1/30/09

Hobi Aimi


Aimi sibuk blogging sambil layan lagu kanak2

Lagu-lagu kanak-kanak

Mama selalu nyanyikan lagu "Incy wincy spider" dengan "5 little ducks" kat Aimi
lagu lain ade gak
tapi tak sedap kot..Aimi pun tak teruja dengar lagu2 lain tu
seronok..
kalau sambil mandi,
mama nyanyi lagu duck tu,
sambil Aimi mandikan mother duck dan baby dia..fuhh best sgt!


Satu hari tu,
mama dan babah singgah kedai tulis "Speedy Video"
ingatkan nak beli cd Faizal Tahir hihi
rupanya belikan Aimi "Nursery rhymes"
2+1 vcd dan cd
haha Aimi pun layan la...
Kawan-kawan baru Aimi dalam vcd itu:
Vinko the Dancing Bear
DJ the Dinosaur
Tempo the Tiger
Oboe the Monkey
Frankie the Elephant

Layan ye kawan-kawan..
Tima kasih mama dan babah!!

1/29/09

Aimi memandu

Dah lama Aimi duk tgk babah dan mama bawak kereta.
Teringin gak nak memandu..hihi.
Nampak macam seronok.

Aimi pun mencuba dengan keizinan mama.
Walaupun Aimi takde lesen tapi mama bagi gak sekejap.
Masa tu babah tengah main bola tampar.
Babah tak nampak..hihi..


Ready ye mama..buckle up!!


Vroom..vrooomm....pon pooon!!


Dah sampai. Waaa seronoknye!!


Tapi..
bila dah cukup umur
jgn lupa ambik lesen ye

Romper baru Aimi

Aimi suka pakai romper.
1. Sebab dia hanya sekeping kain, tak le complicated sgt
2. Sebab ada banyak gambar menarik pada romper, macam tshirt org dewasa
3. Sebab ada banyak warna menarik
4. Sebab ada butang kat bawah kelengkang, senang untuk mama tukar diaper Aimi


Hujung minggu lepas, Aimi balik umah nenek kat Melaka.
Jalan-jalan kat Dataran Pahlawan.
Mama dan babah telah shopping romper baru untuk Aimi..tima kasih =)












Koleksi romper baru Aimi




Babah sibuk membawa barang2

Aimi dan kucing


Lek je..lepak atas kucing..

1/26/09

Buku skrap dari mama






Aimi mula bertudung... (sebab Aimi masih botak)

Aimi terbaca kisah kawan baru Aimi di sini
pasal tudung..

Aimi nak kongsi satu fesyen bertudung yang sesuai untuk baby2
Tudung ni mama beli di pantai Teluk Kemang
masa jalan kat Port Dickson hari tu la
sbrnye kat memana pun leh dapat

Ini adalah tudung pertama Aimi
walaupun pakai tudung, tapi baju 'seksa' plak..
ini sume keje mama
Aimi tak mampu melawan

Untuk Nuha dan kawan2 lain
cubala fesyen tudung ni ye
pasti anda akan rasa sungguh comel
hihi




Taaadaaaa!!!

1/23/09

Perkembangan Aimi selepas 4 bulan

Haa tau tak apa yang baby umur 4 bulan boleh buat??
Aimi la baby yg berumur 4 bulan itu.
Aimi dah pandai mencapai dan pegang sesuatu terutama toy le.
Tapi pegang belum kuat. Bila dah dapat pegang, masuk mulut la..haha.
Gusi Aimi pun dah macam geli2 lak skrg. Aimi pun tak paham asal.
Mama kata gigi nak tumbuh..haa!Gigi?
Nanti blh la Aimi makan mcm mama dan babah yg kuat makan tu..hihi.
Mama bagi Aimi gigit itik kaler merah..namanya teether.
Tapi xsedap.

