10/28/08

Aimi dah balik Penang

Assalamualaikum kawan-kawan

Hari ni dah hari ke 4 Aimi duk Penang. Ari sabtu lepas Tok Bah dgn Tok Mi anta Aimi ngan mama balik umah babah. Ayah Ki pun ikut.
Aimi naik keta memula cam best je..Aimi naik je mama letak Aimi atas tilam..Aimi terus tido.
Tapi tgh jalan macam melompat-lompat lak Aimi kat belakang.
Rupanya jalan tak rata.
Nak naik bukit bukau lalu banjaran titiwangsa, mama bagi susu je kat Aimi.
Sebab babah dah pesan. Takut telinga Aimi berdengung katanye...
Dah petang baru sampai rumah babah.
Penang ni panas rupanya. Masa duk umah Tok Bah Aimi duk dalam rumah je.
Tu yg tak rasa panas.
Aimi dah naik ruam panas lagi. Mama kata sebab Aimi kuat berpeluh.
Hmm tp betul la..asyik peluh je. Patut le berat Aimi tak naik banyak..hmm
eh ade kaitan ke eh...nanti Aimi tanya mama
Rumah babah ade cat.
hihi Aimi suka..tp mama tak bagi Aimi main lagi.
Mama kata Aimi kecik lagi..tunggu besar sikit.
Hmm takpelah..cat tunggu Aimi besar ye

Nanti Aimi upload gambar rumah babah
Tak leh nak kuar amik gambar sbb panas sgt.
Haaa tp smlm babah ngan mama bawak Aimi gi rumah kawan babah.
Aimi tgk mama seronok sbb Aimi tak nangis kat rumah mcik tuh.
Sbnrnye sbb Aimi dah kenyang..hihihi
Kalo tak mesti Aimi nangis



Seronok duk rumah ada mama dgn babah...

10/22/08

MyKid



Aimi dah dapat MyKid.
Bulan lepas babah Aimi gi buat kat Jabatan Pendaftaran Negeri Kelantan masa buat surat beranak. Surat beranak pun Aimi dah ade tau.
TokBah gi collect pagi tadi MyKid tu.
Kaler pink..Aimi suka.
Aimi suruh mama simpan dalam beg duit mama.
Kalo ada polis ingat Aimi jawa ke bangla ke, Aimi suruh mama tunjuk..hihi


Aimi dah jadi warganegara Malaysia!!!

10/21/08

Surat dari Ibu

video

Assalamualaikum

Kawan-kawan..Aimi nak share video ni dgn kawan-kawan

Sayangi orang tua kita selagi diorg masih ada..hukhuk sedih

10/19/08

Mama..tima kasih

Assalamualaikum



Mama baru ajar Aimi bagi salam. Aimi pandai dah.

Arini Aimi dah sihat. Hingus dengan tersumbat dah takde.

Mama la yang jaga Aimi sampai sihat.

Mama cuci hidung Aimi

Mama bagi susu tak putus2

walaupun mama penat, kaki kebas, tangan kebas

walaupun mama nak siapkan tesis lagi

Mama sanggup menaip sambil susukan Aimi

Mama tanak bagi susu tin kat Aimi

Nak Aimi sihat dgn susu mama yang banyak khasiat tu

walaupun Aimi jarang balas senyuman mama

walaupun Aimi senyum kat Tok Bah dgn Tok Mi je

Mama tetap peluk Aimi

Mama tetap cium Aimi





Aimi sayang Mama

10/16/08

Aimi dah 30 hari!!!

Alhamdulillah


Hari ni Aimi dah masuk sebulan. Mama, Tok Mi dan Tok Bah bawak Aimi gi Klinik Perdana lagi. Aiks..pelik lak. Aimi dah kurang dah seme2 macam hari tu. Nape datang sini lagi..


Dalam keta mama kata Aimi kena cucuk arini. Ooo cucuk. Masa mula2 kuar tgk mama dulu dah kena cucuk 2kali. Sampai klinik, Dr Nazeli pakar paediatrik yang Aimi nak jumpe aritu, tu lum sampai lagi. Aimi pun tunggu la dgn mama. Tok Mi gi beli barang skit kat luar..ada pasar rupanya kat situ.


Lepas Dr datang, pakcik tu panggil nama Aimi Husna. Aimi tgk Tok Mi tgk kat bdk2 lain kat depan klinik tu. Mesti Tok Mi lupa lagi nama Aimi..hihi..aritu panggil Aimi ni Aima..ade ke Tok Mi ni. Mama usik Tok Mi..kate Aima tuh nenek yang datang urut mama. Ade ke org tua nama muda camtu..hihihi


Hee rupanya Aimi kena cucuk Hepatitis B 2nd dose dgn Triple Antigen. Tp sekali cucuk je kat paha. Leh tahan gak sakit kena cucuk..Aimi menjerit jap.Pastu mama pujuk upah susu..hihi Aimi suka!!






