5/25/09

Aimi memandu lagi

Aimi suka memandu
walaupun tak de lesen
Aritu babah telah sewakan kereta untuk Aimi pandu
kat Ikano
sebab babah dah tak larat nak jalan kot
Aimi dengan steady telah pandu babah

Get ready babah! Buckle up! Vrooom vroomm vroomm!
Side parking dengan betul ye. Teett teeeeet teeet!
Nanti Aimi nak mintak babah belikan Aimi keta la
boleh nyanyi lagu
"Bapaku pulang dari kota
bapa belikan ku kereta"
Kawan-kawan cubalah memandu ye!

5/23/09

Mari tido di buaian taman

Ya kawan-kawan..
Aimi tertido di buaian itu!
Setelah seharian kepenatan
kerana bermain
merangkak
berlatih berdiri
berlatih berjalan
dan kepanasan dalam rumah
Aimi terbuai oleh keenakan buaian sedap ini
dengan angin sepoi-sepoi bahasa
yang meniupkan rambut-rambut halus Aimi
keindahan langit yang luas
tenang saja semuanya
Aimi pun layan tido la..hahahha
Sila tolong jangan gelakkan Aimi ye
kesian la kat Aimi ni
ermm dan sila bawa mama bila naik buaian
kalau tertido mama boleh pegangkan kepala
hihihi

5/22/09

Mari main buaian ini

Aimi bersiaran di Bandar Bukit Raja
agak sukar la Celcom Broadband kat sini
malu-malu kucing plak
nak kuar..tanak kuar...hish
susah payah baru kuar

Aimi nak ajak kawan-kawan datang sini
jomla!
kita main kat taman permainan depan rumah Aimi
kita boleh duduk sendiri atas buaian tu
tak payah mama tolong pegangkan
Aimi pernah tengok buaian ni dalam cd lagu nursery rhymes
ingatkan kat tempat orang putih je ada
hihihi





Hahaha seronok kan..
mehla ye
kita boleh main sama-sama
Aimi naik, kawan-kawan tolong tolakkan
hehehe
Eh.. Aimi dah dapat duduk dengan kukuh rupanya
yeay!

5/13/09

Aimi dah nak pindah dah ni!

Ini pengalaman pertama Aimi pindah rumah.
Rumah sekarang berselerak hihi nak jalan dgn walker pun asyik tersangkut kat box.
Mama ngan babah sibuk mengemas.
Aimi pun sedang sibuk ni.
Nak tolong mama mengemas.

Esok Aimi akan pindah dari Bertam ke Bukit Raja.
Tak dapat dah nak kawan dengan Alisha, Balqis, Mimi, Najla.
Pastu dengan abang darjah 4 yang naik basikal pastu berenti cium pipi Aimi.
Aimi kena cari kawan lain plak.
Bye kawan-kawan.
Bila babah balik nanti, Aimi akan datang melawat kawan-kawan.
Dan masa tu kita dah besar hihi.

Selamat tinggal semua.

5/12/09

Kebolehan bayi sebaya Aimi: Episod II

Kami, para bayi baru sahaja mengenal dunia.
Jadi banyak perkara yang perlu kami terokai.
Oleh itu, pergerakan merupakan salah satu perkara yang amat penting untuk kami.
Kami sangat tidak berpuas hati sekiranya kami tidak berkemampuan untuk bergerak dan mencapai apa yang kami ingini ya!

Aimi telah berlatih setiap hari.
Berlatih untuk memperbaiki kemampuan gerakan Aimi.
Aimi paling teringin untuk berjalan sendiri.
Hoho kalau dapat berjalan seronoknya!

Dapat la Aimi pegi situ pegi sini
amik itu amik ini
gigit itu gigit ini
hihihi..

Kita perlu gigih ye kawan-kawan. Mula-mula cuba lah berpegang pada mana-mana bahagian yang kuat yang boleh kita harapkan.

Lepas kita rasa sedikit yakin, boleh pegang sebelah tangan sahaja. Mintaklah mama kawan-kawan tolong ye. Cuba imbangkan badan betul-betul.

Selepas lama berusaha, bolehlah kita tersenyum apabila berjaya berdiri sendiri. Eh..ye ke..rasa macam ada tangan je kat bontot Aimi..hmmm...