Aimi lagi suka gigit:
  1. tangan sendiri
  2. tangan mama
  3. tangan babah
  4. sapu tangan
  5. antena ulat beluncas
  6. sayap rama-rama
  7. kain baby pouch

dan segala benda yang muncul kat depan Aimi..huhu

Aimi selalu dengar mama dan babah nyanyi

"Terkapar kapar ku kelemasan..."

Mesti ngejek Aimi suka mengepak2 tgn..huh

Aimi kasi cerewet skit la skrg..nak balas huhu

Aimi suka bila rase ngantuk tapi tahan mata dari tido

Biar mama ulik2 smbl jalan2 pusing rumah 2-3 jam

baru Aimi tido..hahahha

Tima kasih mama

sebab layan kepelbagaian kerenah Aimi

Hitam putih Aimi








1/16/09

Dilema mama dan babah

Aimi tengok mama selalu menung akhir2 ni
Mama kata mama dah hampir kena start keje di UiTM
Kemungkinan besar di Shah Alam
Babah keja di Penang

Habis camne?
Aimi nak tinggal sama mama dan babah
Aimi nak tgk mama dan babah tiap2 hari
Aimi nak mama dan babah besarkan Aimi sama2

Babah plak mungkin kena sambung blajar kat Filipina
Nape jauh sangat?
Mama sama Aimi boleh ikut ke?
"Boleh ikut kalau mama tak kena keje" kata mama

Aimi sedih
Mama kata..
"mama terikat dengan kontrak,
kalau ikut hati mama,
mama nak duk rumah je jaga Aimi,
sampai Aimi besar"

Hmmm...

1/8/09

Al-Fatihah

Satu malam tu
sedang Aimi lena tido
mama datang peluk Aimi
mama cium Aimi
sampai Aimi tersedar

Mula2 Aimi pelik
Kenapa dgn mama?


Rupanya..
mama baru baca kisah Allahyarham Zulaikha yang meninggal masa arwah berumur 8 bulan, kalau Aimi tak silap...
arwah meninggal atas kecuaian babysitter

Entahla
Aimi pun kurang pasti
sebab Aimi belum tahu baca
Dan mama tak dapat nak cerita detail pasal kisah arwah
sebab mama tak sanggup nak baca habis


Sedih....
Kenapa ada orang macam ni kat dunia...


Bacalah kisah arwah di sini

http://memorizulaikha.blogspot.com/



Semoga roh Allahyarham Zulaikha dicucuri rahmat


UPDATE: Mama dah baca habis blog zulaikha. Dari entri pertama sampai yg terbaru. Mama mengucap dan peluk Aimi sambil membaca. Aimi tahu, mesti kisah arwh sgt menyedihkan. Semoga arwah bersemadi dgn aman. Amin.

1/5/09

Susu mama

Mama
Aimi mintak maaf
Tadi Aimi marah2
sebab mama bagi susu dengan sudu
hari tu dah bagi dgn botol
agaknya mama cuba cara lain
lepas Aimi takmau hisap botol susu tu

Aimi mintak maaf mama
sebab buat mama sedih, risau, kecewa ngan Aimi
Aimi tahu
dalam botol tuh pun susu mama
tapi Aimi nak susu dari mama sendiri

Aimi boleh tgk mama masa menyusu
Aimi boleh dekat dgn hati mama
Aimi boleh dengar degupan jantung mama
Aimi boleh lebih mesra dengan mama

Botol dan sudu tu
buat kita tak mesra
buat kita lebih jauh



Aimi nak selalu dekat dengan mama
Maafkan Aimi mama

Aimi di Taman Burung Penang

Sabtu lepas, Aimi pegi Taman Burung Penang. Kat Sbrg Jaya, xjauh sgt dr rumah Aimi.
Mama dan babah mmg suka pegi tmpt camni..tmpt ada haiwan2 hihi.
Walaupun mama mengejar dateline, tp tetap nak gi..haha apela mama...


Pagi2 kami dah gerak dari rumah. Terujanya nak tgk burung2.
Tapi Aimi pekena susu sedap dulu dalam perjalanan.
Dah kenyang baru leh jalan.



