3/18/09

Tengok gigi Aimi


Saya budak bergigi 2
saya mampu mengigit
hahhahahaha
sila takut pada saya
makan budak

3/17/09

Selamat ulangtahun Mama dan Babah!

Hari ni ulangtahun perkahwinan mama dgn babah
yang ke-2
Aimi sebagai anak sulung dan mewakili
adik-adik yang mungkin akan datang nak ucapkan
Selamat Hari Ulangtahun
semoga hidup kita sekeluarga gembira selalu
walaupun apa jua kepayahan yang datang

Aimi saaaaaayang mama dan babah!

3/16/09

Aimi telah pun berjaya makan

Semalam Aimi dah mula makan
Menu pertama adalah bubur nasik dengan kismis
Mama kata kismis baik untuk minda
minda?
Apa2 lah mama...hihi
Aimi dah tak sabar ni


Hmm nampak cam sedap..sedap ke eh? Mari kita cuba


Huhuhu Aimi sudah teruja..tak sabar untuk makan


Hmm nyumnyum mari makan dengan lahap. Suap sendiri ye cepat skit.


Burp..alhamdulillah. Abis licin dah..huhu


Dan akhirnya...inilah hasilnya..
Kenyang sangat
lama dah Aimi tunggu mau makan
Mama pun dah menyusu Aimi sampai Aimi 6 bulan
cukup dah zat untuk Aimi membesar
Terima kasih mama!



3/15/09

Selamat jalan babah

Semalam babah dan mama bawak Aimi jumpe Dr Ooi lagi
aduh sungguh tak best
Aimi kena cucuk Hepatitis B
Aimi nangis tau
sbb takut la tgk muka Dr tu
huh!

Pastu gi jalan2 kat Village Mall
babah dan mama makan besar haha
makan kek jugak
mama kata sambut ulangtahun perkahwinan
aik? bukan 17hb ke??
konpius ni...


Seronoknye didukung babah..walaupun tsangkut tang perut =P


Babah cari selipar jepun..aimi cari meme..



Sebelah petang dah jadi rutin Aimi makan angin luar rumah
takpun mama dan babah kuar makan
sbb mama malas nak masakm makan malam
haha penat berperang dgn Aimi le tu


Tapi pas makan rupanya kena pegi Butterworth
nak hantar babah naik train gi KL
oo babah dah nak gi Los Banos
ada babah bgtau Aimi aritu


Dah sampai sana Aimi rasa sedih
sebab lama nanti tak dapat jumpa babah
Aimi masam je

Aimi mintak maaf ye babah

Aimi tahu babah gi sana keje
babah jaga diri ye

Aimi dan mama tunggu babah balik

Jangan risau
Aimi akan berperlakuan baik hihi



Selamat jalan babah!

3/11/09

Tag Episod 1

Aimi berhutang tag dengan kawan Aimi, Nuha Humayra
Nak bayar ni
Yang lagi satu tunggu dulu eh Nuha
mama lum kemaskan Aiminyer tempat baju hihi

1.Anda rasa anda hot?
Mesti hot mesti hot. Kalau pegi jalan2 shoping complex selalu ada org tegur dan pegang2 Aimi dengan tak semena2nya. Sampaikan mamak jual kat Kedai Nasik Kandar Subaidah pun pernah dukung Aimi..huhu

2. Upload gambar kegemaran anda


3. Kenapa anda suka dengan gambar ini?
Hari pertama Aimi di dunia. Lepas beberapa jam kuar dari perut mama yang besar itu..hihi besar sebab Aimi ada kat dalam. Bila Aimi tgk gambar ni, Aimi rasa macam Aimi ni baeekkk je.. suci tok sah cakap la..memang suci habis punye

4. Bila kali terakhir makan pizza?
Tengok mama dan babah makan piza ada la. 2 hari lepas. Takde pun nak offer sama Aimi. Aimi tgk je. Masa tu ada kawan baby duk dalam stroller tunggu mak ayah dia makan jgk. Tapi dia best la, nenek dia bagi dia makan breadstix. Pastu suap dia mushroom soup..huh. Aimi panggil2 dia nak borak dia tak layan. Eksyen dapat makan la tu....

