama mama
dan juga tag itu


"Yeks Aimi takmo makan bende tu!'
boring ah mama ni..

Esok nak gi sane lagi
kutip pasport babah
babah nak upah Aimi tengok ikan
yeay! sila tunggu Aimi ye wahai ikan!

4/27/09

Air yang meleleh itu adalah hingus

Ada air asyik keluar dari hidung Aimi
cair
meleleh2 sepanjang masa
Lepas mama lap
dia keluar lagi

Air tu jernih
takde warna

Rupanya itu
hingus
atau air hidung

Cuaca terlampau panas
untuk hari ini

Macam mana esok hari
dan masa depan??

Makin panas cuaca
makin banyak kah hingus yang keluar?
Makin tak sihat kah kita??

4/21/09

Huh Malaysia sungguh panas. Dan gigi lagi.

Aimi kurang sihat hari ni.
Oh lupa plak, sekarang ni Aimi ada di kampung mama. Kota Bharu.
Babah ada kerja kat sini.
Sekarang ni panas sangat kat Kelantan ni.
Aimi rasa macam kena goreng..hehe.

Sebenarnya Aimi tak sedap badan sikit.
Ada lagi gigi mau keluar. Lagi 2 batang kat atas.
Hari tu Aimi minum air dengan cawan terhantuk pada gigi tu..adui sakit nye..huh!
Hmm nanti bolehla Aimi mengunyah macam babah.

Aimi balik dari KL-Penang Jumaat lepas.
Pagi tu singgah tengok Pesta Buku kat PWTC.
Waaahh seronok sangat!
Orang sangat ramai. Ramai yang pandang2 Aimi hihi
Banyak buku diorang jual. Bila Aimi dah bleh baca nanti mau suruh mama belikan buku cerita.
Ada sorang auntie perut besar datang tegur Aimi. Aimi senyum kat dia sebab Aimi nampak baby boy dalam perut dia duk lambai2 kat Aimi..hihi.

Hmm sampai Aimi tertido jalan kat situ.
Sedar2 keta babah dah gerak ke Penang.
Perjalanan haritu pun sangat panas.
Sampai mama kena lap2 muka dan badan Aimi. Dah kena air baru sedap.

Sehari je duk kat rumah, hari Ahad gerak balik Kelantan pulak.
Panas jugak hari itu.
Panas sangat, sampailah ke hari ni.
Tak de hujan.

Hujan..
mana hujan ni...
Aimi panas dan rimas dengan gigi yang nak keluar ni.

Tapi..
Hihi nasib baik ada teknologi aircond dalam dunia ni kan!

4/14/09

KL tunggu saya!!!

Arini Aimi nak turun KL
Babah ada keje nak settle hal study
Babah nak gi study.. =(
takpela nak wat cane

Hmm Aimi nak jumpa Tok Bah dan Tok Mi
diorg dah ada kat KL
blhla Aimi main dgn K Izzati

Tungguuuuu!!!
Aimi datang!!!

4/13/09

Aimi dan sembur

Aimi baru belajar satu aksi

Aksi ini dinamakan aksi "Cheeepuiii chepuiii!"

Video agak kurang berkualiti ye harap maaf

Tumpukan pada bunyi mulut Aimi

dan abaikan bunyi lagu nursery rhymes sebagai muzik latar

Hohoho Aimi sungguh teruja!

4/9/09

Menu sarapan pagi ini

Waaa pagi ni macam bersemangat sikit
pagi2 mama dah pasangkan vcd nursery rhymes
haha nak suruh Aimi layan sorang2 la tuh
mama nak ghaib ke dapur
Aimi pun bertindak bijak la dengan layan lagu2 tu lalalala....


Mama keluar dari dapur bawak mangkuk Aimi
mari kita lihat apa yang ada..


wow bubur nasik blend sama ayam dan kurma..sedapnye..

tapi sebelum tu, layan lagu " Farmer in the Dell" dulu
Hmm makan sambil tengok lagu lagi..eh sedap plak ayam dengan kurma ye

Layan lagi..lagu "She'll be coming around the mountain". Tgk mama wat aksi dengan bersungguh2 Nasik tak habis pun. Mama buat banyak sangat. Perut Aimi dah penuh dan akhirnya Aimi zzz......