Panas gak pagi2 ni..tp bnyk vitamin D..

Babah beli ulat nak bg mkn burung2
hee jinak burung2 kat sini
selamba dek je datang lepak kat tgn org


Babah terpaksa snap gmbr tangan sendiri sbb mama tatau amik gmbr sepantas kilat


Tolong!! Jgn buang Aimi dalam kolam tu. Nanti Aimi dimakan ikan







Dah abis round taman burung ni, kebetulan Bird Show mula.
Ada burung hantu dgn burung helang yang terbang betul2 atas kepala Aimi hihi takot!
Habis show, mama dan babah ambik gmbr dgn beberapa ekor burung.
Aimi sudah mula menghisap tgn..huhu






Aimi berkenalan dgn sekor burung hantu.."Hello, nice to meet u!"


Koleksi burung hantu cantik tgh lepak kat pokok


Huh penat..panas..tapi seronok!
Ada kawan baby naik stroller tgk bird show
Bila nenek dia tgk Aimi kawan dgn burung hantu kecik tu, nenek dia suruh mama dia angkat dia kuar dr stroller. Nak kawan dgn burung hantu tu jugak kot.

Banyak burung Aimi baru kenal.
Seronok tak terkata.
Ni lah first time Aimi mandi peluh.
Tata!!

1/2/09

Aimi di Port Dickson

Akhirnya, dapat gak Aimi upload gambar setelah berhari2 mencuba dengan penuh kesabaran.
Walaupun tak semua yang Aimi nak upload dapat, tapi..takpela.

Hari tu, Aimi dah lupa bape haribulan, sehari dua lepas kenduri kat Melaka,
babah bawak Aimi dan mama pegi Port Dickson.
Babah ada meeting kat sane.
Kitorg duduk kat Tiara Beach Resort.

wahahah mula2 sampai, nampak mcm seronok!!!
Ada waterpark. Inilah waterpark dan artificial pantai pertama Aimi.
Aimi dah berangan nak main air.
Hahahaha mama babah pun sama.

Aimi pun ada pegi Pantai Teluk Kemang.
Jalan amik angin je..tade bermandi manda.
Mama kate nak mandi masuk bilik mandi huh..
Aimi tgk mama beria mkn kerang rebus dgn air kelapa.
Bak le susu Aimi..Aimi pun nak minum gak.


Pantai pertama Aimi. Babah cuba nak amik gmbr awek blkg tu..noti la babah ni!!


Walaupun bnyk org mandi kat waterpark tu, tp Aimi bukan salah seorg darinya.
Hmm frust Aimi. Mama ngan babah kate tunggu Aimi besar skit lagi.
Sebagai menghormati Aimi yang tak dapat nak main air ni, mama ngan babah pun tak turun main sama. Ok la tu..aci...
Kitorg pun jalan2 je pusing tgk org mandi
Sambil mencuci mata dan bermesra2 dgn kawan2 sepejabat babah.



Waaa!!! Orang ape ni??!! Takottt!!


Tolong!! Muka Aimi tak masuk lam gambar ni. Dah kira kes sabotaj neh..huh!



Hello auntie2 semua! Lihatlah Aimi yang sungguh comel ini...


Ada kawan baby la..Aimi tak sempat nak berkenalan. Mama kata nama dia fateh..ke faten. Hmm baby auntie khairani. Auntie ni semua sbnrnya tak sabar nak terjun kolam.Control je tu..hihi!!
Hari terakhir kat PD, mama sakit.
Muntah, cirit birit dan demam. Sian mama.
Aimi teman mama kat bilik. Babah pakaikan Aimi punye cool fever kat mama.
Tapi mama strong, tghr nak balik tuh mama dah blh bangun.
Agaknya sbb babah kata nak upah Prosperity Burger kot.
Seronok bercuti kat PD.
Nanti nak ajak mama babah datang lagi.