12/30/08

Selamat Tahun Baru Hijrah

Assalamualaikum kawan-kawan

Kita dah masuk ke tahun baru 1430Hijrah
Apa azam baru kawan-kawan?
Aimi nak membesar dengan sihat dan cergas
Bila sampai hari jadi Aimi 16 September nanti,
Aimi harap Malaysia sekarang tak jadi Malaysia baru
Biarlah kita aman dengan apa yang kita ada sekarang
Selamat Tahun Baru



Nota kaki Aimi yang pening: Tak dapat nak upload gambar ni. Rasanya ada benda tak kena dgn broadband Celcom. Ye ke??!! Ke dgn lappy ni? Sapa tahu..leh ajar Aimi? Aimi tak pandai....

12/25/08

APO KONO EH JANG???

Apa kena dgn blogger ni?
Aimi xdpt nak upload gambar


Aimi nak tulis entri tentang trip Aimi ke Port Dickson
tunggu ye kawan-kawan


Nanti Aimi muncul lagi....

12/16/08

Aimi di kenduri kahwin

Cuti sekolah dah mula
Lama dah mulanya..hihi
So skrg masuklah musim orang kawin



Sabtu lepas kenduri cousin babah, auntie Ikin kat Tg Bidara
Aimi sampai Melaka malam sebelum kenduri
Fuuhh meriah siap ada bunga api berdetum detam
Maklumle anak pompuan sorg..maknye lak YB huhu
Dasat kaum kerabat babah ni

Pagi sabtu awal2 mama dah siapkan Aimi
Aimi mengenakan busana romper baby GAP pemberian auntie chems (glamer siot) kaler merah purple yg ada gambar burung hantu...hmm sesuai ke untuk kenduri??
Bersama pelengkap reben cantik di kepala untuk melindungi kepala Aimi yang botak (malu weh)
dan satu lagi motif reben ni utk elakkan soalan "Laki ke pompuan ni?"
Haha Aimi rasa sungguh kiut hari itu




Aimi is ready to go



Sampai di rumah kenduri macik2 tgh baca marhaban
Aimi macam biasa lepak kejap..pastu cari susu
Mama buat cubaan bagi susu dalam botol lagi
Hmmm tapi botol baru nampaknye
Haha sian mama Aimi
penamatnya tak berjaya jugak

Mama ngan babah cabut gi makan kenduri
Aimi dah beralih2 tangan dengan sedara2 kat situ
Aimi ape lagi..control kiut la
Nak up mama ngan babah
hihi



Lentok atas mama-sedap Aimi makan kenduri


Ini babah dan mama su Aimi. Sama tak muka diorg??

Aimi lepak2 sama Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Mama Su sama sepupu sepapat Aimi sampai petang
Dah berapa round Aimi tido bgn tido bgn pun Aimi lupe dah
Ramai gak kawan2 baby ada
Tapi Aimi tgk je..huhu tak reti lagi cane nak gi kawan2



Lepak sakan diorg pas kenyang makan


Sepupu2 Aimi..nakal tak muka diorg??!!


Aimi dah siap salin baju lagi



Ohh lupa lak..ni la pengantinnya..org tua panggil Raja Sehari
Agenda terakhir kitorg kat kenduri tu adalah
Menantikan nenek mengakhiri sessi karaoke
*Selamat Pengantin Baru Auntie Ikin dan Uncle Zam*


NOTA KAKI: Yang belum kahwin jangan risau. Banyak lagi cuti sekolah lain boleh kahwin. Jangan lupe jemput Aimi tau!!

12/15/08

= (


Mama bacakan suratkhabar kat Aimi pagi tadi.
Sedih sangat...
Ada sorg baby kena buang dalam tandas awam di pasar basah mana ntah..kat2 Changlun
Sib baik bontot dia tsangkut kat lubang jamban tu
Kalo tak dia dah jatuh dalam tu
Masa orang jumpa dia tgh hisap jari..
mesti baby tu laparkan
Nasib baik umur baby tu panjang



Sedihkan...
cat mama pun sayangkan baby dia
= (

Cat mama dapat baby


********Baby cat mama*****************

Hari tu cat mama, nama dia Ompok beranak. Ada 5 ekor hihi
Kiut je Aimi tgk..tp Aimi tak main lagi ngan diorg.
Mama tak bagi main. Tunggu Aimi besar.
Ada 2 kaler hitam je hihi
Hitam legam



Baby cat tu pun hisap susu mama dia
Sama cam Aimi



Mama kena la bagi susu kat Aimi camtu
Ompok pun tak bagi baby dia hisap botol




ye mama ye =D





12/11/08

Kombinasi yang sekata

Aimi menerima pujian dari K Fatin
atau sepatutnya di titlekan sebagai auntie fatin
hihi
perfectly blend between babah and mama
Tima kasih atas pujian itu..

