6/3/10

Hi lama tak jumpa

Lepas lama saya menghilangkan diri.....
Teka di mana saya???
hihi..

Sekarang saya bersiaran dari atas meja Mc D
sambil memerhatikan mama yang sedang makan Mc Flurry Oreo pada jam 11 malam
tanpa mengoffer pada saya
sampai saya tercengang
begini.....

Mama...
BEEESAAAAAAAARRR PUNYAA!!
hihihi

Babah saya juga agak terpaku melihat mama
makan tak offer


Oooo rupanya babah sudah ada burger sendiri
Makan ye babah

Di manakah kami?
Kami di LCCT untuk hantar babah pulang ke Los Banos
Babah balik cuti 2 minggu
Sedih babah dah nak balik
Tapi Aimi mesti kuat
Kalau Aimi sedih, mama dengan babah pun sedih.

Selamat Jalan Babah.
Nanti kita jumpa lagi.

3/29/10

IKEA tu rumah sapa mama??

Lama dah cerita ni.
Aimi ikut ibu sopin barang rumah dia.
Ibu nak masuk rumah baru..seronoknya.
Ibu bawak kitorang gi IKEA.

Aimi tengok banyaknya rumah orang dalam tu.
Rumah sapa ni mama?
Mama wat dek je..sambil terpegun tengok sume rumah tu.
Apa la mama...

Nak buai ni.Nanti belikan ye babah!

Lepak kat kerusi display. Kak Ati dengan baju banduannya.


Mari berguling-guling macam kat rumah sendiri.*rumah sendiri takde katil sedap camni =P*


Penat dah.Duduk je kat lantai. Huh!

On d way balik rumah petang tu Aimi dah tak mampu nak nyanyi-nyayi dalam keta lagi.
Penat. Penat.
Pengsan terus.

3/12/10

Mari bermain di taman

"Hai kawan-kawan"!
"Hari ni Aimi nak gi main kat taman
depan rumah je
ini bear Aimi
dia suka kalau Aimi tolak
malas jalan sendiri"

"Hari ni cuaca baik
sesuai sangat untuk main
kalau musim hujan mama tak bagi Aimi main kat taman
takut demam katanya
Aimi pun tanak bear demam"
"Jom Aimi" kata mama.
"Aimi tak abis lagi nak cerita ni mama.
Nak ajak kawan-kawan datang main sama-sama.
Seronok main kat sini.
Boleh tengok bird.
Sambil babai-babai bird."
"Eh mama dah tinggal Aimi".
*abaikan mama Aimi yang lebar*
"Saya gi dulu ye kawan-kawan.
Nanti kita borak-borak lagi".

3/10/10

Jom bersolat

Wah sangat sangat sangat lama Aimi tak hapdet blog
Malas la sekarang
masa Aimi rajin mesti tak dapat sign in
last last...malas...hehehe.

Banyak yang Aimi nak cerita ni
nantila Aimi cita ye
tunggu tau

Sebelum tu
marilah kita solat dan berdoa
semoga Aimi rajin rajin kan diri untuk hapdet belog ni

Amik wudhu dulu ye kawan-kawan

"Allahuakbar"

1/10/10

Selamat Pengantin Baru Uncle Cang & Aunty Sal

Aimi nak ucap Selamat Pengantin Baru
ini kawan babah..kawan dari uni

Hari ni dah jadi pengantin baru (hari ni sbnrnya dah berminggu lepas)
Diorang berdua jumpa masa kerja kat MARDI
sama la macam mama dan babah Aimi
lepas kenal Aunty Sal keluar MARDI dan join UKM

Aimi excited nak tengok diorang bersanding
akhirnya sampai jugak jodoh diorang
Alhamdulillah

Sama cantik. Kena lak tema kaler kitorang dengan pengantin hihi..

Aunty El, ex-ofis mate mama. Baju belang tu tunang dia. Bila ni nak makan nasik minyak diorang plak


Buurrp Aimi dah kenyang makan nasik minyak..shedap!

Balik dari kenduri kitorang singgah Alamanda lak
nak makan waffle aiskrim
nyum nyum!
Huh cepat mama cepat!

Ermm sedapnya!

