12/31/10

Selamat Masuk Tahun 2011

Hari ni hari terakhir tahun 2010
Saya baru je sampai rumah nenek kat Melaka
Cuti 3 hari ni, seronoknya

Isnin ni dah start sekolah balik
Dan saya akan masuk kelas 3 tahun
Yeay saya dah besar!
Tapi cikgu tak tukar-tukar lagi t-shirt sekolah yang tak cantik tu
Tu yang saya malas nak pakai tu

Selamat Tahun Baru semua
Semua azam tahun lepas tercapai

12/9/10

Lembu korban di hari raya korban


Hari raya haji Aimi balik kampung rumah Tok Bah. Hmm ni pun cita dah basi..hihi.
Tok Bah dengan Tok Mi bawak Aimi tengok pakcik sembelih lembu.
Mula-mula Aimi excited tengok lembu duk makan rumput.
Lepas tu diorang ramai-ramai ikat lembu yang tengah syok-syok makan rumput terakhir dia tu.
Lembu tu kena tarik ramai-ramai lagi nak baringkan dia.
Pastu jeng jeng..suspen...

Pakcik tu amik pisau tajam yang Aimi nampak bersinar-sinar di bawah panas terik.
Leher lembu tu kena kelar sambil mulut pakcik tu terkumat kamit.
Maka kembalilah lembu tu ke rahmatullah.
Banyak darah keluar.
Aimi takut jugak, tapi nasib baik Tok Bah dukung.
Kalo tak..

Aimi dah cabut balik rumah cepat-cepat.

12/8/10

Berkarat dah blog Aimi =(


Apa la mama. Lama dah tak bagi Aimi update blog *marah ni*
Banyak tau menda Aimi nak cite ni.
Tak abis lagi ni cite pasal harijadi ni haha.

Bulan Oktober lepas (wah bulan 10 adalah 2 bulan lepas, sangat basi dah, tapi nak cite gak), sekolah Aimi wat sambutan harijadi untuk semua yang harijadi dia pada bulan 8, 9 dan 10.
Ramai-ramai datang bawak kek dan ada makanan skit.
Seronok kumpul ramai-ramai dengan abang dan kakak.

Babah pun datang, masa tu babah balik Malaysia.
Mama paksa gak babah datang sekolah Aimi.
Mama ponteng keje lari datang sekolah Aimi.
Dapatla Aimi balik awal hari tu..hihi.


Topi parti tu Cikgu Aida yang bagi untuk Aimi.
Dengan abang Lotfi, anak dia yang umur 4 tahun.
Dia cakap kat mama, dia dah booking Aimi untuk abg Lotfi bila besar.
Hahaha *malu*

9/23/10

Saya dah 2 tahun

Ini kek hari jadi saya yang ke-2

Ni lah kali pertama saya dapat kek
dapat potong sendiri kek

Hari jadi saya 16 September lepas
Baru je isytihar cuti umum Hari Penubuhan Malaysia hihi
potong kek ni kat rumah nenek masa balik raya aritu
awal skit potong pasal nanti dah balik KL tinggal saya dengan mama je
kek tu pun mak long yang sponsor

"Cantiknya kek ni, cane diorang buat, siap ada bendera lagi..."


Terima kasih semua.
Doakan saya membesar dengan gembira!

8/31/10

Aimi rindu Tok Bah dan Tok Mi

Aimi baru balik dari Kota Bharu dengan mama. Mama kata nak balik puasa dengan Tok Bah dan Tok Mi (Aimi suka panggil diorang babah dan mimi). Raya nanti tak dapat balik dah, sebab raya kat Melaka, rumah nenek.

Aimi seronok sangat balik kampung. Mimi dan babah manjakan Aimi..hehe. Kalau kat rumah, Aimi dengan mama je. 2 je. Kalau balik kampung ada babah, mimi...kadang-kadang Kak Aeishah dengan Abg Mat yang hensem tu datang, lagi la ramai..ada Cik Na dan Ayung sekali. Best. Walaupun Aimi tak nak main dengan Ayung dan Cik Na, tapi Aimi suka ada ramai-ramai orang.

Kak Ati pun tak balik kali ni. Lagi best sebab Aimi boleh bolot Mimi dan Babah, dua-dua Aimi dapat. Kalo tak kena share dengan Kak Ati..hikhik. Babah kata "Aimi tinggal dengan Tok Bah ye. Mama balik sorang naik plane. Mama work. Aimi duk dengan Tok Bah Aimi tak payah gi school".