*Babah*

*Mama*

*Aimi*

**************************************************************************************

12/6/08

Mama..Aimi takmo botol susu

Ada ke...
Mama wat cubaan nak suruh Aimi isap botol susu
Sian Aimi hihi
Walaupun susu tu rasa susu mama
Tapi Aimi takmo...
Rajah 1: Permulaan yang baik bila mama mengacu2 botol susu bersama makcik mother duck. Aimi tersenyum2 bila babah mengagah2 di belakang mama.
Rajah 2: Aimi mula gelabah bila babah bersiap2 nak kuar gi keje. Alamak!!!
Rajah 3: Aimi mula menunjukkan reaksi yang kurang baik dengan bermuka masam dan mula untuk nangis..wek wekkk. Mama tetap tak berputus asa..
Rajah 4: Aimi nangis sekuat hati sampai mama akhirnya mengalah. Aimi pun dapat habuan susu mama dari sumber yang sebenar.
Nasib la mama ye..
Aimi sebenarnya eheem ehhemmm je.......
huhu!!!

NOTA MATA : Apakah ini air mata yang sebenar atau lakonan semata-mata? Aimi saja yang tahu........

*************************************************************************************

12/2/08

Hari minggu Aimi yang best

Hari minggu lepas, Aimi kuar sama mama dan babah. Nak cari baju raya haji utk Aimi.
Maklumla baru first time nak rasa raya haji. Kena la ada baju baru..hihi.
Hari jumaat kuar lepas babah balik smyg jumaat.
Haha yang kelakar..mama gelabah tak dapat belek betul2 baju kat The Store tuh.
Sebabnya...
tak lain tak bukan
sebab Aimi kuwaaa kuwaa nak susu
Aimi tau mama mmg takleh tgk Aimi nangis
last2 balik je


Hari sabtu duk umah
babah layan hindustan

Hari ahad babah bwk Aimi ngan mama gi Queenbay Mall kat pulau.
Pukul 1130 pg kitorg dah smp. Mama tuju ke bhgn kanak2 Jusco dulu.
Part seronok yang Aimi nak cite ni..
sini ada baby's room
huhu seronok Aimi dapat nyusu dgn tenang
mama pun dapat shopping dgn tenang bila Aimi kenyang.
Tapi tak dapat jgk baju utk Aimi sbb takde saiz.
Baju saiz 0-3bln pun besar dabak..xsesuai utk Aimi yg kecil molek ni..petite

Hmm tp Aimi dpt toys kat Toys R Us
Babah belikan Aimi "On the go stroller arch".
Dgn butterfly besar leh attach situ sekali.
Bleh pasang kat stroller ngan car seat.
Hihi cantik tak? ada kaler2...


Balik dr Queensbay singgah Sunway Carnival Mall plak haha
yang ni kat Sbrg Jaya..on d way nak balik rumah
kat sini pun seronok
ada baby's room yang dilabel sbg "nappy changes room"
ada bilik untuk milking gak huhu
babah ada amik gmbr..cantik bilik ni..
kat Jusco lupe lak nak amik..huhu


Akhirnya mama berjaya mendapatkan baju raya utk Aimi
saiz 3-6 bln tp muat dgn Aimi...cap Pigeon
aritu pun cap ni gak yg muat Aimi
nak tgk??
Tunggu raya ye
nanti Aimi amik gmbr..
Alamak
tapi kepala dah botak
cane nak raya ni.....

12/1/08

Aimi berimej baru


*rambut baru Aimi huhu*
Babah dah cukur botak rambut Aimi sempena akikah sebulan lebih lepas.
Huhu tok imam tuh dah pesan suruh cukur abis.
Semoga rambut Aimi tumbuh cepat.
Segan lak jalan2 takde rambut.
Orang asyik ingat Aimi ni laki...huh..
Ape la..pakai pink pun tanya gak..mane le laki pakai pink kan..ade ke??
Mama dah belikan topi.
Yang muat kepala Aimi.
Banyak dah carik..akhirnya jumpe gak.
Sebenarnya..
Aimi rasa cam nak pakai wig jek..