4/1/09

Aimi dah kembali

Lama dah Aimi tidak bersiaran
Banyak masalah teknikal pada sistem maklumat Aimi di rumah ni
Dah 2 minggu berlalu
Babah pun dah balik

Masa babah takde
Tok Bah dan Tok Mi datang rumah temankan Aimi dan mama
Tok Bah dgn Tok Mi temankan Aimi pagi2
masa mama takde..aik mama gi mana sbnrnya??
Tok Bah kata mama work..tp rasa macam mama ada je dalam bilik
mesti diorg ni berkomplot

Pastu kan
dah mama takde...
Aimi disuruh hisap botol susu
Aimi tak suka!!
Tapi Aimi pun ada taktik Aimi jugak
sampai Tok Mi tak larat dah nak layan
Tok Mi bagi susu dengan bende picit2 tu..apa ntah nama dia

Pastukan
Ada lagi tiba2 muncul 1 botol susu yang agak aneh
Aimi tgk macam meme mama
memula hisap macam sedap
tapi Aimi tau ini lagi satu penipuan
Aimi bercadang untuk boikot jugak botol tu
lalalalala...

Masa ambik babah kat airport
Aimi terkejut
Aimi ingat Aimi tgh mimpi macam selalu2
tapi tgh malam Aimi tsedar dari tidur
tengok babah ada
Aimi sangat seronok
babah dah balik betul rupanya

Sebab terlalu teruja
Aimi tidur sangat lambat malam tu
hihihi
sambil dengar lagu2 baru yang babah belikan

Tapi
walaupun babah dah balik
Aimi takmo babah pegi lagi
Aimi sunyi nanti babah takde.....

2 comments:

Eliss said...

yeay2 awak dah kembali...nantikan, saya pun x leh nenen 2 minggu..ummi saya nak pegi kursus..sedihnyaaa..

xoxoxo
Nuha

bear said...

nakal dak kecik ni...heee