9/14/09

Penat, rimas dan baru-baru

Aimi ada 3 perkara nak cerita.

1. Penat
Sejak dapat jalan sendiri, Aimi selalu jalan je dalam rumah. Kadang-kadang je nak mama dukung..hehe. Senang nya boleh jalan ni. Nak gi mana-mana senang sangat. Aimi boleh gi ke rak buku dan jatuh2kan buku-buku mama, boleh ke dapur kemaskan bekas-bekas yang mama susun kat rak dapur, boleh tolak troli pasar mama sendiri, boleh panjat tangga, boleh kejar kucing dan macam-macam lagi la. Pastu kalau mama asyik duk tengok drama je kat tv, Aimi boleh jalan cari remote dan bagi kat mama suruh mama tukar kartun Aimi. Tapi kan, letih la pulak jalan ni. Baru Aimi tahu. Sebab selalu kepenatan, Aimi selalu tido awal sekarang. Pukul 7, 7 lebih, 8 atau 8 lebih.

2. Rimas
Tapi 2-3 hari ni, Aimi kurang sihat sikit. Batuk dan selsema. Bila bersin, kuar hingus meleleh2. Kalau Aimi bersin mama mesti terus melompat dengan kain nak lap hingus. Walaupun kadang-kadang takde pun hingus yang keluar haha. Lagi satu batuk. Batuk selalunya masa Aimi nak tido. Dah penat tadi mesti nak tido, tapi selalu terganggu oleh batuk. Rimas!

3. Baru-baru
Satu perkara baru yang Aimi dah berkebolehan untuk buat sekarang adalah......bangun tengah malam untuk main! Lepas tido awal, badan rasa segar skit. Jadi bolehla sambung bermain bila tersedar sewaktu tidur, tak kiralah masa tu malam ke hape ke. Tak risau punya, kalau mengantuk pagi esok tu boleh tidur.

Tapi...
apa yang berlaku pada mama?
Hanya Allah Yang Mengetahui

4 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

saya pun kalo tido awal, mesti bangun awal main..kadang2 pukul 3, kadang2 pukul 4..sian kan kat Ummi kiter..

xoxo,
Nuha

Reeva Husin said...

hehe.. Masa anya selsema dulu, cousins semua panggil dia 'bubble girl' :D Asal hidung penuh / bersin je ada bubble. hehe

MamaAimy said...

saya tdo pkl 9-10 mlm ... pkl 8-9 pagi br bangun... klu bgun main tgh mlm mama x layan...baik tdo jelah... blh mimpi mcm2... :-)

Aimy.

cian mama aimi...aimi jgn nakal2 yer... mama jaga aimi sorang2...msti penat... Aunty jaga Aimy sorang2 1-2 hari pun rasa nak nangis...huhu...

MamaAimy

QQ said...

aimi..bile kite selsema kan mama selalu bg kite scott emulsion..doc yg advice kat mama...
-sara-