Showing posts with label aimi dan keluarga. Show all posts
Showing posts with label aimi dan keluarga. Show all posts

7/30/09

Dah 2 hari Aimi tak pegi sekolah!

Hahahaha padan muka sekolah
Aimi dah 2 hari tak datang sekolah
sebab Tok Mi dan Tok Bah ada kat rumah
Hari isnin, selasa kena pegi
walaupun TokMi dan TokBah ada
apesal ntah
tak aci betul!

Rabu dan khamis
Aimi ada hingus skit
hehe Tok Mi kate
"Laa selsema ni..xyah la gi hari ni. Tok Mi jaga"
huhu terus la Aimi wat2 lemah

Hahaha babai sekolah
esok pun Aimi tak datang gak
malam ni babah sampai
esok Aimi nak main dengan babah je

Babah..cepat ye
Aimi rindu ni...

6/7/09

Aimi balik kampung!

Semalam Aimi balik Kelantan.
Balik rumah Tok Bah.
Balik dengan Air Asia bersama rombongan Cik Kiah yang terdiri dari mama, ibu, k izah dan k izati, pak lang, mak lang dan najihah. Ramai kan...


Perjalanan yang panjang dari Balakong ke LCCT.

Pemandu: Ayah (ayah kepada k izati)
Kenderaan: Avanza hijau
Lagu yang dilayan: ABBA (ya perjalanan jadi bertambah panjang).


Kami sedang check in di kaunter. Lihat lah kakak ini sungguh cantik.

Kami sedang penat menantikan kehadiran kenderaan itu. Nampak tak kepala Aimi yang secebis je masuk lam gambar itu.


Akhirnya pukul 12lbh tghr Aimi sampai di Airport Pengkalan Chepa. Yang gembira itu adalah K Izah.
Inilah kali pertama Aimi naik kapalterbang.
Masa jalan nak naik Aimi teruja tengok kipas dia yang sangat besar.
Dalam tu ada kakak-kakak yang cantik..hehe.
Aimi nak menghabiskan cuti sekolah kat sini dengan sepupu sepapat.
Menghilangkan kesunyian tanpa babah di sisi.
Tapi babah tetap di hati Aimi.
I miss u babah!

4/14/09

KL tunggu saya!!!

Arini Aimi nak turun KL
Babah ada keje nak settle hal study
Babah nak gi study.. =(
takpela nak wat cane

Hmm Aimi nak jumpa Tok Bah dan Tok Mi
diorg dah ada kat KL
blhla Aimi main dgn K Izzati

Tungguuuuu!!!
Aimi datang!!!

4/1/09

Aimi dah kembali

Lama dah Aimi tidak bersiaran
Banyak masalah teknikal pada sistem maklumat Aimi di rumah ni
Dah 2 minggu berlalu
Babah pun dah balik

Masa babah takde
Tok Bah dan Tok Mi datang rumah temankan Aimi dan mama
Tok Bah dgn Tok Mi temankan Aimi pagi2
masa mama takde..aik mama gi mana sbnrnya??
Tok Bah kata mama work..tp rasa macam mama ada je dalam bilik
mesti diorg ni berkomplot

Pastu kan
dah mama takde...
Aimi disuruh hisap botol susu
Aimi tak suka!!
Tapi Aimi pun ada taktik Aimi jugak
sampai Tok Mi tak larat dah nak layan
Tok Mi bagi susu dengan bende picit2 tu..apa ntah nama dia

Pastukan
Ada lagi tiba2 muncul 1 botol susu yang agak aneh
Aimi tgk macam meme mama
memula hisap macam sedap
tapi Aimi tau ini lagi satu penipuan
Aimi bercadang untuk boikot jugak botol tu
lalalalala...

Masa ambik babah kat airport
Aimi terkejut
Aimi ingat Aimi tgh mimpi macam selalu2
tapi tgh malam Aimi tsedar dari tidur
tengok babah ada
Aimi sangat seronok
babah dah balik betul rupanya

Sebab terlalu teruja
Aimi tidur sangat lambat malam tu
hihihi
sambil dengar lagu2 baru yang babah belikan

Tapi
walaupun babah dah balik
Aimi takmo babah pegi lagi
Aimi sunyi nanti babah takde.....

