Showing posts with label aimi dan susu badan. Show all posts
Showing posts with label aimi dan susu badan. Show all posts

1/5/09

Susu mama

Mama
Aimi mintak maaf
Tadi Aimi marah2
sebab mama bagi susu dengan sudu
hari tu dah bagi dgn botol
agaknya mama cuba cara lain
lepas Aimi takmau hisap botol susu tu

Aimi mintak maaf mama
sebab buat mama sedih, risau, kecewa ngan Aimi
Aimi tahu
dalam botol tuh pun susu mama
tapi Aimi nak susu dari mama sendiri

Aimi boleh tgk mama masa menyusu
Aimi boleh dekat dgn hati mama
Aimi boleh dengar degupan jantung mama
Aimi boleh lebih mesra dengan mama

Botol dan sudu tu
buat kita tak mesra
buat kita lebih jauh



Aimi nak selalu dekat dengan mama
Maafkan Aimi mama

12/6/08

Mama..Aimi takmo botol susu

Ada ke...
Mama wat cubaan nak suruh Aimi isap botol susu
Sian Aimi hihi
Walaupun susu tu rasa susu mama
Tapi Aimi takmo...
Rajah 1: Permulaan yang baik bila mama mengacu2 botol susu bersama makcik mother duck. Aimi tersenyum2 bila babah mengagah2 di belakang mama.
Rajah 2: Aimi mula gelabah bila babah bersiap2 nak kuar gi keje. Alamak!!!
Rajah 3: Aimi mula menunjukkan reaksi yang kurang baik dengan bermuka masam dan mula untuk nangis..wek wekkk. Mama tetap tak berputus asa..
Rajah 4: Aimi nangis sekuat hati sampai mama akhirnya mengalah. Aimi pun dapat habuan susu mama dari sumber yang sebenar.
Nasib la mama ye..
Aimi sebenarnya eheem ehhemmm je.......
huhu!!!

NOTA MATA : Apakah ini air mata yang sebenar atau lakonan semata-mata? Aimi saja yang tahu........

*************************************************************************************

12/2/08

Hari minggu Aimi yang best

Hari minggu lepas, Aimi kuar sama mama dan babah. Nak cari baju raya haji utk Aimi.
Maklumla baru first time nak rasa raya haji. Kena la ada baju baru..hihi.
Hari jumaat kuar lepas babah balik smyg jumaat.
Haha yang kelakar..mama gelabah tak dapat belek betul2 baju kat The Store tuh.
Sebabnya...
tak lain tak bukan
sebab Aimi kuwaaa kuwaa nak susu
Aimi tau mama mmg takleh tgk Aimi nangis
last2 balik je


Hari sabtu duk umah
babah layan hindustan

Hari ahad babah bwk Aimi ngan mama gi Queenbay Mall kat pulau.
Pukul 1130 pg kitorg dah smp. Mama tuju ke bhgn kanak2 Jusco dulu.
Part seronok yang Aimi nak cite ni..
sini ada baby's room
huhu seronok Aimi dapat nyusu dgn tenang
mama pun dapat shopping dgn tenang bila Aimi kenyang.
Tapi tak dapat jgk baju utk Aimi sbb takde saiz.
Baju saiz 0-3bln pun besar dabak..xsesuai utk Aimi yg kecil molek ni..petite

Hmm tp Aimi dpt toys kat Toys R Us
Babah belikan Aimi "On the go stroller arch".
Dgn butterfly besar leh attach situ sekali.
Bleh pasang kat stroller ngan car seat.
Hihi cantik tak? ada kaler2...


Balik dr Queensbay singgah Sunway Carnival Mall plak haha
yang ni kat Sbrg Jaya..on d way nak balik rumah
kat sini pun seronok
ada baby's room yang dilabel sbg "nappy changes room"
ada bilik untuk milking gak huhu
babah ada amik gmbr..cantik bilik ni..
kat Jusco lupe lak nak amik..huhu


Akhirnya mama berjaya mendapatkan baju raya utk Aimi
saiz 3-6 bln tp muat dgn Aimi...cap Pigeon
aritu pun cap ni gak yg muat Aimi
nak tgk??
Tunggu raya ye
nanti Aimi amik gmbr..
Alamak
tapi kepala dah botak
cane nak raya ni.....

