
Lagi satu peraduan Aimi nak join ni. Nama dia Father's Day Contest anjuran MAMATISYA.Terima kasih Auntie kerana menganjurkan peraduan ni masa Aimi sedang rindukan babah. Sesuai sangat.
**********
Nama penuh babah: Badrulhadza Amzah
Nama penuh Aimi: Aimi Husna Badrulhadza
**********
Gambar ni masa Aimi umur 3 bulan lebih. Kepala botak sebab baru lepas beberapa hari kena cukur dek babah. Masa ni babah baru balik keje. Dan babah baru dapat berita babah terpaksa tinggalkan Aimi dan mama sebab kena sambung belajar. Aimi tengok muka babah sedih. Aimi faham sangat perasaan babah masa tu.
**********
Sekarang ni babah dah pegi. Aimi tak dapat sambut Hari Bapa yang pertama dengan babah. Semoga babah tabah di sana. Aimi akan selalu ingat babah walaupun orang selalu kata nanti babah balik Aimi tak kenal babah dah. Jangan percaya kata diorang ye babah. Aimi hari-hari tengok gambar babah. Babah selalu di hati Aimi.
Waaaa...sedih plak rasa!