12/16/08

Aimi di kenduri kahwin

Cuti sekolah dah mula
Lama dah mulanya..hihi
So skrg masuklah musim orang kawin



Sabtu lepas kenduri cousin babah, auntie Ikin kat Tg Bidara
Aimi sampai Melaka malam sebelum kenduri
Fuuhh meriah siap ada bunga api berdetum detam
Maklumle anak pompuan sorg..maknye lak YB huhu
Dasat kaum kerabat babah ni

Pagi sabtu awal2 mama dah siapkan Aimi
Aimi mengenakan busana romper baby GAP pemberian auntie chems (glamer siot) kaler merah purple yg ada gambar burung hantu...hmm sesuai ke untuk kenduri??
Bersama pelengkap reben cantik di kepala untuk melindungi kepala Aimi yang botak (malu weh)
dan satu lagi motif reben ni utk elakkan soalan "Laki ke pompuan ni?"
Haha Aimi rasa sungguh kiut hari itu




Aimi is ready to go



Sampai di rumah kenduri macik2 tgh baca marhaban
Aimi macam biasa lepak kejap..pastu cari susu
Mama buat cubaan bagi susu dalam botol lagi
Hmmm tapi botol baru nampaknye
Haha sian mama Aimi
penamatnya tak berjaya jugak

Mama ngan babah cabut gi makan kenduri
Aimi dah beralih2 tangan dengan sedara2 kat situ
Aimi ape lagi..control kiut la
Nak up mama ngan babah
hihi



Lentok atas mama-sedap Aimi makan kenduri


Ini babah dan mama su Aimi. Sama tak muka diorg??

Aimi lepak2 sama Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Mama Su sama sepupu sepapat Aimi sampai petang
Dah berapa round Aimi tido bgn tido bgn pun Aimi lupe dah
Ramai gak kawan2 baby ada
Tapi Aimi tgk je..huhu tak reti lagi cane nak gi kawan2



Lepak sakan diorg pas kenyang makan


Sepupu2 Aimi..nakal tak muka diorg??!!


Aimi dah siap salin baju lagi



Ohh lupa lak..ni la pengantinnya..org tua panggil Raja Sehari
Agenda terakhir kitorg kat kenduri tu adalah
Menantikan nenek mengakhiri sessi karaoke
*Selamat Pengantin Baru Auntie Ikin dan Uncle Zam*


NOTA KAKI: Yang belum kahwin jangan risau. Banyak lagi cuti sekolah lain boleh kahwin. Jangan lupe jemput Aimi tau!!

11/18/08

Cousin Aimi, Kak Izzati



Ini cousin Aimi..nama dia Kak Izzati.
Dia tua 4bulan je dari Aimi.
Gambar atas ni masa raya haritu.
First time jumpe, kitorg malu2 lagi nak kawan.
Masa tu Kak Izzati tarik baju Aimi....
Dalam hati Aimi cakap
"Kurang hasam"
Tapi mama kata tak baik camtu
Kena baik2 dgn Kak Izzati



*kak izzati memberi penerangan cara menggunakan car seatnya*

Haha tgk mama..
Aimi dah kawan dgn Kak Izzati
Siap lepak kat kerusi dia lagi
Borak2..
Hihi seronok ada kawan sebaya
**baju Kak Izzati pun dah bnyk Aimi pakai huhu**
**********************************************************************

11/11/08

Aimi balik Melaka

Assalamualaikum...

Jumaat lepas Aimi balik umah nenek kat Melaka..kat pekan kecik nama Sg Udang.
Babah Aimi orang sane.
Penatnye travel dari penang-kl-melaka.
Cuaca skrg pun panas. Naik car Aimi duk depan sama mama.
Sedapnya mama hala aircond kat Aimi hihi...
Tok Bah ngan Tok Mi pun escort Aimi balik Melaka.
Pastu Tok Bah gi jejalan....