Dan bolehlah kita membuat aksi ninja setelah kita yakin yang kita dapat mengimbangkan badan dengan betul. Ini penting untuk menakutkan musuh!

Untuk latihan berjalan, kita boleh menggunakan peralatan bantuan seperti ini. Tapi kita masih memerlukan pembantu. Sekurang-kurangnya ia tidaklah menyakitkan pinggang pembantu ye kawan-kawan.
Yang paling penting, jangan mudah berputus asa.
Biar jatuh dan sakit, kita kena bangun lagi.
Selamat berusaha!

5/9/09

Aimi di Kandid Kamera Mami & Baby Mei 2009

Semalam mama dapat surat dari Today Publishing
Aimi tengok muka mama excited..tersengih2
nape ye?!!



Mama kata gambar Aimi masuk dalam Majalah Mami & Baby
hihi tapi mama tak beli majalah tu
babah dah cari kat semua kedai dekat rumah ni
takde la majalah tu
babah lak sibuk hujung minggu ni
tak dapat nak jalan dan cari majalah tu
Alaa....
Tak dapatla Aimi nak tengok muka Aimi..

Diorang suruh datang amik hadiah
Yeay! Aimi dapat hadiah
nanti khamis ni dah pindah Bukit Raja
boleh la Aimi gi amik hadiah tu

Ada sapa2 yang beli tak?
Ada tak muka Aimi dalam tu?
Aimi teruja ni...

5/8/09

Kebolehan bayi sebaya Aimi: Episod I

Kami, para bayi mampu merasa sesuatu menggunakan deria yang ada dalam mulut
Mungkin berbeza dengan orang dewasa
yang mampu merasa menggunakan jari
Hujung jari kami masih kurang sensitif pada sesuatu rasa
Rasa..tapi kurang la
dengan mulut lagi mudah nak merasa bagi kami

Sebab tulah kami selalu dilihat memasukkan pelbagai jenis barang dalam mulut
salah satu perkara yang telah dimasukkan dalam mulut Aimi adalah...
bil Astro

Lepas keluar ambil bil dalam peti surat bersama mama
Aimi telah memegang bil tersebut dan memasukkannya dalam mulut
Kerana mama sedang sibuk di dapur walaupun sambil mendukung Aimi
mama telah tak perasan yang Aimi telah makan lambang Astro pada sampul bil tersebut

Oleh itu, kesemua lambang astro yang tercetak pada kertas itu telah punah dan berada dalam mulut dan tekak Aimi!

5/7/09

Gigi ke-3 dan ke-4

Selamat datang gigi ketiga dan keempat
Aimi dah dapat gigit makanan sampai putus dengan kehadiran gigi baru ni
seronok!

Dan Aimi jugak dah banyak kali gigit meme mama
hahaha
sian mama..
nasib la mama..Aimi suka..sedap!


Mama nampaknya cuba untuk membalas dendam dengan membelek bibir Aimi dengan rakus!

5/6/09

Mari memasak makanan bayi

Aimi nak bagi resepi makanan pejal pertama yang Aimi makan
ini khas untuk kawan Aimi yang tak lama lagi nak mula makan
Nur Aimy Marissa nama dia

Inilah kaedah yang mama guna untuk masakkan bubur nasik Aimi
1. amik segengam je beras
2. basuh bersih2 dalam periuk yang kecil (mama siap belikan periuk baru)
3. bubuh air banyak2 dan masak nasik tu sampai pecah butirnya (sebenarnya tak pecah pun tak pe sebab nanti nak blend dia gak)
4. bila dah masak amik nasik dan sikit air nasik itu masuk dalam blender
5. tambah lah kismis atau kurma untuk menyedapkan ia (cari kismis atau kurma yang basah, yg kering tak hancur bila di blend)
6. dah siap blend, tapis dulu
7. barulah boleh makan ye

Sekarang Aimi dah makan bubur nasik dengan ayam, carrot atau ikan merah.
Keledek, kentang, pumpkin pun pernah. Pumpkin paling Aimi suka.

