9/29/09

Bermain di taman

Ini kawan main Aimi. Nama dia Windmill. Aimi panggil dia Wiwi.
Eh jatuh plak...Mari kita main.Mari cuba lalu terowong ni. Hujung ada ape ye?Eh boleh pusing..Tingginya jambatan..
Tapi..
macam ada sesuatu yang kurang...
Apa ye?
Babah tak ada.
Aimi rindu babah Aimi.

9/21/09

Aimi beraya di Kota Bharu

Aidilfitri ni kali kedua untuk Aimi.
Kali pertama Aimi raya tanpa babah di sisi.
Aimi balik Kota Bharu dengan mama, ibu, kak ati dan kak izzah naik Firefly yang-panas-masa-mula2-kita-naik-tak-tau-pasang-aircond-ke-tak.
Berpeluh2 Aimi. Tapi takpela, selamat sampai lepas sejam.

Kat rumah Tok Mi dan Tok Bah meriah sikit dari rumah Aimi.
Ye la kan kat rumah Aimi ada Aimi dan mama je.
Aimi main dengan Kak Ati, tapi main dengan berhati2 sebab dah biasa kena buli.
Jadi kali ni Aimi beringat selalu hehe.

Antara aktiviti Aimi Aidilfitri kali ni:
1. Membuat persiapan raya seperti menumbuk dan memasak, maklumla anak dara kena pandai wat kerja2 dapur

2. Pada pagi raya, Aimi mulakan dengan mengira duit yang mama panggil Duit Raya. Tolong kemas2 ape yang patut dalam beg duit mama tu sambil tengok gambar babah dala tu.
3. Bersalam2an dengan Tok Bah dan Tok Mi. Ada sesi ambik gambar. Haih Kak Ati tu buas tul. Tak larat Aimi tersengih masa posing. Rosak gambar.


4. Jalan2 kutip duit raya. Aimi dan mama ikut ibu, ayah, kak ati, kak izzah, che su dan tokmi jalan rumah sedara mara. Panasnya KB ni. Peluh2 Aimi..hehe.
Berapa duit raya Aimi dapat? Rahsia hehe.


Rindu sebenarnya kat babah.
Aimi selalu tengok gambar babah kat rumah Tok Bah.
Aimi tumpang manja dengan Tok Bah je sebab Aimi dah lama tak jumpa laki2, termasuklah babah.
Tapi Tok Bah selalu lenguh kalo dukung Aimi =(
Tok Bah selalu nak tegur Kak Ati je... =(
Takpe lah.
Mama kata babah balik bulan depan.
Aimi nak main dengan babah je nanti.
Selamat Hari Raya semua.

9/16/09

Aimi dah setahun!

Hari ni hari jadi Aimi.
Bangun je pagi tadi, Aimi tengok mama nyanyi2 kat Aimi hehe.
Tak sangka kejap je masa berlalu.

Ini Aimi 16/9/2008. Tengah penat. Masa ni Aimi tak mampu nak buat apa2. Tengok je keliling. Dunia yang baru Aimi sampai.

Sekarang Aimi dah besar. Dah mampu buat macam2 sendiri. Seronok!


Tima kasih mama dan babah sebab dah besarkan Aimi.
Aimi sayang mama dan babah.

9/14/09

Penat, rimas dan baru-baru

Aimi ada 3 perkara nak cerita.

1. Penat
Sejak dapat jalan sendiri, Aimi selalu jalan je dalam rumah. Kadang-kadang je nak mama dukung..hehe. Senang nya boleh jalan ni. Nak gi mana-mana senang sangat. Aimi boleh gi ke rak buku dan jatuh2kan buku-buku mama, boleh ke dapur kemaskan bekas-bekas yang mama susun kat rak dapur, boleh tolak troli pasar mama sendiri, boleh panjat tangga, boleh kejar kucing dan macam-macam lagi la. Pastu kalau mama asyik duk tengok drama je kat tv, Aimi boleh jalan cari remote dan bagi kat mama suruh mama tukar kartun Aimi. Tapi kan, letih la pulak jalan ni. Baru Aimi tahu. Sebab selalu kepenatan, Aimi selalu tido awal sekarang. Pukul 7, 7 lebih, 8 atau 8 lebih.

2. Rimas
Tapi 2-3 hari ni, Aimi kurang sihat sikit. Batuk dan selsema. Bila bersin, kuar hingus meleleh2. Kalau Aimi bersin mama mesti terus melompat dengan kain nak lap hingus. Walaupun kadang-kadang takde pun hingus yang keluar haha. Lagi satu batuk. Batuk selalunya masa Aimi nak tido. Dah penat tadi mesti nak tido, tapi selalu terganggu oleh batuk. Rimas!

3. Baru-baru
Satu perkara baru yang Aimi dah berkebolehan untuk buat sekarang adalah......bangun tengah malam untuk main! Lepas tido awal, badan rasa segar skit. Jadi bolehla sambung bermain bila tersedar sewaktu tidur, tak kiralah masa tu malam ke hape ke. Tak risau punya, kalau mengantuk pagi esok tu boleh tidur.

Tapi...
apa yang berlaku pada mama?
Hanya Allah Yang Mengetahui

9/13/09

Tengokla orang besar ni makan waktu berbuka

Puasa. Mama kata tak boleh makan atau minum di siang hari.
Nanti Aimi pun kena belajar puasa.
Aimi selalu tengok mama makan waktu Maghrib je.
Mama kata nak berbuka puasa.
Lapa sangat nampak mama masa tu..hehe sian.
Tambah sian kat mama..selalu mama berbuka puasa sorang2.

Seminggu dua ni je ada kawan mama, Aunty Ust teman waktu hujung minggu, lepas kuar shopping sama2..hehe.
Aimi pun suka sama Aunty Ust sebab dia suka main dengan Aimi.

Minggu ni misi mencari kasut raya Aimi. Aunty Ust nak cari baju raya tapi tak jumpa2.
Jalan kat Jusco Bukit Tinggi.
Dah beli kasut raya Aimi, mama kata nak buka puasa kat sini je.
Kat Papa John Pizza.
Waa tengokla ape yang diorg order..nampak sedap. Itu adalah piza dan pasta.

Haha tengok mama tu.. dah kenyang dah tu. Puas hati nampaknya.

Aimi haus lepas dah meme pun. Mama bagi Calciyum..baru ni..sedap2.

Seronok jalan.
Tengok tempat baru.
Tengok makanan baru.
Tengok mama kenyang heehe.

9/4/09

Jom berjoget!