11/27/09

Aktiviti Aimi semasa babah bercuti III: Trip to Sungai Melaka

Lama betul Aimi tak update blog ni ye. Sampai dah bersawang.
Banyak cita baru ni..tapi Aimi kena story mory dulu kisah yang dah lapuk ni.
Nanti esok-esok Aimi lupa pulak.

Ini sambungan kisah masa babah balik haritu.
Babah bawak Aimi naik bot kat Sungai Melaka.
Cruise Sg. Melaka.

Bot ni dia lalu sepanjang Sungai Melaka.
Dulu kawasan ni biasa je. Tapi kerajaan negeri dah bangunkan untuk tujuan pelancongan.
Jadi dapatla pelancong macam Aimi ni tengok-tengok sekitar sungai Melaka ni.

Pastikan datang waktu panas tak terik.
Baru layan makan anginnye.
Kalau terasa panas, boleh pakai sunglass macam Aimi ye.


Ini pemandangan sekitar Sungai Melaka.
Sepanjang sungai ini ada rumah-rumah kampung yang cantik sangat.
Ada satu tu bumbung dia cat jadi bendera Malaysia. Jadi tak yah la tuan rumah tu nak ganti bendera baru ye tiap kali Hari Kebangsaan.
Boleh nampak kincir air zaman Portugis ke Belanda dulu, Menara Taming Sari dan Eye on Malaysia. Yang kapal besar kat belakang kincir air tu muzium.


Bot ni jalan dan patah balik dari perhentian awal. Tapi kalau nak turun kat Menara Taming Sari tu pun boleh.
Balik dari naik bot, kami gi makan Nasi Lemak Antarabangsa.
Dr Kg Baru dah sampai Bandar Hilir Melaka. Bagus lah!


Bila babah ada boleh jalan jauh-jauh sikit.
Seronok sangat.
Tak sabar nak tunggu babah balik lagi bulan 12 nanti.

Aimi dan mama tak jadi balik Kelantan raya haji.
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

11/4/09

Aktiviti Aimi semasa babah bercuti II: A Famosa Animal World

Awas!
Entri ini banyak gambar.
Sampai nak upload lagi asyik tersangkut-sangkut blogger ni.

Masa babah balik kami balik kampung babah kat Melaka.
Bawak bawak Aimi, mama, nenek dan mama su gi jalan kat A Famosa Animal World.
A Famosa ni dekat je dengan highway PLUS, kuar tol Alor Gajah.
Kat sini ada waterpark dengan cowboy town.
Tapi Aimi gi kat animal world je.

Mari bergembira di Animal World.
Kami sampai betul-betul masa dia bukak.
Pukul 9.30 pagi. Kalau lewat2 nanti panas!
Lepas babah beli tiket kami dapat masuk.
Kena pakai tag kat tangan dulu tau.

Aimi 72 cm je. Dapat masuk free.
Masuk-masuk je ada harimau 2 ekor.
Aimi ingatkan kucing.
Tengok sama je macam kucing Aimi.
Tapi besar, ada belang.
Hee geram Aimi tengok dia...
Dalam ni ada walking path dengan safari.
Kalau lalu walking path kita dapat tengok binatang dalam cage.
Nak gi safari plak kena naik tram.
Kat safari binatang diorang lepas je. Bagi hidup macam dekat safari kat Afrika.
Amik gambar dulu sebelum naik tram.
Ini pemandangan dari dalam tram.

Kat safari Aimi dapat tengok harimau lagi.
Harimau tu gaduh ngan singa...wahh ganas la diorang.
Pastu ade harimau berdiri kat pokok. Nak manjat kot.
Tapi tak pandai hihihi.
Ada macam-macam..zirafah, rusa, kuda belang.
Tak dapat nak upload gambar semua...asyik fail je.
Lepas pusing dengan tram, tengok elephant show plak.

Tengah tunggu elephant start joget.

Gajah ni besar tau.
Ada 3-4 ekor yang buat show.
Macam-macam la diorg boleh buat.
Main bola, massage orang, angkat orang guna belalai, boleh buat akrobatik dengan tuan dia, boleh duduk..huhu seronok Aimi tengok.


Gajah ni pandai naik basikal...hihi.

