7/30/09

Dah 2 hari Aimi tak pegi sekolah!

Hahahaha padan muka sekolah
Aimi dah 2 hari tak datang sekolah
sebab Tok Mi dan Tok Bah ada kat rumah
Hari isnin, selasa kena pegi
walaupun TokMi dan TokBah ada
apesal ntah
tak aci betul!

Rabu dan khamis
Aimi ada hingus skit
hehe Tok Mi kate
"Laa selsema ni..xyah la gi hari ni. Tok Mi jaga"
huhu terus la Aimi wat2 lemah

Hahaha babai sekolah
esok pun Aimi tak datang gak
malam ni babah sampai
esok Aimi nak main dengan babah je

Babah..cepat ye
Aimi rindu ni...

7/27/09

Babah nak balik!!

Mama kata babah nak balik
nak balik tengok Aimi
uhuk uhuk Aimi kan tak sihat..
uhuk uhuk uhuk...

Babah balik Khamis ni 30/7 pukul 825mlm sampai KLIA
yeay!
mesti babah kena kuarantin dulu huhu

Tapi kan
babah balik kejap je
sampai Isnin 3/8 pukul 102opg
Hmm 3hari je bleh main dengan babah

Ermm xpela
dapat gak jumpa babah
Aimi kan tak sihat
uhuk uhuk..

Welcome home babah!

7/24/09

Aimi nak jumpa babah

Ini babah Aimi
dah dekat 2 bulan Aimi tak jumpa babah
Aimi rindu babah
Kalau babah ada
babah selalu bawak Aimi dengan mama jalan
babah selalu buat benda yang buat Aimi geli hati

Macam ni.....

dan ni.....
dan ni.....

dan ini lagi......
Kelakarlah babah
Aimi tau babah nak tengok Aimi senyum
babah jangan risau ye
Aimi ok
Mintak-mintak babah dapat balik kejap
Aimi rindu nak main dengan babah.






7/23/09

Aimi rindu...

Aimi rindu nak sama-sama dengan mama dan babah macam dulu.
Sekarang dah tak macam dulu.
Aimi rindu...
Kenapa ye?
Dah lain sekarang...

Aimi rindu...

7/22/09

Hari sekolah adalah hari yang tak best

Tiap-tiap pagi bila bangun pagi
dan tengok mama macam sibuk bersiap
Aimi mula rasa tak best
mesti hari sekolah
muka Aimi pun masam...
Masam macam ni la....
Sebelum gi sekolah
mama akan siapkan Aimi dulu
tukar diapers la paling kurang pun
Tapi hari ni Aimi mandi awal
sebab semalam sebelum tido Aimi muntah
kuar susu banyak
jadi Aimi busuk bila bangun pagi hehee...
Lepas dah siap Aimi blehla main-main
kemas-kemas rumah dulu
Menyapa kawan model Huggies..Selamat pagi kawan!
Lepas mama dah siap
dah bagi makan cat
dah kunci rumah dan pagar
Aimi dan mama akan bertolak ke sekolah
ni lagi satu Aimi tak suka
kena duduk kat kerusi sendiri
muka Aimi masam lagi
Aimi cuba membodek mama untuk pegang je Aimi sambil drive..huhu
Perjalanan macam jauh je
dalam perjalanan mesti Aimi tertido
pagi-pagi kan..ngantuk lagi
dengan sejuk aircond
layan lagu-lagu feveret lagi
huh..nyaman je..
Zzzzzz..........
Tapi bila sampai sekolah Aimi akan jaga
dengar suara kawan-kawan kat sekolah
mestila jaga
kalo layan tido gak
mama dah tinggalkan Aimi pun Aimi tak perasan
Dan bila mama babai
Aimi akan start enjin untuk..
waaa...mamamama....waaaa...
(hulur tangan, bukak tapak tangan dan sapu ke muka)

Aimi tak suka!!!!