10/28/08

Aimi dah balik Penang

Assalamualaikum kawan-kawan

Hari ni dah hari ke 4 Aimi duk Penang. Ari sabtu lepas Tok Bah dgn Tok Mi anta Aimi ngan mama balik umah babah. Ayah Ki pun ikut.
Aimi naik keta memula cam best je..Aimi naik je mama letak Aimi atas tilam..Aimi terus tido.
Tapi tgh jalan macam melompat-lompat lak Aimi kat belakang.
Rupanya jalan tak rata.
Nak naik bukit bukau lalu banjaran titiwangsa, mama bagi susu je kat Aimi.
Sebab babah dah pesan. Takut telinga Aimi berdengung katanye...
Dah petang baru sampai rumah babah.
Penang ni panas rupanya. Masa duk umah Tok Bah Aimi duk dalam rumah je.
Tu yg tak rasa panas.
Aimi dah naik ruam panas lagi. Mama kata sebab Aimi kuat berpeluh.
Hmm tp betul la..asyik peluh je. Patut le berat Aimi tak naik banyak..hmm
eh ade kaitan ke eh...nanti Aimi tanya mama
Rumah babah ade cat.
hihi Aimi suka..tp mama tak bagi Aimi main lagi.
Mama kata Aimi kecik lagi..tunggu besar sikit.
Hmm takpelah..cat tunggu Aimi besar ye

Nanti Aimi upload gambar rumah babah
Tak leh nak kuar amik gambar sbb panas sgt.
Haaa tp smlm babah ngan mama bawak Aimi gi rumah kawan babah.
Aimi tgk mama seronok sbb Aimi tak nangis kat rumah mcik tuh.
Sbnrnye sbb Aimi dah kenyang..hihihi
Kalo tak mesti Aimi nangis



Seronok duk rumah ada mama dgn babah...

10/19/08

Mama..tima kasih

Assalamualaikum



Mama baru ajar Aimi bagi salam. Aimi pandai dah.

Arini Aimi dah sihat. Hingus dengan tersumbat dah takde.

Mama la yang jaga Aimi sampai sihat.

Mama cuci hidung Aimi

Mama bagi susu tak putus2

walaupun mama penat, kaki kebas, tangan kebas

walaupun mama nak siapkan tesis lagi

Mama sanggup menaip sambil susukan Aimi

Mama tanak bagi susu tin kat Aimi

Nak Aimi sihat dgn susu mama yang banyak khasiat tu

walaupun Aimi jarang balas senyuman mama

walaupun Aimi senyum kat Tok Bah dgn Tok Mi je

Mama tetap peluk Aimi

Mama tetap cium Aimi





Aimi sayang Mama

10/16/08

Aimi dah 30 hari!!!

Alhamdulillah


Hari ni Aimi dah masuk sebulan. Mama, Tok Mi dan Tok Bah bawak Aimi gi Klinik Perdana lagi. Aiks..pelik lak. Aimi dah kurang dah seme2 macam hari tu. Nape datang sini lagi..


Dalam keta mama kata Aimi kena cucuk arini. Ooo cucuk. Masa mula2 kuar tgk mama dulu dah kena cucuk 2kali. Sampai klinik, Dr Nazeli pakar paediatrik yang Aimi nak jumpe aritu, tu lum sampai lagi. Aimi pun tunggu la dgn mama. Tok Mi gi beli barang skit kat luar..ada pasar rupanya kat situ.


Lepas Dr datang, pakcik tu panggil nama Aimi Husna. Aimi tgk Tok Mi tgk kat bdk2 lain kat depan klinik tu. Mesti Tok Mi lupa lagi nama Aimi..hihi..aritu panggil Aimi ni Aima..ade ke Tok Mi ni. Mama usik Tok Mi..kate Aima tuh nenek yang datang urut mama. Ade ke org tua nama muda camtu..hihihi


Hee rupanya Aimi kena cucuk Hepatitis B 2nd dose dgn Triple Antigen. Tp sekali cucuk je kat paha. Leh tahan gak sakit kena cucuk..Aimi menjerit jap.Pastu mama pujuk upah susu..hihi Aimi suka!!






Sehari dua ni Aimi tgk mama duk baca 1 buku ni. Ada gambar baby. Mesti panduan jaga baby. Hehe sian mama..terpaksa baca buku untuk jaga Aimi betul2..









Tima kasih mama..
Aimi sayang mama!!

10/9/08

Aimi sakit ENT


Dah 2 hari Aimi sakit hidung. Macam tesumbat.
Napas Aimi bunyi ghooohh2. Aimi xlena tido malam.
Sian mama. Mama temankan Aimi.
Tak putus asa bagi susu..wpun sambil duduk. Sampai tetido smbl duduk.
Tapi Aimi tak tau camne nak ilangkan sakit ni.
Tok Bah ngan Tok Mi pun tolong mama dukung Aimi bagi yang block tuh ilang.
Aimi harap Aimi sihat cepat..