11/4/09

Aktiviti Aimi semasa babah bercuti II: A Famosa Animal World

Awas!
Entri ini banyak gambar.
Sampai nak upload lagi asyik tersangkut-sangkut blogger ni.

Masa babah balik kami balik kampung babah kat Melaka.
Bawak bawak Aimi, mama, nenek dan mama su gi jalan kat A Famosa Animal World.
A Famosa ni dekat je dengan highway PLUS, kuar tol Alor Gajah.
Kat sini ada waterpark dengan cowboy town.
Tapi Aimi gi kat animal world je.

Mari bergembira di Animal World.
Kami sampai betul-betul masa dia bukak.
Pukul 9.30 pagi. Kalau lewat2 nanti panas!
Lepas babah beli tiket kami dapat masuk.
Kena pakai tag kat tangan dulu tau.

Aimi 72 cm je. Dapat masuk free.
Masuk-masuk je ada harimau 2 ekor.
Aimi ingatkan kucing.
Tengok sama je macam kucing Aimi.
Tapi besar, ada belang.
Hee geram Aimi tengok dia...
Dalam ni ada walking path dengan safari.
Kalau lalu walking path kita dapat tengok binatang dalam cage.
Nak gi safari plak kena naik tram.
Kat safari binatang diorang lepas je. Bagi hidup macam dekat safari kat Afrika.
Amik gambar dulu sebelum naik tram.
Ini pemandangan dari dalam tram.

Kat safari Aimi dapat tengok harimau lagi.
Harimau tu gaduh ngan singa...wahh ganas la diorang.
Pastu ade harimau berdiri kat pokok. Nak manjat kot.
Tapi tak pandai hihihi.
Ada macam-macam..zirafah, rusa, kuda belang.
Tak dapat nak upload gambar semua...asyik fail je.
Lepas pusing dengan tram, tengok elephant show plak.

Tengah tunggu elephant start joget.

Gajah ni besar tau.
Ada 3-4 ekor yang buat show.
Macam-macam la diorg boleh buat.
Main bola, massage orang, angkat orang guna belalai, boleh buat akrobatik dengan tuan dia, boleh duduk..huhu seronok Aimi tengok.


Gajah ni pandai naik basikal...hihi.

Selain elephant show, ada multi animal show.
Ada orang utan, otter, burung, ngan macam-macam lagi binatang yang buat show ni.
Pandai la diorang.
Tapi Aimi tengok sikit je sebab Aimi ngantuk...zzzzz...
Laa.. dah tido plak
Dalam ni ada food court.
Bila penat jalan leh makan-makan.
Ada kedai cenderamata.
Banyak leh beli buat kenang-kenangan.
Cantik tak topi ni? Mama tak bagi sebab takut Aimi panas. Aimi macam Chicken Little tak? Hihi
Kami jalan-jalan kat walking path tengok binatang dalam cage.
Macam-macam binatang ada rupanya.
Selalu asyik tengok cat je.
Banyak nama-nama baru yang Aimi belajar.
Aimi dapat bagi makan kat binatang kat sini.
Ada biri-biri tu nak Aimi punya carrot.
Eh tapi mama kata itu biri-biri tu punya.
Aimi kena bagi dia makan carrot tu.
Aimi bagi dia sikit je..dia duk tarik-tarik.
Sib baik Aimi dapat tarik balik.
Pastu Aimi pun gigit kat Aimi plak =P
Inilah dia biri-biri noti tuh. Tengok tu, rabbit comel pun ada.
Aimi dapat naik unta kat sini.
Tinggi la dia. Ada bonggol-bonggol.
Dia jalan macam lenggang kangkung je.
Ada kuda kecik jugak yang kita boleh naik.
Mama pegang Aimi kuat-kuat tau!
Orang utan dan spesies yang sewaktu dengannya tinggal kat Orang Utan Island.
Kena naik rakit nak gi sana. Dekat je.
Tengok air rasa nak terjun je..hehe.
Ini baby kera dengan mak ayah dia. Dia cakap kat Aimi "Selamat berkenalan".
Balik dari Orang Utan Island, gi cowboy show.
Ada cite cowboy berlakon dengan bunyi tembak-tembak.
Aimi tak layan, Aimi layan meme dan tido je..hihi.
2 round dah tido dalam 1 trip hihi.
Abis cite cowboy tu jalan-jalan lagi tengok binatang, binatang tengok kami.
Cantik-cantik la diorg.
Aimi paling suka dapat pegang rabbit tu.
Dapat bagi makan kat binatang-binatang.
Masa bagi makanan dekat kumpulan monyet, Aimi tengok ada baby monyet yang selalu makanan dia kena curik kat monyet besar..hihi sian dia.
Babah bagi unta yang lapar ni makan.
Ini adalah racoon berdiri.
Biri-biri noti ni lagi.

Anak ayam yang banyak. Lari ramai-ramai datang kat kita bila kita ketuk cermin.
Penat jalan.
Tapi best sangat sebab dapat belajar benda2 baru.
Babah Aimi dulu keja kat sini kejap lepas abis degree.
Babah kata keje sapu sampah, bersihkan kolam itik, buang taik binatang, bagi makan binatang.
Sampai babah pernah kena gigit dengan tapir..sian babah.
Nasib baik selamat.
Aimi penat sangat. Rasa nak pengsan.
Kesimpulan lawatan: Seronok!

4 comments:

Eliss said...

seronoknya..saya blom pernah lihat bintang selain cat, goat dan cow :P

xoxo,
Nuha

MamaAimy said...

seronoknyer awk..saya lum pegi lg...awk x beli cenderamata kt saya ke?

Aimy.

Cik Aimi Husna said...

nuha:ajak umi gi zoo negara.xjauh mane pun.best tgk 'diorg'

aimy:xpe nanti2 leh pegi.tunggu awak leh jalan.leh awak main dgn biri2 tuh.cenderamata?hihi lupe la...

ctlinda said...

seronok sgt tengok aimi jln2 kat famosa animal world tu..selalu sangat dapat tengok benda2 baru...comel sangat nampak aimi pakai spek mata & topi tu...