Showing posts with label aimi dan hakmilik. Show all posts
Showing posts with label aimi dan hakmilik. Show all posts

7/9/09

Aimi dan walker baru

Aimi ada walker baru
Mak Long kesayangan bagi
Tima kasih Mak Long ye
dari jauh datang hantarkan hadiah untuk Aimi
Aimi sayaaaaaaang Mak Long!

Ni lah dia..Fisher Price walker-wagon..hehe cane nak main ni...???

Eh menariknya banyak mainan la..

Tolak gini ke..eh abaikan benda belakang yang dah nak membuak2 tu..


Ooo macam ni rupanya. Yaaah yaahh tolak tolak!!!!
Tima kasih sekali lagi Mak Long
Mak Long senyum-senyum selalu
Aimi dah bleh jalan esok Aimi nak explore umah Mak Long lak
hihhi
Muaahh muahhhss utk Mak Long!



3/11/09

Aimi memandu lagi

Aimi dah punya walker
walaupun Aimi tak boleh jalan atau berdiri sendiri lagi
ermm mungkin sebab tu kot mama dan babah carikan walker untuk Aimi

Aimi memang tak suka aktiviti berbaring atau meniarap
Aimi lagi suka berdiri kalau nak main atau tengok tv
mama la yang jadi mangsa kena pegang
hahaha sian mama
sib baik tak patah tangannya yang cantik itu
hihihi


Aimi sedang sibuk mentelaah. Ada stereng. Rupanya boleh dipandu macam kereta babah.



Dan ada satu rahsia....
sbnrnya Aimi tahan sekejap je duduk atas tu
lepas tu Aimi akan meraung dah hulur tgn pada mama
untuk apa??
dukungla..apa lagi
huhu



Ini lagi 1 kereta Aimi naik kat rumah Tok Bah. Walaupun Aimi belum boleh duduk sendiri tapi Aimi tetap dengan yakin memandu kereta kecil itu.





Amacam?
Drama queen kan Aimi ni...

1/30/09

Lagu-lagu kanak-kanak

Mama selalu nyanyikan lagu "Incy wincy spider" dengan "5 little ducks" kat Aimi
lagu lain ade gak
tapi tak sedap kot..Aimi pun tak teruja dengar lagu2 lain tu
seronok..
kalau sambil mandi,
mama nyanyi lagu duck tu,
sambil Aimi mandikan mother duck dan baby dia..fuhh best sgt!


Satu hari tu,
mama dan babah singgah kedai tulis "Speedy Video"
ingatkan nak beli cd Faizal Tahir hihi
rupanya belikan Aimi "Nursery rhymes"
2+1 vcd dan cd
haha Aimi pun layan la...
Kawan-kawan baru Aimi dalam vcd itu:
Vinko the Dancing Bear
DJ the Dinosaur
Tempo the Tiger
Oboe the Monkey
Frankie the Elephant

Layan ye kawan-kawan..
Tima kasih mama dan babah!!

1/29/09

Romper baru Aimi

Aimi suka pakai romper.
1. Sebab dia hanya sekeping kain, tak le complicated sgt
2. Sebab ada banyak gambar menarik pada romper, macam tshirt org dewasa
3. Sebab ada banyak warna menarik
4. Sebab ada butang kat bawah kelengkang, senang untuk mama tukar diaper Aimi


Hujung minggu lepas, Aimi balik umah nenek kat Melaka.
Jalan-jalan kat Dataran Pahlawan.
Mama dan babah telah shopping romper baru untuk Aimi..tima kasih =)












Koleksi romper baru Aimi




Babah sibuk membawa barang2

12/2/08

Hari minggu Aimi yang best

Hari minggu lepas, Aimi kuar sama mama dan babah. Nak cari baju raya haji utk Aimi.
Maklumla baru first time nak rasa raya haji. Kena la ada baju baru..hihi.
Hari jumaat kuar lepas babah balik smyg jumaat.
Haha yang kelakar..mama gelabah tak dapat belek betul2 baju kat The Store tuh.
Sebabnya...
tak lain tak bukan
sebab Aimi kuwaaa kuwaa nak susu
Aimi tau mama mmg takleh tgk Aimi nangis
last2 balik je


