10/9/08

Raya pertama Aimi

Pada satu pagi yang hening, Aimi dengar takbir dari surau dekat umah Tok Bah. Aimi belum pernah dgr takbir camtu sejak dari Aimi dalam perut mama. Takbir tu menenangkan hati Aimi. Aimi dgr babah cakap Selamat Hari Raya kat Aimi. Hari raya rupanya. Patut la masa dalam perut mama, mama kata Aimi kena puasa. Rupanya puasa utk sambut raya. Masa dalam perut mama, Aimi sempat puasa 15 hari..hehe..Aimi pun boleh la raya.

Tahun ni Aimi raya rumah Tok Bah je. Tak dapat lagi nak balik kampung babah Aimi kat Melaka. Mesti babah sedih. Babah beli kambing utk akikah Aimi. Buat kenduri sikit raya ke 3. Tok Mi masak kuzi ayam..dengan tempah gulai kambing..sedap.

Pagi2 dah ade rombongan tok imam dgn org2 surau dtg. Rambut Aimi kena gunting skit kat tok imam tu. Tok imam tu pun ada baca2 ayat utk belah mulut Aimi guna mcm2 bende yang mama dah siapkan malam sebelum tu. Ramai org datang tgk Aimi. Kawan mama dgn kawan babah pun ada. Kawan Tok Bah dgn Tok Mi lagi bnyk. Orang kelantan sume baik2..pemurah..hehe sbb tu Aimi dapat baaaanyak duit raya. Babah la tukang kira dan simpan duit..hehe tima kasih babah.

Nanti babah nak bawak Aimi balik kampung babah pulak..yea yea..dapat duit raya lagi

Ni la babah Aimi yang hensem
Ni mama Aimi yang comel
Babah dan mama dah ada Aimi raya tahun ni Family Aimi yang besar

Babah in-charge duit raya Aimi

Selamat Hari Raya semua....

3 comments:

EnCik BaD said...

Duit raya aimi nanti babah simpan dalam bank tau..nanti aimi nak sekolah kita leh guna..hehe

goooooood girl said...

So good......

Cik Aimi Husna said...

babah..ade kawan aimi kan..dia dpt duit raya lg bnyk la.2x duit raya aimi..hmm dengki la