Sehari dua ni Aimi tgk mama duk baca 1 buku ni. Ada gambar baby. Mesti panduan jaga baby. Hehe sian mama..terpaksa baca buku untuk jaga Aimi betul2..









Tima kasih mama..
Aimi sayang mama!!

10/12/08

Rock-A-Bye Baby


Rock-a-bye baby,

in the tree top

When the wind blows,

the cradle will rock

When the bough breaks,

the cradle will fall

And down will come baby,

cradle and all



hihi..




Aimi ada buaian. Tok Bah bawak dari rumah Tok Bah kat KB.
Mula-mula naik..waaah seronoknye.
Lagi best dari duk dalam cod yang babah dah bawak balik Penang tu.
Lena Aimi tido dalam buaian tu.
Mama letak toy dgn musical pull kat situ bagi Aimi tgk ngan dgr.
Kdg2 Aimi ngintai muka mama boring je duduk hayun buaian utk Aimi..
hihi sian mama...
Hari kedua Aimi duk dalam buai tu Aimi rasa makin best.
Tak berenti lak buaian tu kena hayut walaupun dah berjam2.
Aimi naik heran lak...sapa la yang rajin hayunkan buaian ni.
Hihi rupa2nya ada motor pasang kat buai tu.
Jadi dia gerak la sendiri...hmm haaa sedapnye terbuai2 ni
Bila Aimi dah besar ngan dah berat
mesti dah tak leh naik buai ni
Hidung Aimi yang block tu lum sembuh.
Sekali sekala je baik..lepas mama dan Tok Mi sedut hingus.
Buai ni tolong Aimi lena tido
walaupun hidung tersumbat
Tima kasih buai...

10/11/08

Ketatnya hidung

Dah hari ke 4. Hidung Aimi lum baik lagi. Hari ni keluar banyak jugak lendir kut hidung..hingus kot. Tapi Aimi tak tau nak hembus. Mama ngan Tok Mi buang lendir tuh guna sucker. Sakit. Aimi nangis. Tapi lega skit lepas buang sikit2. Ni la rupa sucker tu..




Cik Na ngan Ayung datang umah Tok Bah. Kak Aeishah ngan Abe Mat sibuk nak cium2 Aimi. Mesti diorg nak adik tu..hihi. Masa Aimi nak nyusu, diorg datang nak main ngan mama. Marah la Aimi nak main ngan mama Aimi. Tambah lak hidung Aimi ni makin tesumbat2..eiii germ betul.



Mama mintak Tok Mi suapkan sirap panadol kat Aimi. Memula Tok Mi tak bagi sebab Aimi bukan demam. Takut Aimi terbiasa makan ubat kot.Tapi Tok Mi sian tgk Aimi. Hmm yurk.. tak sedap la..manis..tapi tak sedap. Aimi pun tido..takut Tok Mi nak suap lagi.


Kawan-kawan..
Doakan Aimi cepat sembuh ye..

10/10/08

Aimi boring

video

Aimi rindu babah


Aimi rindu babah. Dah lima hari tak tgk babah.
Babah dah balik penang. Babah kena keja.
Mama kata nanti Tok Bah hantar Aimi dan mama balik umah babah bila dah abis pantang.
Babah duk rumah baik2 ye. Tunggu Aimi balik..

Klinik pertama Aimi pegi

Pagi ni mama bwk Aimi gi klinik sbb semalam hidung Aimi sumbat makin teruk. Sebelum pegi klinik, Tok Mi buang lendir dalam hidung Aimi guna sucker. Lega kejap. Tok Bah bwk kitorg pegi Klinik Perdana kat Wisma Suara Muda, Kota Bharu. Tok Bah kata Dr Nazli kat situ pakar paediatrik.

Tapi kebetulan hari tu Dr Nazli takde. Aimi jumpe Dr pmpn, nama ape ntah, Aimi tak sempat tanya. Tak friendly la Dr tu. Takde pun pegang Aimi utk check. Dia sibuk nak letak termometer kat ketiak Aimi. Tok Mi nak timbang Aimi, penimbang pun dia tak tau kat mana..padahal ade je kat belakang dia. Marah la Aimi bukak sume baju Aimi. Sib baik mama ade leh bagi susu. Berat Aimi dah naik. Dah jadi 3.4 kg lepas 25 hari Aimi hisap susu mama.

Aimi dapat ubat. Sirap panadol dgn nasal drop..hmm mesti tak best. Mintak2 Aimi cepat sihat. Tak yah nak makan ngan titik ubat..hihi. Tima kasih Dr yang Aimi tak tahu nama...