Hari sabtu duk umah
babah layan hindustan

Hari ahad babah bwk Aimi ngan mama gi Queenbay Mall kat pulau.
Pukul 1130 pg kitorg dah smp. Mama tuju ke bhgn kanak2 Jusco dulu.
Part seronok yang Aimi nak cite ni..
sini ada baby's room
huhu seronok Aimi dapat nyusu dgn tenang
mama pun dapat shopping dgn tenang bila Aimi kenyang.
Tapi tak dapat jgk baju utk Aimi sbb takde saiz.
Baju saiz 0-3bln pun besar dabak..xsesuai utk Aimi yg kecil molek ni..petite

Hmm tp Aimi dpt toys kat Toys R Us
Babah belikan Aimi "On the go stroller arch".
Dgn butterfly besar leh attach situ sekali.
Bleh pasang kat stroller ngan car seat.
Hihi cantik tak? ada kaler2...


Balik dr Queensbay singgah Sunway Carnival Mall plak haha
yang ni kat Sbrg Jaya..on d way nak balik rumah
kat sini pun seronok
ada baby's room yang dilabel sbg "nappy changes room"
ada bilik untuk milking gak huhu
babah ada amik gmbr..cantik bilik ni..
kat Jusco lupe lak nak amik..huhu


Akhirnya mama berjaya mendapatkan baju raya utk Aimi
saiz 3-6 bln tp muat dgn Aimi...cap Pigeon
aritu pun cap ni gak yg muat Aimi
nak tgk??
Tunggu raya ye
nanti Aimi amik gmbr..
Alamak
tapi kepala dah botak
cane nak raya ni.....

11/16/08

"Tempat duduk kereta"

Aimi tiru aksi kungfu lam tv
**Safety first: pakailah tali pinggang keledar di mana jua anda berada**



Semalam kuar ngan mama dan babah pegi Jusco Cheras Selatan.
Mama dan babah belikan Aimi kerusi baru..
Eh kerusi ke???!!
Macam kerusi..mama kata utk Aimi duduk dalam car.
Nanti jap Aimi tanya mama..............
Hihi sorry kawan2..
nama dia car seat.
Mama kata...
Pasni kalo naik car, mama dah bleh rilek skit.
Takyah nak pangku Aimi da..hihi.
Hmm..
Tapi....
Aimi lagi suka mama pangku Aimi..
hihi
********************************************************

10/22/08

MyKid



Aimi dah dapat MyKid.
Bulan lepas babah Aimi gi buat kat Jabatan Pendaftaran Negeri Kelantan masa buat surat beranak. Surat beranak pun Aimi dah ade tau.
TokBah gi collect pagi tadi MyKid tu.
Kaler pink..Aimi suka.
Aimi suruh mama simpan dalam beg duit mama.
Kalo ada polis ingat Aimi jawa ke bangla ke, Aimi suruh mama tunjuk..hihi


Aimi dah jadi warganegara Malaysia!!!

10/12/08

Rock-A-Bye Baby


Rock-a-bye baby,

in the tree top

When the wind blows,

the cradle will rock

When the bough breaks,

the cradle will fall

And down will come baby,

cradle and all



hihi..




Aimi ada buaian. Tok Bah bawak dari rumah Tok Bah kat KB.
Mula-mula naik..waaah seronoknye.
Lagi best dari duk dalam cod yang babah dah bawak balik Penang tu.
Lena Aimi tido dalam buaian tu.
Mama letak toy dgn musical pull kat situ bagi Aimi tgk ngan dgr.
Kdg2 Aimi ngintai muka mama boring je duduk hayun buaian utk Aimi..
hihi sian mama...
Hari kedua Aimi duk dalam buai tu Aimi rasa makin best.
Tak berenti lak buaian tu kena hayut walaupun dah berjam2.
Aimi naik heran lak...sapa la yang rajin hayunkan buaian ni.
Hihi rupa2nya ada motor pasang kat buai tu.
Jadi dia gerak la sendiri...hmm haaa sedapnye terbuai2 ni
Bila Aimi dah besar ngan dah berat
mesti dah tak leh naik buai ni
Hidung Aimi yang block tu lum sembuh.
Sekali sekala je baik..lepas mama dan Tok Mi sedut hingus.
Buai ni tolong Aimi lena tido
walaupun hidung tersumbat
Tima kasih buai...