Aimi jumpe ngan Mak Long n family sama Pak Ngah n family.
Ramai cousin Aimi rupenye..hihi.
Mak Long bagi Aimi hadiah..baju2 cantek.
Tapi xmuat lagi Aimi nak pakai. Kena tunggu besar skit.
Mesti Mak Long xbudget Aimi ni kecik je..hihi
Ni la hadiah dari Pak Long, Mak Long, Abg Syafiq, K Shahirah ngan K Baby.


Ari ahad Aimi gi Kajang lak.
Kenduri kawin cousin babah yang Aimi gi kat Taiping aritu tu..ingat tak???
Hihi kuatnye bejalan. Penat Aimi.
Aimi ada amik gambar kat kenduri sama babah. Nanti Aimi upload. Kabel kamera xbawak plak.
Tok Bah pun datang..tp Aimi lupa lak amik gmbr sama Tok Bah.
Rugi la..dah le Tok Bah dah hensem2 pakai baju batik cam wakil rakyat..hihi sori Tok Bah ye..

Skrg Aimi duk rumah ibu.
Lambat lagi ni nak balik penang.
Babah bnyk keje lak kat sini..hmm




Aimi miss cat Aimi kat rumah la......

11/3/08

Aimi dah kuar jalan-jalan

Hari Aimi ke-44, mama dgn babah bawak Aimi kuar jalan gi Giant.
Seronok tgk ramai org. Babah tolak Aimi dgn stroller.
Macam2 barang ada Aimi tgk kat Giant.
Tapi hmm tak bleh la...
Aimi tak bleh tahan la kalo tak dapat menyusu lelama
Mama ngan babah pusing2 dalam tu cari barang2 rumah, Aimi dah gelisah dah..
Sampai kat kaunter babah nak bayar Aimi dah nangis..hihihi
Terpaksa la mama menyusu sambil makan.

Pagi esoknya, hari ke-45, pagi2 mama mandikan Aimi, pakai cantik2.
Pastu naik car dgn babah. Aimi tak tau memula nak gi mana.
Lama duk dlm car..br sampai. Aimi tgk ade signbod tulis TAIPING/ KEMUNTING
Sampai satu tempat, mama bagi Aimi kat nenek Aimi.
Ooo rupanya nenek Aimi tu mama babah.

Baru first time Aimi jumpe..seronok jumpe nenek.
Nenek dtg Taiping ada kenduri sepupu babah.
Nenek duk umah Dadi ma..hihi ramai nenek Aimi..seronoknye

Aimi dan mama dah ready nak gi rumah kenduri ni...


Tghr tu Aimi ikut sume2 gi rumah kenduri tu. Aimi ngantuk sgt sbb penat naik car jauh pagi td.
Aimi tido je dlm car Dadi ma. Smp umah irg kawin, tkejut Aimi tgk ramainya org.
Selama ni Aimi duk lam umah je..tgk mama, babah, Tok Mi dan Tok Bah.
Ini ramainya..ada org nyanyi2, joget2, yg mkn la paling ramai...
Mama nak makan..Aimi nak susu..
Tpaksa mama bawak Aimi masuk lam umah bg susu
Rupanya ramai kawan2 nak isap susu sama Aimi
Tapi diorg tak rock ah..guna botol..hahaha

Kat kenduri jumpa ramai mcik babah..nenek2 Aimi sume
Ramai rupenye nenek Aimi..seronok seronok
Aimi pun buat2 baik la depan diorg sume..
Control cute..control senyum2..hehe
mesti mama suka sbb Aimi behave


Balik kenduri rehat kat rumah Dadi ma. Panas..panas...mane ntah baju gaun Aimi

Seronok sgt jalan2
tapi penat skit....
Tapi nanti nak ajak mama babah jalan2 lagi