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
"Wonderpet..wonderpet kami datang, membantu kawan yang kesusahan, kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah..go wonderpets yea! Apa yang penting..kerjasama!" Itu adalah nyanyian mama...

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Menjerit panggil mama

7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Mama dan babah kdg2 panggil Aimi sayang. Aimi suka. Pastu dapat cium..hihi seronok!

Soalan no 8 suruh Aimi orang untuk ditag..hihi tapi Aimi malas la nak jawab..


Huhu sesuka hati je!

Aimi memandu lagi

Aimi dah punya walker
walaupun Aimi tak boleh jalan atau berdiri sendiri lagi
ermm mungkin sebab tu kot mama dan babah carikan walker untuk Aimi

Aimi memang tak suka aktiviti berbaring atau meniarap
Aimi lagi suka berdiri kalau nak main atau tengok tv
mama la yang jadi mangsa kena pegang
hahaha sian mama
sib baik tak patah tangannya yang cantik itu
hihihi


Aimi sedang sibuk mentelaah. Ada stereng. Rupanya boleh dipandu macam kereta babah.



Dan ada satu rahsia....
sbnrnya Aimi tahan sekejap je duduk atas tu
lepas tu Aimi akan meraung dah hulur tgn pada mama
untuk apa??
dukungla..apa lagi
huhu



Ini lagi 1 kereta Aimi naik kat rumah Tok Bah. Walaupun Aimi belum boleh duduk sendiri tapi Aimi tetap dengan yakin memandu kereta kecil itu.





Amacam?
Drama queen kan Aimi ni...

3/5/09

Perlukah menyahtinja setiap hari?

Menyahtinja?
hihi kelakar jgk nama dia kan
Aimi panggil dia sebagai "yak yak"
kalo orang putih atau melayu yang agak advance
mesti panggil dia sebagai "po po"

Hmm masuk hari ni dah 3 hari Aimi tak buat keje tu
sll nya sehari smp 2-3 kali
hihi jasa susu mama kot
senang hadam
bahagia je rasa bila berjaya buang balik apa yang dah masuk perut
hihi lagi

Tapi 2-3 hari ni macam tak sedap skitla
bila la gamaknya nak kuar ni
Aimi pelik jugak
kalau tak keluar
mana dia pegi ye?

Memandangkan Aimi belum lagi amik makanan pejal
mama kata mungkin perut Aimi tgh berkembang
jadi matang skit
pemprosesan dah lain skit dari masa Aimi kecik
hmm skit lagi Aimi dah bleh mula makan

Siap sedia la wahai incik perut...

3/3/09

Kesedihan ketakutan??

Aimi di Kota Bharu ni
balik rumah Tok Bah
dah lama tak duduk rumah Tok Bah
last sekali masa umur 40hari..
hihi kecik lagi
sekarang Aimi dah besar!!
*yeay tepuk2*

Aimi nak cerita ni
sampai je Aimi di rumah Tok Bah
Tok Bah dgn Tok Mi pun dukung Aimi
memula Aimi seronok
tp lepas lama skit
Aimi terasa sesuatu

Susah nak cakap la
rasa macam takut
rasa tergugat
rasa tercari2
mana mama???

Aimi rasa tak selamat bila tak nampak mama!!!
Apakah??
Bukannya Aimi tak kenal sama itu
Tok Bah dan Tok Mi


Dah 5 bulan berlalu
mama sll ada dgn Aimi
bila mama takde Aimi jadi takut

Benarkah ini?
Aimi mula fikir macamana bila mama mula kerja nanti
macam mana ni??!!!
Bila mama tinggalkan Aimi di nurseri
takpun tinggal pada sesiapa je
1. macam mana Aimi nak menyusu?
2. sapa nak teman Aimi masa Aimi rasa tak selamat?
3. ada ke org nak sayang Aimi yang nakal ni?





***************************************************************


Aimi mula sedih
Aimi mula takut
Aimi mula nangis lagi