Memula Aimi pikir, Aimi tak suka naik plane tu. Takut. Besar sangat. Aimi ingatkan kecik je sebab selalu tengok kat langit kecik. Tapi kalau tak naik, mama tinggal Aimi kat rumah Tok Bah pulak. Seronok jugak, Aimi boleh main dengan babah dengan mimi selalu selalu selalu. Boleh main pasir, main kolam.. boleh mengada-ngada. Eh tapi kalau mama balik, Aimi tak de mama. Nanti Aimi rindu mama. Nanti Aimi tak boleh nyusu. Hmm... macam mana ni...

Bila Tok Bah cakap lagi, Aimi marah Tok Bah cakap "Nanak". Aimi nak tinggal dengan mama.

Lepas babai babah dengan mimi, Aimi balik rumah dengan mama. Sampai rumah bosan pulak tak de orang dah. Bila Aimi buat perangai dan mama malas nak pujuk, Aimi nangis rindukan babah dan mimi kat Kota Bharu..waa.. sedih.

Celarunya hidup Aimi.

8/15/10

Saya sangat sibuk dengan sekolah

Pasal tu la saya tak dapat nak update blog.
Mama kata saya dah besar sekarang.
Sebulan lagi umur saya 2 tahun.

Jemputla tengok gambar-gambar saya yang membuktikan saya dah besar.
Heeee....

Kat Kedai Aroi Tomyam..1km lagi nak sampai rumah. Mama kata mama lapa, tak sempat makan tengahari (blh caya ke??). Saya sedang intai mama tengah pekena tomyam.

Dalam perjalanan pegi taska. Pagi-pagi saya bangun mandi. Baik tak saya? Tapi sekarang saya dah malas bangun awal. Mama kena angkat saya masa saya tengah tido.

Masa balik dari Tesco kot. Saya korek barang-barang dalam dashboard keta mama. Jumpa spek babah. Pening kepala saya pakai menda tu.


Mama balik keje, bukak tudung terus dibelitnya kat saya. Mama ingat saya tempat letak tudung kot. Saya bermood pasrah.

Nak gi taska. Tengah tunggu mama panaskan enjin kereta. Tiap-tiap pagi saya dapat tengok moon yang baru nak balik rumah dia lepas keja semalaman. Sebab tu muka saya macam kekaguman.
Sekian.
Terima kasih.




6/13/10

Saya balik kampung!

Minggu lepas Aimi balik rumah TokBah kat Pengkalan Chepa.
Macam biasa la naik keta Kak Ati yang noti tu hehehe.
Lamanya la perjalanan...10 jam baru sampai.
Penat.

Nasib baik ada hiburan dari Kak Ati....
Bosan-bosan kami borak-borak...
dengan gaduh-gaduh..

Kat rumah Tok Bah kami main kolam
tapi gambar mandi kolam takleh bubuh
sensored kata mama hehe...
Kami main pasir
cousin ramai...semua datang..
Kami jakun jumpe pasir kat rumah Tok Bah
pelik lak..dulu ada rumput..
ke Tok Bah memang nak bagi kami main pasir??



Ini Abang Mat
cousin Aimi yang paling hot
hehehe
dia sorang je cucu Tok Bah yang lelaki
jadi dia selalu takde geng nak main
dia baik suka main dengan Aimi
walaupun Aimi suka marah dan pukul dia
heeee


Ermmm nak balik dah
gerak balik pun pagi-pagi
Ibu tak bagi Aimi dan Ati mandi dulu
mandi kat tengah jalan je nanti
jadi kami balik dengan berpakaian tidur
wat malu je....

Bye Tok Bah dan Tok Mi!

6/7/10

Selamat Hari Lahir Mama

Aimi nak ucapkan Selamat Hari Lahir ke 30 untuk mama
Walaupun mama takut nak menghadapi nombor tu
Tapi mama jangan risau ye
Aimi tetap ada dengan mama
Sampai umur mama banyak banyak banyak esok esok
Semoga hidup mama selalu diberkati dan dimurahkan rezeki
Semoga mama selalu gembira dan dikurniakan kesabaran yang tinggi
untuk menghadapi kerenah Aimi
Terima kasih sebab jaga dan besarkan Aimi
Aimi sayang mama!
~Ini adalah mama saya yang cantik~

6/3/10

Hi lama tak jumpa

Lepas lama saya menghilangkan diri.....
Teka di mana saya???
hihi..

Sekarang saya bersiaran dari atas meja Mc D
sambil memerhatikan mama yang sedang makan Mc Flurry Oreo pada jam 11 malam
tanpa mengoffer pada saya
sampai saya tercengang
begini.....

Mama...
BEEESAAAAAAAARRR PUNYAA!!
hihihi

Babah saya juga agak terpaku melihat mama
makan tak offer


Oooo rupanya babah sudah ada burger sendiri
Makan ye babah

Di manakah kami?
Kami di LCCT untuk hantar babah pulang ke Los Banos
Babah balik cuti 2 minggu
Sedih babah dah nak balik
Tapi Aimi mesti kuat
Kalau Aimi sedih, mama dengan babah pun sedih.