10/28/08

Aimi dah balik Penang

Assalamualaikum kawan-kawan

Hari ni dah hari ke 4 Aimi duk Penang. Ari sabtu lepas Tok Bah dgn Tok Mi anta Aimi ngan mama balik umah babah. Ayah Ki pun ikut.
Aimi naik keta memula cam best je..Aimi naik je mama letak Aimi atas tilam..Aimi terus tido.
Tapi tgh jalan macam melompat-lompat lak Aimi kat belakang.
Rupanya jalan tak rata.
Nak naik bukit bukau lalu banjaran titiwangsa, mama bagi susu je kat Aimi.
Sebab babah dah pesan. Takut telinga Aimi berdengung katanye...
Dah petang baru sampai rumah babah.
Penang ni panas rupanya. Masa duk umah Tok Bah Aimi duk dalam rumah je.
Tu yg tak rasa panas.
Aimi dah naik ruam panas lagi. Mama kata sebab Aimi kuat berpeluh.
Hmm tp betul la..asyik peluh je. Patut le berat Aimi tak naik banyak..hmm
eh ade kaitan ke eh...nanti Aimi tanya mama
Rumah babah ade cat.
hihi Aimi suka..tp mama tak bagi Aimi main lagi.
Mama kata Aimi kecik lagi..tunggu besar sikit.
Hmm takpelah..cat tunggu Aimi besar ye

Nanti Aimi upload gambar rumah babah
Tak leh nak kuar amik gambar sbb panas sgt.
Haaa tp smlm babah ngan mama bawak Aimi gi rumah kawan babah.
Aimi tgk mama seronok sbb Aimi tak nangis kat rumah mcik tuh.
Sbnrnye sbb Aimi dah kenyang..hihihi
Kalo tak mesti Aimi nangis



Seronok duk rumah ada mama dgn babah...

10/16/08

Aimi dah 30 hari!!!

Alhamdulillah


Hari ni Aimi dah masuk sebulan. Mama, Tok Mi dan Tok Bah bawak Aimi gi Klinik Perdana lagi. Aiks..pelik lak. Aimi dah kurang dah seme2 macam hari tu. Nape datang sini lagi..


Dalam keta mama kata Aimi kena cucuk arini. Ooo cucuk. Masa mula2 kuar tgk mama dulu dah kena cucuk 2kali. Sampai klinik, Dr Nazeli pakar paediatrik yang Aimi nak jumpe aritu, tu lum sampai lagi. Aimi pun tunggu la dgn mama. Tok Mi gi beli barang skit kat luar..ada pasar rupanya kat situ.


Lepas Dr datang, pakcik tu panggil nama Aimi Husna. Aimi tgk Tok Mi tgk kat bdk2 lain kat depan klinik tu. Mesti Tok Mi lupa lagi nama Aimi..hihi..aritu panggil Aimi ni Aima..ade ke Tok Mi ni. Mama usik Tok Mi..kate Aima tuh nenek yang datang urut mama. Ade ke org tua nama muda camtu..hihihi


Hee rupanya Aimi kena cucuk Hepatitis B 2nd dose dgn Triple Antigen. Tp sekali cucuk je kat paha. Leh tahan gak sakit kena cucuk..Aimi menjerit jap.Pastu mama pujuk upah susu..hihi Aimi suka!!






Sehari dua ni Aimi tgk mama duk baca 1 buku ni. Ada gambar baby. Mesti panduan jaga baby. Hehe sian mama..terpaksa baca buku untuk jaga Aimi betul2..









Tima kasih mama..
Aimi sayang mama!!

10/11/08

Ketatnya hidung

Dah hari ke 4. Hidung Aimi lum baik lagi. Hari ni keluar banyak jugak lendir kut hidung..hingus kot. Tapi Aimi tak tau nak hembus. Mama ngan Tok Mi buang lendir tuh guna sucker. Sakit. Aimi nangis. Tapi lega skit lepas buang sikit2. Ni la rupa sucker tu..




Cik Na ngan Ayung datang umah Tok Bah. Kak Aeishah ngan Abe Mat sibuk nak cium2 Aimi. Mesti diorg nak adik tu..hihi. Masa Aimi nak nyusu, diorg datang nak main ngan mama. Marah la Aimi nak main ngan mama Aimi. Tambah lak hidung Aimi ni makin tesumbat2..eiii germ betul.



