5/5/09

Aquaria KLCC adalah tempat yang banyak hidupan

Seperti yang babah dah janji, babah nak bawak Aimi tengok ikan.
Nak sampai situ sungguh mencabar.
Kena lalu hutan, sungai, jambatan..
Tak caya?? Tengok ni babah bawak Aimi lalu jambatan.
Aimi agak gayat bila pandang sungai itu..hihi.

Jalan punya jalan, sampailah kat Aquaria.
Aimi disambut oleh ikan piranha. Babah kata makan orang ni..hee takotla.
Kolam seterusnya ada haiwan yang boleh disentuh. Tak makan orangla kot.
Mama lak teruja nak pegang semua.
"Baik2 mama, nanti putus lak tangan. Cane nak suap nasik kat Aimi nanti?"

Mama pegang tapak sulaiman. Rupa dia macam twinkle twinkle little star je.
Ada gamat, belangkas...hmm nasib baik Aimi tak terjatuh dlm kolam tu.
Kalo tak Aimi pun kena jadi bahan pameran gak..hihi.

Aimi jumpa macam2 jenis ikan. Geram nak pegang.
Tapi dia duduk dalam kaca. Kaca tu dipanggil akuarium ye kawan2.
Kalau nak bela ikan kat rumah, boleh beli akuarium.
Aimi tak boleh. Nanti kucing Aimi makan.



Yang ni nama dia penyu. Cantik dia.
Seronok Aimi tengok dia berenang2.
Dia ni yang macam dalam Ninja Turtle tu. Aimi tak tengok cite tu. Babah yang selalu tengok.
Penyu ni dia berenang kat laluan yang sama je. Agaknya dia dah tinggal cebis roti kat laluan tu. Macam cite Hensel n Gretel.


Ikan ni Aimi lupa nama dia. Tapi dia cantik.
Meriahkan dia??hihi
Kalo dapat amik makan ni sedap!



Ada terowong yang kita boleh tengok macam dalam laut.
Ada ikan2 besar, jaws yang gigi banyak, ikan pari yang berenang lemah gemalai, ikan yu bodo pun ada..duduk je tercongok tak gerak.
Ada sorang aunty mat salleh borak dengan Aimi tanya pasal yu bodoh tu. Dia ingatkan batang kayu hahaha...
Selain haiwan yang berenang, ada jugak yang tak berenang.
Ular, cicak macam2 saiz, itsy bitsy spider, katak..


Sungguh seronok! Banyak benda baru yang Aimi belajar.

Tima kasih babah.
Lepas ni, babah dah gi belajar. Tatau bila lagi kita boleh jalan sama2.
Stay handsome ye babah!

Keluar je mama jumpa kawan lak.
Inilah Aunty Ust kawan mama kat u dulu. Dah 8 tahun tak jumpa.
Nanti boleh ajak Aunty Ust belanja Aimi aiskrim.
Huhu Aimi ternampak kedai New Zealand Natural..nyum nyum..
Nak..nak!

Aimi dah balik Penang.
Kena kemas barang2, tgh bulan ni kami nak pindah.
Sedih nak tinggalkan kawan2 kat Bertam..
Lepas ni nak mulakan hidup baru di Bukit Raja.
Tunggulah kehadiran Aimi!

9 comments:

arachnida said...

hehe..tak sabar tunggu aimi pindah sini..
nanti kita pegi jejalan yer..
pegi picnic..pegi shopping..
alahai pic aunty x jadila...
nanti kita snap2 pics lagi yer...

MamaAimy said...

bestnyer aimi dpt tgk ikan besar2... mama ckp bila aimy dh besar sket br seronok mama nk bwk g saner..sbb skrg aimy x brp phm lg...so skrg mama selalu bwk g kedai jual ikan yg dlm aqurium dkt2 rmh jerr..

aunty nk tgk...nti aimy susah mama amik gmbr... :-)

azzamoro said...

mahal tak tiket nak masuk Aquaria?

ctlinda said...

wah!bestnya aimi jln2 kt Aquaria KLCC..xajak kita pun...mesti seronok..nanti la nk bawa Irfan juga p sana..mesti Irfan teruja..tanya ma aimi berapa harga tiket masuk,nak budget takut lari pbelanjaan hihi2..

mama_ain said...

hihi..mmg seronok kan aimi g sana..ain pun dah pegi dulu..mmg byk hidupan kat sana..

Cik Aimi Husna said...

aimi masuk free je.mama dan babah je kne byr 28 hengget sorang.nanti aimy dgn irfan,aimi bwkkan gi aquaria.kita masuk bertiga free je..hehe.

aunty ust jgn lupa kim salam pada uncle pakwe aritu ye!

oPpo said...

aimi2..deng degedeng degedeng deng..
hehehe..

arachnida said...

aimi,
uncle kepada pakwe bernama danish yer....
tu auntycle nama dia...
tapi dia boleh jadi babysitter yang baik..
nanti suh antikel tu jaga aimi..aunty g shopping dgn mama aimi yer.. :D

::cikgu liza:: said...

aimi.. lama cikgu tak jenguk aimi.. aimi dah besar sekarang ye.. amboi.. sakan.. jalan sana jalan sini..

aimi.. cikgu rasakan.. cikgu kenal la mama aimi.. dgn aunty ust tuh.. mama aimi dgn aunty ust dulu sekolah kat ne, mrsm bp ke? pastuh smbg belaja kat ukm ke? pernah tak mama aimi dgn aunty ust belajar dkt kypm bangi?..

before this cikgu rasa cikgu mcm kenal mama aimi.. tapi cikgu tak pasti.. tapi bila tgk aunty ust aimi tuh.. memang rasa cam pernah jumpa je..

hehehehe.. familiar betul muka...