8/31/09

Sila jawab teka teki ini

Apakah yang Aimi cuba lakukan ini??

Jawapannya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aimi dah boleh jalan!

8/30/09

Ciri calon menantu II

2. Pandai mengemas dan memukul habuk-habuk pada sofa
3. Suka/ manis bila berbaju kurung
4. Bertudung
:)

8/26/09

Ciri calon menantu I

1. Mesti pandai sapu rumah, kemas rumah, sapu dapur, kemas dapur.
Sila booking Aimi sebagai menantu

8/22/09

Bantuan makanan untuk babah tersayang

Aimi tengah sibuk ni
nak anta makanan untuk babah
sempena bulan puasa ni
sian lak kat babah
tak dapat jumpa makanan cam kat sini

Aimi tolong mama pack barang2 tu semua
mama sediakan barang-barang
Aimi atur masukkan dalam kotak
tengok cantikkan Aimi atur

Biskut raya untuk babah yang tak dapat balik raya

Mama bungkus dan tulis alamat babah. Aimi tolong check takut mama salah eja.Nanti sampai kat orang lain plak

Ya..dah settle. Tunggu masa untuk dibawa ke pejabat pos. Babah sabar ye menanti.
Mama angkut kotak tu gi pejabat pos besar shah alam
kalo ni mama make sure org pejabat pos tu tak buat silap macam aritu
ada ke nak anta air mail dia gi anta kut laut..
lama babah Aimi tunggu tau
Mama kata kotak tu 9.3kg
dalam 2 minggu sampai
harap2 selamat sampai ke genggaman babah.
Selamat berpuasa babah!

8/12/09

Cikgu dan kawan sekelas

Ini gambar kelas Aimi. Itu Cikgu Shida dan Cikgu Aida. Diorang la yang selalu pujuk Aimi bila Aimi nangis masa mama nak tinggal gi keje. Baju hijau tu Cikgu Hajar, manager bahagian taska. Dia la yang kesian kat mama dulu dan bagi Aimi sekolah kat sini.

Yang kenit-kenit tu kawan-kawan sekelas Aimi. Semua muka boring je kan tunggu mama masing-masing datang amik. Nasib baik cikgu ada jaga kitorang. Bagi makan, mandikan, tukar lampin, main dgn kitorang, pujuk bila kitorang sedih. Tima kasih cikgu!

Gambar ni cikgu jual dengan harga RM5 hehe. Mama kata mahal sbb tak bleh cuci lagi. Mama beli 1 je. Kualiti gambar kurang memuaskan ye sbb mama tak bukak plastik masa nak amik gambar ni..boleh??

8/9/09

Hari minggu ini...

Hari Sabtu
Tok Bah dan Tok Mi dah nak balik Kelantan
Mama kata nak bawak Aimi gi umah kawan mama
pagi-pagi dah bersiap
Aimi dan mama naik keta kawan mama, Auntie Nida
mama malas nak drive

Sampai sana Aimi tengok ramainya makcik2 yang kecoh
Aimi terkejut..Aimi tengok je layan....
rupanya mama dan kawan-kawan mama ni semua dah lama tak jumpa
kawan zaman sekolah..skrg semua dah tak sekolah
oo lama la tuh kan..ntah bape tahun ntah
Acara ni dipanggil ZS- Back to School

Ada gak kawan-kawan Aimi jumpa kat sini
Aimi tak sempat nak tanya nama semua..malu la...

Kawan yang ni macam nak ngorat Aimi je..ehem ehem hensem jugak hihi

Uikk tarik tali kasut "Awak jangan kang tercabut kasut saya"

Ini Auntie Su..amik berkat dari Aimi..hehe semoga pantas bertemu jodoh


Ini Auntie Elyn..amik berkat gak..semoga murah rezeki dapat baby pas pegang Aimi hihi

Ini geng yang menang main game Pictionary. Mama dapat inspirasi dari Aimi

Lepak tangga plak!

Haha pening Aimi tengok semua auntie ni. Meriahkan diorang ni. Maklumla girl's school.
Hari Ahad
Aimi gi rumah Nuha
akhirnya Aimi jumpa jugak dengan Nuha...yeay!
Nuha dah setahun..Aimi lagi sebulan setengah nak masuk setahun
"Happy birthday Nuha"
Sorry ye saya pukul awak tadi
saya nak say hi sebenarnya
hahaha nanti kita main lagi ye
Penatnya
esok kena gi sekolah
haih...Monday Blues betul..