Oh tapi jangan tertipu ye. Tido itu hanyalah sementara. Kerana masih banyak lagu yang perlu dilayan. Mari bangun dan buat aktiviti menonton.
Sekian dari Aimi untuk pagi ini...

4/8/09

Aimi adalah penggemar limau

Sejak dah dapat makan ni dah macam2 Aimi makan
hihi seronok rupanya dapat makan
tapi susu mama tetap jadi all time favourite Aimi


Antara menu yang Aimi dah makan:
Bubur nasi dengan kismis, ikan merah dan ikan bilis
Keledek lenyek
Labu penyek
Kentang tenyek
hihi
Buah pisang, epal, ciku dan limau


Aimi paling suka hisap limau
manis sedap
kalo mama dan babah makan mesti Aimi mintak sikit hihi



Itulah limau yang Aimi suka!!

Cepat2 ambik sebelum dihabiskan mama dan babah!

Wah sedapnye! Tak sabar dah ni.....
Nyum nyum nyum! Nyot nyot hisap2 dengan laju...
Hehe best! Sungguh seronok makan limau ye!


Silalah beli limau sedap ni di pasar2 berhampiran.
Boleh juga didapati di RnR sepanjang highway PLUS ye.
Sila rujuk kepada limau madu

4/2/09

Aimi praktis jalan

Latihan untuk hari ini:
Berjalan menggunakan kaki sendiri

Tempat:
Bawah Dataran Putrajaya
singgah saje sekembalinya dari Alamanda

Masa:
6.30 ptg
waktu matahari tengah nak turun sangatlah sesuai

Alat yang diperlukan:
Kasut dan stokin

Mangsa yang diperlukan:
Mama



yeay! buatlah muka yang riang ria sebelum bermula...


dan berdirilah dengan yakin


Berhentilah bila rasa penat ye
dan ajaklah mama dan babah pulang

Malam dapatlah tidur awal
sebab sangat penat berjalan kaki
tidur awal bersama mama
yang sakit pinggang
kerana terpaksa bongkok pegang Aimi
hihi best2



Sila cuba ye kawan2!!

4/1/09

Aimi dah kembali

Lama dah Aimi tidak bersiaran
Banyak masalah teknikal pada sistem maklumat Aimi di rumah ni
Dah 2 minggu berlalu
Babah pun dah balik

Masa babah takde
Tok Bah dan Tok Mi datang rumah temankan Aimi dan mama
Tok Bah dgn Tok Mi temankan Aimi pagi2
masa mama takde..aik mama gi mana sbnrnya??
Tok Bah kata mama work..tp rasa macam mama ada je dalam bilik
mesti diorg ni berkomplot

Pastu kan
dah mama takde...
Aimi disuruh hisap botol susu
Aimi tak suka!!
Tapi Aimi pun ada taktik Aimi jugak
sampai Tok Mi tak larat dah nak layan
Tok Mi bagi susu dengan bende picit2 tu..apa ntah nama dia

Pastukan
Ada lagi tiba2 muncul 1 botol susu yang agak aneh
Aimi tgk macam meme mama
memula hisap macam sedap
tapi Aimi tau ini lagi satu penipuan
Aimi bercadang untuk boikot jugak botol tu
lalalalala...

Masa ambik babah kat airport
Aimi terkejut
Aimi ingat Aimi tgh mimpi macam selalu2
tapi tgh malam Aimi tsedar dari tidur
tengok babah ada
Aimi sangat seronok
babah dah balik betul rupanya

Sebab terlalu teruja
Aimi tidur sangat lambat malam tu
hihihi
sambil dengar lagu2 baru yang babah belikan

Tapi
walaupun babah dah balik
Aimi takmo babah pegi lagi
Aimi sunyi nanti babah takde.....