Selamat Jalan Babah.
Nanti kita jumpa lagi.

3/29/10

IKEA tu rumah sapa mama??

Lama dah cerita ni.
Aimi ikut ibu sopin barang rumah dia.
Ibu nak masuk rumah baru..seronoknya.
Ibu bawak kitorang gi IKEA.

Aimi tengok banyaknya rumah orang dalam tu.
Rumah sapa ni mama?
Mama wat dek je..sambil terpegun tengok sume rumah tu.
Apa la mama...

Nak buai ni.Nanti belikan ye babah!

Lepak kat kerusi display. Kak Ati dengan baju banduannya.


Mari berguling-guling macam kat rumah sendiri.*rumah sendiri takde katil sedap camni =P*


Penat dah.Duduk je kat lantai. Huh!

On d way balik rumah petang tu Aimi dah tak mampu nak nyanyi-nyayi dalam keta lagi.
Penat. Penat.
Pengsan terus.

3/12/10

Mari bermain di taman

"Hai kawan-kawan"!
"Hari ni Aimi nak gi main kat taman
depan rumah je
ini bear Aimi
dia suka kalau Aimi tolak
malas jalan sendiri"

"Hari ni cuaca baik
sesuai sangat untuk main
kalau musim hujan mama tak bagi Aimi main kat taman
takut demam katanya
Aimi pun tanak bear demam"
"Jom Aimi" kata mama.
"Aimi tak abis lagi nak cerita ni mama.
Nak ajak kawan-kawan datang main sama-sama.
Seronok main kat sini.
Boleh tengok bird.
Sambil babai-babai bird."
"Eh mama dah tinggal Aimi".
*abaikan mama Aimi yang lebar*
"Saya gi dulu ye kawan-kawan.
Nanti kita borak-borak lagi".

3/10/10

Jom bersolat

Wah sangat sangat sangat lama Aimi tak hapdet blog
Malas la sekarang
masa Aimi rajin mesti tak dapat sign in
last last...malas...hehehe.

Banyak yang Aimi nak cerita ni
nantila Aimi cita ye
tunggu tau

Sebelum tu
marilah kita solat dan berdoa
semoga Aimi rajin rajin kan diri untuk hapdet belog ni

Amik wudhu dulu ye kawan-kawan

"Allahuakbar"

1/10/10

Selamat Pengantin Baru Uncle Cang & Aunty Sal

Aimi nak ucap Selamat Pengantin Baru
ini kawan babah..kawan dari uni

Hari ni dah jadi pengantin baru (hari ni sbnrnya dah berminggu lepas)
Diorang berdua jumpa masa kerja kat MARDI
sama la macam mama dan babah Aimi
lepas kenal Aunty Sal keluar MARDI dan join UKM

Aimi excited nak tengok diorang bersanding
akhirnya sampai jugak jodoh diorang
Alhamdulillah

Sama cantik. Kena lak tema kaler kitorang dengan pengantin hihi..

Aunty El, ex-ofis mate mama. Baju belang tu tunang dia. Bila ni nak makan nasik minyak diorang plak


Buurrp Aimi dah kenyang makan nasik minyak..shedap!

Balik dari kenduri kitorang singgah Alamanda lak
nak makan waffle aiskrim
nyum nyum!
Huh cepat mama cepat!

Ermm sedapnya!

1/9/10

KL Bird Park

Lama dah kan Aimi tak update blog
Mintak maaf ye
Bila ada masa, internet lak buat hal
jahat kan...??? hihi

Babah balik masa cuti krismas aritu
seronok Aimi bila babah balik
walaupun terpaksa bersengkang mata
pegi airport tengah malam buta
untuk amik babah hihi

Babah balik 2 minggu je
tapi Aimi sempat pegi Penang, balik Kelantan dan balik Melaka
wah hebatnya planning hihi

Babah janji nak bawak Aimi pegi KL Bird Park
sebelum gi Penang kami gi Bird Park
Kak Ati pun ada
best tengok ada macam-macam burung kat situ




Hihihi first time Aimi pegang itik
selalu ikut je mama nyanyi
"5 little duck went out one day...lalallalalala"
heee comel
geram rasa nak penyek je
Ada burung merak/ peacock yang jalan merata-rata je
duk kembangkan ekor dia
agak-agakla...merak yang ekornya cantik tu jantan ke betina?
hehehehe
Boleh bagi makan kat burung kat World of Peacock
semua datang hurung kita bila kita pegang makanan
mesra ya amat la diorang ni
Kawan-kawan yang belum pegi bolehla ajak mak ayah pegi ye
macam-macam lagi tempat kita yang kita boleh jalan-jalan kan
Nanti Aimi cite lagi mana lagi Aimi pegi ye!