7/20/09

Hari minggu adalah hari yang seronok

Memang seronok
Tak payah gi sekolah
Tak payah kena tinggal dek mama
Boleh duk rumah main2 dengan mama
Boleh main2 dengan cat
Boleh jalan2

Tapi Aimi demam sebenarnya
mama bagi Aimi makan ubat
mama bawak gak Aimi kuar jalan2
tak nak bagi Aimi boring kot
tensen gak kalo badan panas dan rimas
pastu kena duk umah layan batuk dan hingus
huhu tak menarik..tak menarik

Hari sabtu
mama bawak Aimi gi Tesco Setia Alam
bawak Aimi naik gajah yang gerak2 ada lagu tu
masuk duit singgit
pastu beli barang skit
mama belikan Aimi baju tido pooh
dengan stereng mainan
ade bunyi hon, start keta, reverse dgn signal
hehe best2
leh bawak keta macam mama

Hari ahad
mama bawak Aimi jalan umah kawan mama
kat Puchong Perdana
tengok baby
kawan mama baru dapat baby boy
nama dia Adam
ada la geng2 mama yang datang rumah aritu
jumpa semua kat rumah Adam
apa lagi mama tuh
pung pang pung pang
Aimi rilek je duduk sepit kat celah ketiak mama

Hari ni Aimi dah tak demam
batuk dan selsema je ada lagi
slow2 hilangla mama kata
kawan2 kat sekolah pun semua demam rupanya

Makan ubat ye semua kawan2!

7/16/09

Aimi naik lori

Lori sebenar ye
bukan lori mainan
Aimi naik lori tunda kereta dengan mama
Kejadian ini berlaku semalam
yang menyebabkan Aimi tak perlu pegi sekolah
dan mama telah memonteng kerja
"takpela, takde kelas arini" kata mama

Begini kisahnya
lepas mama dan aimi bersiap2 nak gerak pagi semalam
tengok2 bateri kereta dah kong
Aimi tengok mama wat2 muka tenang

Memula mama masuk rumah salin baju
rimas nmpknye dgn baju kurung
pastu mama selongkar fail2..cari ape ntah
pastu mama tepon
mama kata tepon autoassist

Kejap pastu ade orang datang tukar bateri
tapi dia kata ada wiring tak betul dalam keta
kena tow bawak gi kedai

Huhu terpaksala mama bawak Aimi naik lori tu
sebab dah takde orang dah yang nak bawak kami ke bengkel tu
takpela
kurang2 Aimi dah merasa naik lori
walaupun pening dengar lagu tamil

Aimi tengah konpius sebab dengar lagu tamil

7/13/09

Aimi sebagai undercover agent.



Jeng jeng jeng
perasan tak itu Aimi
Aimi tengah menyamar ni
Berlatih nanti besar nak main polisentri!

7/12/09

Mari memberus gigi

Aimi mula tumbuh gigi masa umur 5bulan lebih
tapi belum belajar berus gigi lagi
Aimi selalu tengok mama berus gigi mama
Aimi akan amik berus gigi mama dan tiru apa mama buat
hihi

Mama belikan Aimi berus gigi sendiri
pendek je..tak macam mama punya
Mama kata Aimi mesti belajar berus gigi dah
gigi dah banyak ni

Berus yang mama jumpa kat kedai Bebe's Shop kat Seksyen 9
Guna satu dulu ye kawan-kawan. Lagi satu Aimi dah bagi kat Kak Ati yang suka buli Aimi tu

Untuk beginners macam Aimi sila gosok perlahan-lahan. Nanti sakit plak gusi.


Hari ni Aimi belek-belek dalam cermin
nampak lagi 2 gigi bawah nak keluar
dah keluar dah pun
Semua gigi yang ada sekarang...
ermmm 8 dah
Waahh banyak banyak
Aimi dah besar!!!!



7/9/09

Aimi dan walker baru

Aimi ada walker baru
Mak Long kesayangan bagi
Tima kasih Mak Long ye
dari jauh datang hantarkan hadiah untuk Aimi
Aimi sayaaaaaaang Mak Long!

Ni lah dia..Fisher Price walker-wagon..hehe cane nak main ni...???