Aimi nak memperkenalkan satu barang.
Nama dia Food Maker.
Masa Aimi berkunjung ke satu kedai baby aritu, aunty tu perkenalkan barang ni pada mama.
Tapi mama tak beli..huhu. Penat tokey kedai promote.
Yang aunty tu tunjuk brand Tollyjoy. Harga dalam RM 35++.

Untuk aunty mama Aimy sangat sesuai guna barang ni.
Dia terdiri dari banyak barang, boleh tumbuk, buat jus, boleh potong sayur jadi kecik2..
Kalau aunty nak kirim, Aimi boleh tolong belikan sebelum Aimi pindah dari Bertam ni hehe.



Mama ada beli satu buku untuk panduan dari Persatuan Pengguna Penang (CAP)
boleh didapati di kedai buku berhampiran dengan harga RM2.50 je. Dalam buku tu tunjukkan yang pengeluar makanan bayi ni sebenarnya banyak menipu huhu

Oleh itu,
marilah kita masak makanan bayi bersama2
sebab bayi belum pandai untuk masak makanan dia sendiri

Pesanan khidmat masyarakat dari,
Cik Aimi Husna

5/5/09

Aquaria KLCC adalah tempat yang banyak hidupan

Seperti yang babah dah janji, babah nak bawak Aimi tengok ikan.
Nak sampai situ sungguh mencabar.
Kena lalu hutan, sungai, jambatan..
Tak caya?? Tengok ni babah bawak Aimi lalu jambatan.
Aimi agak gayat bila pandang sungai itu..hihi.

Jalan punya jalan, sampailah kat Aquaria.
Aimi disambut oleh ikan piranha. Babah kata makan orang ni..hee takotla.
Kolam seterusnya ada haiwan yang boleh disentuh. Tak makan orangla kot.
Mama lak teruja nak pegang semua.
"Baik2 mama, nanti putus lak tangan. Cane nak suap nasik kat Aimi nanti?"

Mama pegang tapak sulaiman. Rupa dia macam twinkle twinkle little star je.
Ada gamat, belangkas...hmm nasib baik Aimi tak terjatuh dlm kolam tu.
Kalo tak Aimi pun kena jadi bahan pameran gak..hihi.

Aimi jumpa macam2 jenis ikan. Geram nak pegang.
Tapi dia duduk dalam kaca. Kaca tu dipanggil akuarium ye kawan2.
Kalau nak bela ikan kat rumah, boleh beli akuarium.
Aimi tak boleh. Nanti kucing Aimi makan.



Yang ni nama dia penyu. Cantik dia.
Seronok Aimi tengok dia berenang2.
Dia ni yang macam dalam Ninja Turtle tu. Aimi tak tengok cite tu. Babah yang selalu tengok.
Penyu ni dia berenang kat laluan yang sama je. Agaknya dia dah tinggal cebis roti kat laluan tu. Macam cite Hensel n Gretel.


Ikan ni Aimi lupa nama dia. Tapi dia cantik.
Meriahkan dia??hihi
Kalo dapat amik makan ni sedap!



Ada terowong yang kita boleh tengok macam dalam laut.
Ada ikan2 besar, jaws yang gigi banyak, ikan pari yang berenang lemah gemalai, ikan yu bodo pun ada..duduk je tercongok tak gerak.
Ada sorang aunty mat salleh borak dengan Aimi tanya pasal yu bodoh tu. Dia ingatkan batang kayu hahaha...
Selain haiwan yang berenang, ada jugak yang tak berenang.
Ular, cicak macam2 saiz, itsy bitsy spider, katak..


Sungguh seronok! Banyak benda baru yang Aimi belajar.

Tima kasih babah.
Lepas ni, babah dah gi belajar. Tatau bila lagi kita boleh jalan sama2.
Stay handsome ye babah!

Keluar je mama jumpa kawan lak.
Inilah Aunty Ust kawan mama kat u dulu. Dah 8 tahun tak jumpa.
Nanti boleh ajak Aunty Ust belanja Aimi aiskrim.
Huhu Aimi ternampak kedai New Zealand Natural..nyum nyum..
Nak..nak!

Aimi dah balik Penang.
Kena kemas barang2, tgh bulan ni kami nak pindah.
Sedih nak tinggalkan kawan2 kat Bertam..
Lepas ni nak mulakan hidup baru di Bukit Raja.
Tunggulah kehadiran Aimi!