8/15/10

Saya sangat sibuk dengan sekolah

Pasal tu la saya tak dapat nak update blog.
Mama kata saya dah besar sekarang.
Sebulan lagi umur saya 2 tahun.

Jemputla tengok gambar-gambar saya yang membuktikan saya dah besar.
Heeee....

Kat Kedai Aroi Tomyam..1km lagi nak sampai rumah. Mama kata mama lapa, tak sempat makan tengahari (blh caya ke??). Saya sedang intai mama tengah pekena tomyam.

Dalam perjalanan pegi taska. Pagi-pagi saya bangun mandi. Baik tak saya? Tapi sekarang saya dah malas bangun awal. Mama kena angkat saya masa saya tengah tido.

Masa balik dari Tesco kot. Saya korek barang-barang dalam dashboard keta mama. Jumpa spek babah. Pening kepala saya pakai menda tu.


Mama balik keje, bukak tudung terus dibelitnya kat saya. Mama ingat saya tempat letak tudung kot. Saya bermood pasrah.

Nak gi taska. Tengah tunggu mama panaskan enjin kereta. Tiap-tiap pagi saya dapat tengok moon yang baru nak balik rumah dia lepas keja semalaman. Sebab tu muka saya macam kekaguman.
Sekian.
Terima kasih.




2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

sibuknya awak..rindu nak jumpa awak lagi!bila awak balik raya? babah awak balik tak?


xoxo,

Nuha

Cik Aimi Husna said...

NUHAA!!!!
lama xjumpe awak.babah saya blk mlm raya.thn ni saya raya kat kg babah.mama ajak saya blk kg mama kamis ni.xsabar....