8/3/09

Selamat jalan babah

Pagi ni Aimi hantar babah kat KLIA
sedihnya
babah pegi lagi
mintak2 cepat la babah balik lagi
Aimi nanti rindu babah tau!

Aimi dalam kereta di pangku mama

"Tok Mi, babah nak gi dah tok mi...."

"Aimi sayang babah tau. Aimi sedih babah nak tinggal Aimi"

'
"Babah..babah..jangan pegi babah..... "

"Babah dah pegi. Babai babah. Jangan lupakan Aimi.."

Babah belajar rajin-rajin
nanti babah balik kita gi jalan-jalan lagi ye
Aimi tunggu babah balik =(





Jumaat-Sabtu-Ahad Aimi yang seronok!

Babah balik!
Khamis malam Aimi gi KLIA amik babah
Mula-mula tengok babah Aimi malu nak gi dengan babah
Aimi ingat tu babah Aimi
tapi malu la plak hihihi
babah beli BurgerKing
hehe sian babah dah lama tak makan sedap

Jumaat
Aimi duk rumah je main dengan babah
lama dah tak main dengan babah
babah mesti tak tau Aimi dah bleh buat macam2
nak tunjuk skill skit...

"Babah, meh tengok meh apa Aimi blh buat ni"

"Tengok babah, Aimi dah boleh berdiri dengan tenang"

Hati seronok sangat babah ada
tak tau nak cerita
dapatla Aimi bermanja
tapi babah kata babah balik kejap je
hmmm...
Sabtu
Babah bawak Aimi dan mama gi IOI Mall
seronok dapat jalan2
lama dah tak jalan camni
macam dulu
hari minggu je mesti kuar jalan
hehehe mama dan babah bukan bleh duk kat umah je
ermm Aimi tak..Aimi ngikut aja hehe

Tengok kat belakang banyaknya habuan untuk Aimi hehe

Oh lupe plak..Ini bear yang babah bawak dari sana.Nama dia Meeto.Yang lagi satu Meeto Rabbit, terjumpa masa jalan2 kat Popular. Mickey Mouse kenit tuh Aimi amik kat belakang tadi. Lagi satu tu botol air masak Aimi.Mama bawak gi mana-mana.

Mama dan babah memang suka makan
Makan tengahari kami kat Wendy's
Aimi makan bubur nasik mama bawak bekal
dengan fries Wendy's hihi
sedapla
aritu makan fries McD panas
sakit tangan Aimi
Menu mama dan babah.Okla.Tak boleh masuk kategori mentekerdarah lagi.

Ermm tengok ni. Rilek je Aimi pegang. Sedapnya...

Haih lambatnya nak tunggu mama dan babah abis makan.



Sambung lagi jalan jalan jalan
dan beli beli beli
Aimi beli sunglass
cantik tak Aimi pakai
cool kan!
Nyanyi skit "Pabila larut malam..."

Ahad
Babah kata nenek dengan mak long nak datang
Lepak rumah je arini
Pagi Aimi mandi kolam
babah temankan
sebab mama tengah rajin memasak kat dapur hihi
Muat Aimi sorang je. Babah tak bleh masuk ye

Sian babah. Mesti gian nak mandi kolam.
Nenek, maklong, kak syahirah dan syafikah sampai tengahari
Maklong bawakkan kek untuk babah
sedapnye Aimi tengok hihi
yang merah tu bleh makan ke?
Huhu lapa-lapa Aimi nengok
Main dengan nenek. Alamak terbatuk lak Aimi uhuk uhuk!
Main dengan kakak. Seronoknye. Tunjuk Meeto kat kakak. Itu maklong. Yang cantik tu.

Sesi potong kek oleh babah. Aimi nak ambik yang merah tu!

Lepas nenek dan maklong balik
Aimi mama dan babah pegi DEMC
Aimi dan babah jumpa doktor
Aimi batuk, selsema, ada mende putih dan ulser kat mulut dan nak demam
doktor tu bagi ubat masuk kut bontot
huh sakit tau..jahat dia wat Aimi camni
Babah pun demam dengan selsema
dan nak batuk dah
kena amik ubat jugak sebelum babah pegi
Babah nak pegi???
sedih!!!!
Kalau Aimi ada kuasa
Aimi akan hentikan masa
Tika ni la Aimi akan berhentikan masa tu
saat ni
saat babah di sisi