Selain elephant show, ada multi animal show.
Ada orang utan, otter, burung, ngan macam-macam lagi binatang yang buat show ni.
Pandai la diorang.
Tapi Aimi tengok sikit je sebab Aimi ngantuk...zzzzz...
Laa.. dah tido plak
Dalam ni ada food court.
Bila penat jalan leh makan-makan.
Ada kedai cenderamata.
Banyak leh beli buat kenang-kenangan.
Cantik tak topi ni? Mama tak bagi sebab takut Aimi panas. Aimi macam Chicken Little tak? Hihi
Kami jalan-jalan kat walking path tengok binatang dalam cage.
Macam-macam binatang ada rupanya.
Selalu asyik tengok cat je.
Banyak nama-nama baru yang Aimi belajar.
Aimi dapat bagi makan kat binatang kat sini.
Ada biri-biri tu nak Aimi punya carrot.
Eh tapi mama kata itu biri-biri tu punya.
Aimi kena bagi dia makan carrot tu.
Aimi bagi dia sikit je..dia duk tarik-tarik.
Sib baik Aimi dapat tarik balik.
Pastu Aimi pun gigit kat Aimi plak =P
Inilah dia biri-biri noti tuh. Tengok tu, rabbit comel pun ada.
Aimi dapat naik unta kat sini.
Tinggi la dia. Ada bonggol-bonggol.
Dia jalan macam lenggang kangkung je.
Ada kuda kecik jugak yang kita boleh naik.
Mama pegang Aimi kuat-kuat tau!
Orang utan dan spesies yang sewaktu dengannya tinggal kat Orang Utan Island.
Kena naik rakit nak gi sana. Dekat je.
Tengok air rasa nak terjun je..hehe.
Ini baby kera dengan mak ayah dia. Dia cakap kat Aimi "Selamat berkenalan".
Balik dari Orang Utan Island, gi cowboy show.
Ada cite cowboy berlakon dengan bunyi tembak-tembak.
Aimi tak layan, Aimi layan meme dan tido je..hihi.
2 round dah tido dalam 1 trip hihi.
Abis cite cowboy tu jalan-jalan lagi tengok binatang, binatang tengok kami.
Cantik-cantik la diorg.
Aimi paling suka dapat pegang rabbit tu.
Dapat bagi makan kat binatang-binatang.
Masa bagi makanan dekat kumpulan monyet, Aimi tengok ada baby monyet yang selalu makanan dia kena curik kat monyet besar..hihi sian dia.
Babah bagi unta yang lapar ni makan.
Ini adalah racoon berdiri.
Biri-biri noti ni lagi.

Anak ayam yang banyak. Lari ramai-ramai datang kat kita bila kita ketuk cermin.
Penat jalan.
Tapi best sangat sebab dapat belajar benda2 baru.
Babah Aimi dulu keja kat sini kejap lepas abis degree.
Babah kata keje sapu sampah, bersihkan kolam itik, buang taik binatang, bagi makan binatang.
Sampai babah pernah kena gigit dengan tapir..sian babah.
Nasib baik selamat.
Aimi penat sangat. Rasa nak pengsan.
Kesimpulan lawatan: Seronok!

11/3/09

Aktiviti Aimi semasa babah bercuti I: Jalan-jalan ke Midvalley

Ini lah Mid valley Megamall.
Ni first time Aimi datang.
Masa dalam perut mama dengan babah selalu jugak bawak Aimi datang.

Babah nak makan pizza Picolo Mondo.
Tapi kedai tu dah tutup rupanya.
Lama dah tak datang..xtaulak dah takde kedai tu.
Sian babah ehehe..

Babah kata nak belikan Aimi mainan.
Best best.
Paling bestkan bila nak dapat mainan baru..huhu.

Aimi nak cari mainan masak-masak.
Selalu guna periuk mama wat masak.
Angkut gi ruang tamu sebab Aimi nak main masak depan tv sambil tengok Mickey Mouse Clubhouse.
Mama cari-cari nak pakai takde..huhu.
"Aimi nak yang ni tau babah!"


Mama mabuk mainan. Tak tau nak pilih yang mana la tuh. Bukan ke babah nak beli kat Aimi??


Wah horse ni Aimi suka. Dah puas dah wat muka kiut tp babah tak beli..hukhuk...

Takpelah..main je la dulu....(nanti nak bodek suh mama beli huhu)

Nanti Aimi nak cite trip Aimi masa balik Melaka.

Babah Aimi dah balik Los Banos

Babah dah balik semalam.
Aimi tinggal dengan mama je.
Tapi tokbah dan tokmi ada kat rumah Aimi sekarang.
Bolehla temankan Aimi dan mama.

Aimi hantar babah kat KLIA aritu.
Aimi tau dah..sampai sana mesti Aimi rasa sedih.
Macam masa nak hantar babah dulu-dulu.
Aimi nampak je tempat banyak2 kubah tu Aimi tau dah,mesti babah dah nak pegi.

Babah jaga diri tau.
Mama kata sane banyak ribut.
Babah hati-hati.
Aimi dan mama sini ok.
Malaysia tak de ribut.
Aimi tunggu babah balik masa cuti Krismas nanti ye.