5/6/09

Mari memasak makanan bayi

Aimi nak bagi resepi makanan pejal pertama yang Aimi makan
ini khas untuk kawan Aimi yang tak lama lagi nak mula makan
Nur Aimy Marissa nama dia

Inilah kaedah yang mama guna untuk masakkan bubur nasik Aimi
1. amik segengam je beras
2. basuh bersih2 dalam periuk yang kecil (mama siap belikan periuk baru)
3. bubuh air banyak2 dan masak nasik tu sampai pecah butirnya (sebenarnya tak pecah pun tak pe sebab nanti nak blend dia gak)
4. bila dah masak amik nasik dan sikit air nasik itu masuk dalam blender
5. tambah lah kismis atau kurma untuk menyedapkan ia (cari kismis atau kurma yang basah, yg kering tak hancur bila di blend)
6. dah siap blend, tapis dulu
7. barulah boleh makan ye

Sekarang Aimi dah makan bubur nasik dengan ayam, carrot atau ikan merah.
Keledek, kentang, pumpkin pun pernah. Pumpkin paling Aimi suka.

Aimi nak memperkenalkan satu barang.
Nama dia Food Maker.
Masa Aimi berkunjung ke satu kedai baby aritu, aunty tu perkenalkan barang ni pada mama.
Tapi mama tak beli..huhu. Penat tokey kedai promote.
Yang aunty tu tunjuk brand Tollyjoy. Harga dalam RM 35++.

Untuk aunty mama Aimy sangat sesuai guna barang ni.
Dia terdiri dari banyak barang, boleh tumbuk, buat jus, boleh potong sayur jadi kecik2..
Kalau aunty nak kirim, Aimi boleh tolong belikan sebelum Aimi pindah dari Bertam ni hehe.



Mama ada beli satu buku untuk panduan dari Persatuan Pengguna Penang (CAP)
boleh didapati di kedai buku berhampiran dengan harga RM2.50 je. Dalam buku tu tunjukkan yang pengeluar makanan bayi ni sebenarnya banyak menipu huhu

Oleh itu,
marilah kita masak makanan bayi bersama2
sebab bayi belum pandai untuk masak makanan dia sendiri

Pesanan khidmat masyarakat dari,
Cik Aimi Husna

6 comments:

MamaAimy said...

T.kasih byk2..infor yg sgt2 berguna... food maker tu mmg terfikir gak nk beli..nti sy try cari kt cni dulu... if xde sy kirim yerr...

ok...hari ni 1/2 day ...nk blk bwk aimy cucuk pnemucocol 2nd jap...

t.kasih sekali lg... :-)

Aku Bukan Bidadari said...

Aimi aimi..
mana mama aimi beli food maker tuh? best lahh.. mummy kita.. tak blend pun

Truly
Ayra

Cik Aimi Husna said...

mama aimy:ok aunty.xde hal punye.nanti mesti bg aimy mkn yg best2 tau.

ayra:aimi tak beli.mama kata leh pakai blender kat rumah je.ayra suruh mummy blend dulu nasik.senang skit kita xyah kunyah hihi leh mkn laju2

mama_ain said...

erm..ain dlu pun makan nasik blend gak..campur karet,kismis,ayam,ikan..mula2 mmg best..tapi kan..bila dah besar sket..ain dah tak berselera lg nak mkn makanan lembek tuh..skrg ni mkn nasik yg biasa jer..

adlinahusaini said...

NICE BLOG..
kem salam aimi ye
saya ambik resepi bubur nasik aimi letak dlm blog saya :)

Anonymous said...

hai..sy mnt bce blog akak nie..puas dok cr bby food maker nie tp xjmpe laaa....akk tgk ktne??murah sgt nih...