1/9/10

KL Bird Park

Lama dah kan Aimi tak update blog
Mintak maaf ye
Bila ada masa, internet lak buat hal
jahat kan...??? hihi

Babah balik masa cuti krismas aritu
seronok Aimi bila babah balik
walaupun terpaksa bersengkang mata
pegi airport tengah malam buta
untuk amik babah hihi

Babah balik 2 minggu je
tapi Aimi sempat pegi Penang, balik Kelantan dan balik Melaka
wah hebatnya planning hihi

Babah janji nak bawak Aimi pegi KL Bird Park
sebelum gi Penang kami gi Bird Park
Kak Ati pun ada
best tengok ada macam-macam burung kat situ




Hihihi first time Aimi pegang itik
selalu ikut je mama nyanyi
"5 little duck went out one day...lalallalalala"
heee comel
geram rasa nak penyek je
Ada burung merak/ peacock yang jalan merata-rata je
duk kembangkan ekor dia
agak-agakla...merak yang ekornya cantik tu jantan ke betina?
hehehehe
Boleh bagi makan kat burung kat World of Peacock
semua datang hurung kita bila kita pegang makanan
mesra ya amat la diorang ni
Kawan-kawan yang belum pegi bolehla ajak mak ayah pegi ye
macam-macam lagi tempat kita yang kita boleh jalan-jalan kan
Nanti Aimi cite lagi mana lagi Aimi pegi ye!

12/11/09

Mari mengemas

Hari ni hari cuti
Mama kata hari keputeraan sultan selangor
ok tak payah gi sekolah
best best

Pagi-pagi mama bersihkan laman rumah
sapu daun-daun kering
Aimi tolong la sikit-sikit

Pastu mama ngemas dalam rumah plak
rumah Aimi dah tak macam rumah orang sebelum kena kemas tu
Aimi ingat nak tolong mama kemaskan la mainan yang bersepah-sepah tu

Aik, dah kemas? Cepatnya.

Ermm..pinjam bear kejap ye mama.

Opss alamak, tak sengaja.
Aimi tengok mama garu-garu kepala.
Mama janji nak bawak gi swim dengan Anya.
Tapi sebab Aimi noti
dan mama sangat marah sebab Aimi nak makan nasik kucing
mama taknak bawak

Sorry ye Auntie Reeva
mama tu yang noti
lain kali Aimi datang ye

12/9/09

Aimi memandu lagi

Kali ni Aimi memandu kereta kecik berwarna merah jambu
sangat matching dengan baju Aimi hehe
dah lama sebenarnya
masa babah balik haritu

Sila layan dan nikmati kegembiraan Aimi memandu !!!


Jika berminat
sila ke Giant Kota Damansara
kat Tesco Setia Alam kat rumah Aimi pun ada
cuma takde kereta pink yang comel seperti Aimi itu =D

12/8/09

Mari belajar magic

Tahukah anda
Aimi boleh memasukkan badan ke dalam ruangan sempit.
Ya sila percaya.
Kerana ini adalah benar.

Lihatlah kemampuan sebenar Aimi
Aimi belajar sendiri
tak perlu berguru dengan Cyril, Amar atau lelaki bertopeng yang memecahkan kod ahli magik

Mulakan dengan cara begini
Pusingkan badan supaya kepala anda tidak menghadap bahagian gelap supaya anda tidak mengalami klaustofobia

Selamatkanlah diri anda jika terasa lemas..fuh fuhh
Selamat mencuba!
nota kaki untuk nuha:ini baju yang awak bagi tuh.cantik tak saya pakai?hihi

12/3/09

Selamat Hari Jadi Nenek

Aimi dengan berbesar hati nak ucapkan
Selamat Hari Jadi untuk Nenek!!
Aimi doakan semoga nenek
hepi hepi hepi selalu
sihat sihat sihat selalu
tenang tenang tenang hati selalu

Semoga nenek panjang umur
dan dimurahkan rezeki selalu
boleh belanja Aimi hihi

Nenek jangan buat keje berat-berat tau
buat keje ringan-ringan je
tak pun nenek gi la exercise pocho-pocho

Nanti babah balik Aimi balik umah nenek ye
Aimi sayang nenek mucuk-mucuk ni banyak-banyak tau
Take care nenek!