6/4/09

MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest

Aimi nak masuk peraduan
Peraduan ini dinamakan "MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest"
Anjuran dan penajaan oleh... (drumroll....)
1. MomBloggersPlanet http://www.mombloggersplanet.com/825/cutest-baby-photo-contest-june-09/
2. PhotoBook Malaysia http://www.photobook.com.my/
3. AliceWonders http://www.alicewonders.com/

Terima kasih kepada pihak penaja yang baik hati.
********************

Inilah gambar Aimi pakai baju merah. Ini kimono yang kawan baik mama, Auntie Mhe yang sekarang tengah belajar di Kyoto belikan masa Aimi baru lahir. Sekarang baru Aimi boleh pakai. Terima kasih Auntie Mhe dan Uncle Mon!
********************
Oh ye. Nama penuh Aimi ialah Aimi Husna bt Badrulhadza. Babah Aimi Badrulhadza Amzah dan mama Rumiza Abd. Rashid. Maksud nama Aimi ialah "keberkatanku yang indah". Insyaallah dan alhamdulillah Aimi telah membawa keberkatan dalam hidup mama dan babah. Aimi lahir pada 16 Ramadhan bersamaan 16 September 2009. Masa dalam perut mama, Aimi sempat puasa 15 hari tau..hehe.
********************
Kenapa Aimi mesti memenangi Cutest Baby in Red Contest ni??
Aimi memang nak menang peraduan ni. Nak hadiahkan hadiahnya nanti untuk mama dan babah. Mama akan kerja nanti, jadi mama perlukan beg tangan baru sebab dah lama mama tak beli beg tangan. Mama pun dah lama tak belikan barang-barang baru untuk diri sendiri. Asyik belikan barang untuk Aimi je. Lagipun 7 Jun ni harijadi mama. Aimi takde duit nak belikan hadiah untuk mama. Hmm....
Babah pun jauh. Tak dapat temankan mama masa hari jadi mama. PhotoBook tu plak Aimi nak hadiahkan untuk babah yang sedang belajar di tempat orang. Babah kat sana seorang diri. Rakyat Malaysia pun takde dekat tempat babah tinggal dan belajar. Boleh ubat kerinduan babah pada Aimi kalau ada gambar-gambar terbaru Aimi.
Tambahan plak, Aimi memang nampak comel kan dalam kimono merah tu ! Hehehe. Mama kata merah tanda berani. Aimi nak jadi budak yang berani. Walaupun babah takde di sisi, Aimi tetap berani mengharungi hidup menemani mama sebab Aimi tahu babah selalu ada dalam hati Aimi.
********************
Jadi,
apa tunggu lagi.
AFUNDI AIMI 500!

4 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

good luck Aimi!
awak mesti menang!!tapi saya nak menang beg utk Ummi gak :D

xoxo,
Nuha

MamaAimy said...

Good Luck Aimi...

aimy mmg comel pakai baju kimono tu...

best la hadiah dia kan... nk join... x nak join...nk join...x nak join...

auntie mhe said...

owh bangganya makcik aimi pakai kimono tu! sbnrnye lebih tepat ia dinamakan `yukata` yg selalu org jepun pakai masa musim panas. tp sblmni makcik pun xtau.kimono pula adalah berlapis2 berbelit2 dan berbonggol dibelakang hingga xkuasa nk memakainya. apa2pun keputihan aimi menyerlah dlm warna merah. mkcik sugguh bangga. VOTE FOR AIMI uols!

p/s guano nk vote nih. makcik xretila nk vote dr jarak jauh ni

Cik Aimi Husna said...

nuha:xpe nanti awak bg la saya no 1.awak amik no 2 hehehehe

aimy:join la sekali.meriahkan perkampungan bayi2 berwarna merah.

auntie mhe:xyah vote pun..huhu.saje je cuba mendapat sokongan moral.itu yukata rupanya.patutla xde bantal kat belakang huhu.aimi br nak guna bantal tuh buat lapik seat keta mcm seseorg satu masa dulu...