11/27/09

Aktiviti Aimi semasa babah bercuti III: Trip to Sungai Melaka

Lama betul Aimi tak update blog ni ye. Sampai dah bersawang.
Banyak cita baru ni..tapi Aimi kena story mory dulu kisah yang dah lapuk ni.
Nanti esok-esok Aimi lupa pulak.

Ini sambungan kisah masa babah balik haritu.
Babah bawak Aimi naik bot kat Sungai Melaka.
Cruise Sg. Melaka.

Bot ni dia lalu sepanjang Sungai Melaka.
Dulu kawasan ni biasa je. Tapi kerajaan negeri dah bangunkan untuk tujuan pelancongan.
Jadi dapatla pelancong macam Aimi ni tengok-tengok sekitar sungai Melaka ni.

Pastikan datang waktu panas tak terik.
Baru layan makan anginnye.
Kalau terasa panas, boleh pakai sunglass macam Aimi ye.


Ini pemandangan sekitar Sungai Melaka.
Sepanjang sungai ini ada rumah-rumah kampung yang cantik sangat.
Ada satu tu bumbung dia cat jadi bendera Malaysia. Jadi tak yah la tuan rumah tu nak ganti bendera baru ye tiap kali Hari Kebangsaan.
Boleh nampak kincir air zaman Portugis ke Belanda dulu, Menara Taming Sari dan Eye on Malaysia. Yang kapal besar kat belakang kincir air tu muzium.


Bot ni jalan dan patah balik dari perhentian awal. Tapi kalau nak turun kat Menara Taming Sari tu pun boleh.
Balik dari naik bot, kami gi makan Nasi Lemak Antarabangsa.
Dr Kg Baru dah sampai Bandar Hilir Melaka. Bagus lah!


Bila babah ada boleh jalan jauh-jauh sikit.
Seronok sangat.
Tak sabar nak tunggu babah balik lagi bulan 12 nanti.

Aimi dan mama tak jadi balik Kelantan raya haji.
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

No comments: