9/21/09

Aimi beraya di Kota Bharu

Aidilfitri ni kali kedua untuk Aimi.
Kali pertama Aimi raya tanpa babah di sisi.
Aimi balik Kota Bharu dengan mama, ibu, kak ati dan kak izzah naik Firefly yang-panas-masa-mula2-kita-naik-tak-tau-pasang-aircond-ke-tak.
Berpeluh2 Aimi. Tapi takpela, selamat sampai lepas sejam.

Kat rumah Tok Mi dan Tok Bah meriah sikit dari rumah Aimi.
Ye la kan kat rumah Aimi ada Aimi dan mama je.
Aimi main dengan Kak Ati, tapi main dengan berhati2 sebab dah biasa kena buli.
Jadi kali ni Aimi beringat selalu hehe.

Antara aktiviti Aimi Aidilfitri kali ni:
1. Membuat persiapan raya seperti menumbuk dan memasak, maklumla anak dara kena pandai wat kerja2 dapur

2. Pada pagi raya, Aimi mulakan dengan mengira duit yang mama panggil Duit Raya. Tolong kemas2 ape yang patut dalam beg duit mama tu sambil tengok gambar babah dala tu.
3. Bersalam2an dengan Tok Bah dan Tok Mi. Ada sesi ambik gambar. Haih Kak Ati tu buas tul. Tak larat Aimi tersengih masa posing. Rosak gambar.


4. Jalan2 kutip duit raya. Aimi dan mama ikut ibu, ayah, kak ati, kak izzah, che su dan tokmi jalan rumah sedara mara. Panasnya KB ni. Peluh2 Aimi..hehe.
Berapa duit raya Aimi dapat? Rahsia hehe.


Rindu sebenarnya kat babah.
Aimi selalu tengok gambar babah kat rumah Tok Bah.
Aimi tumpang manja dengan Tok Bah je sebab Aimi dah lama tak jumpa laki2, termasuklah babah.
Tapi Tok Bah selalu lenguh kalo dukung Aimi =(
Tok Bah selalu nak tegur Kak Ati je... =(
Takpe lah.
Mama kata babah balik bulan depan.
Aimi nak main dengan babah je nanti.
Selamat Hari Raya semua.

4 comments:

Anonymous said...

besarnye rantai aimi..kikikik

MamaAimy said...

byk xtvt awk kt kg... saya x buat aper pun sbb x sihat..asyik nak suruh mama peluk jer..huhu...

EnCik BaD said...

anak babah ni memang rajin di dapur.. ciri2 menantu yang bagus tu.. ehehehe

ctlinda said...

lama xlawat blog aimi ni...rajin sungguh aimi ni,hrp rajin sampai ke besar ya..salam aidilfitri utk aimi skluarga..