Showing posts with label aimi dan kawan baby. Show all posts
Showing posts with label aimi dan kawan baby. Show all posts

8/12/09

Cikgu dan kawan sekelas

Ini gambar kelas Aimi. Itu Cikgu Shida dan Cikgu Aida. Diorang la yang selalu pujuk Aimi bila Aimi nangis masa mama nak tinggal gi keje. Baju hijau tu Cikgu Hajar, manager bahagian taska. Dia la yang kesian kat mama dulu dan bagi Aimi sekolah kat sini.

Yang kenit-kenit tu kawan-kawan sekelas Aimi. Semua muka boring je kan tunggu mama masing-masing datang amik. Nasib baik cikgu ada jaga kitorang. Bagi makan, mandikan, tukar lampin, main dgn kitorang, pujuk bila kitorang sedih. Tima kasih cikgu!

Gambar ni cikgu jual dengan harga RM5 hehe. Mama kata mahal sbb tak bleh cuci lagi. Mama beli 1 je. Kualiti gambar kurang memuaskan ye sbb mama tak bukak plastik masa nak amik gambar ni..boleh??

5/6/09

Mari memasak makanan bayi

Aimi nak bagi resepi makanan pejal pertama yang Aimi makan
ini khas untuk kawan Aimi yang tak lama lagi nak mula makan
Nur Aimy Marissa nama dia

Inilah kaedah yang mama guna untuk masakkan bubur nasik Aimi
1. amik segengam je beras
2. basuh bersih2 dalam periuk yang kecil (mama siap belikan periuk baru)
3. bubuh air banyak2 dan masak nasik tu sampai pecah butirnya (sebenarnya tak pecah pun tak pe sebab nanti nak blend dia gak)
4. bila dah masak amik nasik dan sikit air nasik itu masuk dalam blender
5. tambah lah kismis atau kurma untuk menyedapkan ia (cari kismis atau kurma yang basah, yg kering tak hancur bila di blend)
6. dah siap blend, tapis dulu
7. barulah boleh makan ye

Sekarang Aimi dah makan bubur nasik dengan ayam, carrot atau ikan merah.
Keledek, kentang, pumpkin pun pernah. Pumpkin paling Aimi suka.

Aimi nak memperkenalkan satu barang.
Nama dia Food Maker.
Masa Aimi berkunjung ke satu kedai baby aritu, aunty tu perkenalkan barang ni pada mama.
Tapi mama tak beli..huhu. Penat tokey kedai promote.
Yang aunty tu tunjuk brand Tollyjoy. Harga dalam RM 35++.

Untuk aunty mama Aimy sangat sesuai guna barang ni.
Dia terdiri dari banyak barang, boleh tumbuk, buat jus, boleh potong sayur jadi kecik2..
Kalau aunty nak kirim, Aimi boleh tolong belikan sebelum Aimi pindah dari Bertam ni hehe.



Mama ada beli satu buku untuk panduan dari Persatuan Pengguna Penang (CAP)
boleh didapati di kedai buku berhampiran dengan harga RM2.50 je. Dalam buku tu tunjukkan yang pengeluar makanan bayi ni sebenarnya banyak menipu huhu

Oleh itu,
marilah kita masak makanan bayi bersama2
sebab bayi belum pandai untuk masak makanan dia sendiri

Pesanan khidmat masyarakat dari,
Cik Aimi Husna

1/8/09

Al-Fatihah

Satu malam tu
sedang Aimi lena tido
mama datang peluk Aimi
mama cium Aimi
sampai Aimi tersedar

Mula2 Aimi pelik
Kenapa dgn mama?


Rupanya..
mama baru baca kisah Allahyarham Zulaikha yang meninggal masa arwah berumur 8 bulan, kalau Aimi tak silap...
arwah meninggal atas kecuaian babysitter

Entahla
Aimi pun kurang pasti
sebab Aimi belum tahu baca
Dan mama tak dapat nak cerita detail pasal kisah arwah
sebab mama tak sanggup nak baca habis


Sedih....
Kenapa ada orang macam ni kat dunia...


Bacalah kisah arwah di sini

http://memorizulaikha.blogspot.com/



Semoga roh Allahyarham Zulaikha dicucuri rahmat


UPDATE: Mama dah baca habis blog zulaikha. Dari entri pertama sampai yg terbaru. Mama mengucap dan peluk Aimi sambil membaca. Aimi tahu, mesti kisah arwh sgt menyedihkan. Semoga arwah bersemadi dgn aman. Amin.

12/15/08

= (


Mama bacakan suratkhabar kat Aimi pagi tadi.
Sedih sangat...
Ada sorg baby kena buang dalam tandas awam di pasar basah mana ntah..kat2 Changlun
Sib baik bontot dia tsangkut kat lubang jamban tu
Kalo tak dia dah jatuh dalam tu
Masa orang jumpa dia tgh hisap jari..
mesti baby tu laparkan
Nasib baik umur baby tu panjang



Sedihkan...
cat mama pun sayangkan baby dia
= (

11/18/08

Cousin Aimi, Kak Izzati



Ini cousin Aimi..nama dia Kak Izzati.
Dia tua 4bulan je dari Aimi.
Gambar atas ni masa raya haritu.
First time jumpe, kitorg malu2 lagi nak kawan.
Masa tu Kak Izzati tarik baju Aimi....
Dalam hati Aimi cakap
"Kurang hasam"
Tapi mama kata tak baik camtu
Kena baik2 dgn Kak Izzati



*kak izzati memberi penerangan cara menggunakan car seatnya*

Haha tgk mama..
Aimi dah kawan dgn Kak Izzati
Siap lepak kat kerusi dia lagi
Borak2..
Hihi seronok ada kawan sebaya
**baju Kak Izzati pun dah bnyk Aimi pakai huhu**
**********************************************************************