Eh menariknya banyak mainan la..

Tolak gini ke..eh abaikan benda belakang yang dah nak membuak2 tu..


Ooo macam ni rupanya. Yaaah yaahh tolak tolak!!!!
Tima kasih sekali lagi Mak Long
Mak Long senyum-senyum selalu
Aimi dah bleh jalan esok Aimi nak explore umah Mak Long lak
hihhi
Muaahh muahhhss utk Mak Long!



7/7/09

Mari melawat nurseri

Aimi nak bawak semua menjelajah ke sekolah Aimi
Jemput-jemput masuk!


Selamat datang semua!

Tempat ni besar
ada tempat untuk baby dan abg dgn kakak yang dah besar sikit
transit untuk abg dan kakak yang dah sekolah pun ada
tempat ni dia bagi2 kelas ikut umur




Cantik kan windmill tu...

Kawan-kawan dalam kelas Aimi semua yang dah boleh merangkak dan jalan

kat sini rutin pukul 11 lebih cikgu akan tutup lampu
satu sekolah gelap
kena tidur huhu

Semua dah tidur nampaknya ye..shhh!

Aimi je yang malas nak tidur selalunya
kawan-kawan semua hisap botol
Aimi tak pandai
tapi bila semua kawan-kawan dah tidur
Aimi pun layan je la sekali
dulu Aimi perlukan meme untuk tidur
sekarang..tidak lagi..no no no!

Sedap kan..dah la gelap, sejuk lak.

Mama selalu cakap
"Aimi tidur la time boleh tidur ni,
esok Aimi dah sekolah
dah tak sempat nak tidur,
keje rumah banyak
baru Aimi tau nikmatnya dapat tidur"
huhu ape la mama ni

Cantik kan dalam laut. Ada sotong yang tersenyum.
Aimi dapat amik gambar masa kawan-kawan tengah tidur je
takut cikgu marah hehe
masa kelas dah terang kitorg selalu berebut makan nasik sama-sama
cikgu suapkan
makan ramai-ramai seronok pulak.
Nanti kawan-kawan senang-senang
datangla melawat Aimi kat sekolah ye
Aimi selalu bosan nak tunggu mama datang amik.

7/2/09

Aimi dah bersekolah!

Hehe takdelah..
Aimi masuk nurseri..bukan sekolah.
Nurseri UiTM

Hari pertama Aimi rasa takut
semua orang yang ada Aimi tak kenal
tapi ada kawan-kawan ramai
ada cikgu-cikgu
tapi Aimi takut..
mama takde..
Aimi nangis tp mama tak datang jugak
tapi cikgu pujuk
Aimi pun main la sama kawan-kawan semua
seronok la ada kawan rupanya
petang mama datang amik Aimi

Hari ni hari kedua Aimi gi sekolah
mama hantar Aimi pagi-pagi
Aimi nak nangis jugak masa mama nak pegi
Aimi nak ikut
tapi cikgu pujuk lagi
cikgu peluk
cikgu baikla
Aimi pun suka..
cikgu tepuk-tepuk tidurkan Aimi
Tapi cikgu bagi Aimi botol susu
Aimi takmau..Aimi tak suka
Aimi lapar..
tapi jadi kenyang lak bila makan nasik ramai-ramai dengan kawan
Hari ni mama datang susukan Aimi
tiba-tiba rasa takdelah seronok sangat hisap susu
banyak kerja nak buat kat sini
Aimi mula rasa
yang mama akan datang jugak amik Aimi
walaupun mama tinggalkan Aimi kat sekolah
mama nak bagi Aimi berkawan-kawan
Mama dan babah jangan risaukan Aimi ye
Aimi akan cuba beradaptasi dengan keadaan kita...

7/1/09

Selamat Hari Jadi babah!



update: semalam Aimi nak tulis2 dalam ni tapi fail nak publish.
Aimi cuma nak bagitau babah
Selamat Hari Jadi babah
sian babah sambut harijadi sorang-sorang
takpelah eh
!Nanti babah balik kita makan kek besar!