10/9/08

Aimi sakit ENT


Dah 2 hari Aimi sakit hidung. Macam tesumbat.
Napas Aimi bunyi ghooohh2. Aimi xlena tido malam.
Sian mama. Mama temankan Aimi.
Tak putus asa bagi susu..wpun sambil duduk. Sampai tetido smbl duduk.
Tapi Aimi tak tau camne nak ilangkan sakit ni.
Tok Bah ngan Tok Mi pun tolong mama dukung Aimi bagi yang block tuh ilang.
Aimi harap Aimi sihat cepat..

Raya pertama Aimi

Pada satu pagi yang hening, Aimi dengar takbir dari surau dekat umah Tok Bah. Aimi belum pernah dgr takbir camtu sejak dari Aimi dalam perut mama. Takbir tu menenangkan hati Aimi. Aimi dgr babah cakap Selamat Hari Raya kat Aimi. Hari raya rupanya. Patut la masa dalam perut mama, mama kata Aimi kena puasa. Rupanya puasa utk sambut raya. Masa dalam perut mama, Aimi sempat puasa 15 hari..hehe..Aimi pun boleh la raya.

Tahun ni Aimi raya rumah Tok Bah je. Tak dapat lagi nak balik kampung babah Aimi kat Melaka. Mesti babah sedih. Babah beli kambing utk akikah Aimi. Buat kenduri sikit raya ke 3. Tok Mi masak kuzi ayam..dengan tempah gulai kambing..sedap.

Pagi2 dah ade rombongan tok imam dgn org2 surau dtg. Rambut Aimi kena gunting skit kat tok imam tu. Tok imam tu pun ada baca2 ayat utk belah mulut Aimi guna mcm2 bende yang mama dah siapkan malam sebelum tu. Ramai org datang tgk Aimi. Kawan mama dgn kawan babah pun ada. Kawan Tok Bah dgn Tok Mi lagi bnyk. Orang kelantan sume baik2..pemurah..hehe sbb tu Aimi dapat baaaanyak duit raya. Babah la tukang kira dan simpan duit..hehe tima kasih babah.

Nanti babah nak bawak Aimi balik kampung babah pulak..yea yea..dapat duit raya lagi

Ni la babah Aimi yang hensem
Ni mama Aimi yang comel
Babah dan mama dah ada Aimi raya tahun ni Family Aimi yang besar

Babah in-charge duit raya Aimi

Selamat Hari Raya semua....

10/8/08

Aimi mula panggil mama

Mama dgn babah Aimi terkejut bila dengar Aimi mula2 sebut mama masa Aimi baru 2hari. Sebenarnya masa tu Aimi tgh nangis.
Aimi pun tak tahu macam mana boleh terkeluar mama masa tu.
2-3 hari pertama Aimi kuat sangat nangis malam.
Sampai mama, babah, tok bah dan tok mi risau.
Doktor dah pesan kat Aimi, Aimi kena adjust paru2 Aimi sndr bagi kuat..senang nak bernapas. Itu yang Aimi nangis.
Sekurang-kurangnya terubat hati mama bila dapat dgr Aimi sebut mama.


Babah tunggu la bila Aimi besar sikit ye.

Hari pertama Aimi di dunia

16 Ramadhan 1429H adalah hari pertama Aimi kat dunia ni. Terima kasih mama sebab bersusah payah lahirkan Aimi. Aimi nampak sorang lelaki masa dalam bilik bersalin hari tu. Aimi dah agak itu mesti babah Aimi. Hensem jugak...

Masa dalam wad Aimi jumpa ramai kawan2 baby. Baby kat sebelah katil Aimi kesian dia. Tak dapat isap susu mama dia. Aimi syukur sgt Aimi ada mama dan babah. Lama mama sakit nak lahirkan Aimi. Babah pulak setia tunggu kat sisi mama sama dgn Tok Mi. Ooo ye lupa plak.. Aimi lahir kat Hospital USM. Tmpt keje Tok Mi dulu rupenya. Nampaknya Aimi jadi org kelantan mcm mama la..



Ini lah Aimi lepas keluar dari bilik bersalin..berat Aimi 3.05kg

Aimi mula blogging

Assalamualaikum

Aimi nak share life Aimi dgn sume kawan2 baby kat luar sana. Hari ni Aimi dah 22 hari. Mama dalam pantang lagi jadi Aimi tak bleh kuar rumah. Raya baru ni je Aimi ade kuar sekerat hari pegi rumah Cik Na dgn kampung Tok Mi. Itu pun macik2 kat kampung tu macam tak suka mama kuar jalan masa dalam pantang.

Aimi boring la hari2 duk rumah je. Sebab tu Aimi nak mula blogging!!!