Mama mintak Tok Mi suapkan sirap panadol kat Aimi. Memula Tok Mi tak bagi sebab Aimi bukan demam. Takut Aimi terbiasa makan ubat kot.Tapi Tok Mi sian tgk Aimi. Hmm yurk.. tak sedap la..manis..tapi tak sedap. Aimi pun tido..takut Tok Mi nak suap lagi.


Kawan-kawan..
Doakan Aimi cepat sembuh ye..

10/10/08

Klinik pertama Aimi pegi

Pagi ni mama bwk Aimi gi klinik sbb semalam hidung Aimi sumbat makin teruk. Sebelum pegi klinik, Tok Mi buang lendir dalam hidung Aimi guna sucker. Lega kejap. Tok Bah bwk kitorg pegi Klinik Perdana kat Wisma Suara Muda, Kota Bharu. Tok Bah kata Dr Nazli kat situ pakar paediatrik.

Tapi kebetulan hari tu Dr Nazli takde. Aimi jumpe Dr pmpn, nama ape ntah, Aimi tak sempat tanya. Tak friendly la Dr tu. Takde pun pegang Aimi utk check. Dia sibuk nak letak termometer kat ketiak Aimi. Tok Mi nak timbang Aimi, penimbang pun dia tak tau kat mana..padahal ade je kat belakang dia. Marah la Aimi bukak sume baju Aimi. Sib baik mama ade leh bagi susu. Berat Aimi dah naik. Dah jadi 3.4 kg lepas 25 hari Aimi hisap susu mama.

Aimi dapat ubat. Sirap panadol dgn nasal drop..hmm mesti tak best. Mintak2 Aimi cepat sihat. Tak yah nak makan ngan titik ubat..hihi. Tima kasih Dr yang Aimi tak tahu nama...





10/9/08

Aimi sakit ENT


Dah 2 hari Aimi sakit hidung. Macam tesumbat.
Napas Aimi bunyi ghooohh2. Aimi xlena tido malam.
Sian mama. Mama temankan Aimi.
Tak putus asa bagi susu..wpun sambil duduk. Sampai tetido smbl duduk.
Tapi Aimi tak tau camne nak ilangkan sakit ni.
Tok Bah ngan Tok Mi pun tolong mama dukung Aimi bagi yang block tuh ilang.
Aimi harap Aimi sihat cepat..

Raya pertama Aimi

Pada satu pagi yang hening, Aimi dengar takbir dari surau dekat umah Tok Bah. Aimi belum pernah dgr takbir camtu sejak dari Aimi dalam perut mama. Takbir tu menenangkan hati Aimi. Aimi dgr babah cakap Selamat Hari Raya kat Aimi. Hari raya rupanya. Patut la masa dalam perut mama, mama kata Aimi kena puasa. Rupanya puasa utk sambut raya. Masa dalam perut mama, Aimi sempat puasa 15 hari..hehe..Aimi pun boleh la raya.

Tahun ni Aimi raya rumah Tok Bah je. Tak dapat lagi nak balik kampung babah Aimi kat Melaka. Mesti babah sedih. Babah beli kambing utk akikah Aimi. Buat kenduri sikit raya ke 3. Tok Mi masak kuzi ayam..dengan tempah gulai kambing..sedap.

Pagi2 dah ade rombongan tok imam dgn org2 surau dtg. Rambut Aimi kena gunting skit kat tok imam tu. Tok imam tu pun ada baca2 ayat utk belah mulut Aimi guna mcm2 bende yang mama dah siapkan malam sebelum tu. Ramai org datang tgk Aimi. Kawan mama dgn kawan babah pun ada. Kawan Tok Bah dgn Tok Mi lagi bnyk. Orang kelantan sume baik2..pemurah..hehe sbb tu Aimi dapat baaaanyak duit raya. Babah la tukang kira dan simpan duit..hehe tima kasih babah.

Nanti babah nak bawak Aimi balik kampung babah pulak..yea yea..dapat duit raya lagi

Ni la babah Aimi yang hensem
Ni mama Aimi yang comel
Babah dan mama dah ada Aimi raya tahun ni Family Aimi yang besar

Babah in-charge duit raya Aimi

Selamat Hari Raya semua....