6/15/09

Aimi dah 9 bulan

Semalam Aimi dah 9 bulan.
Alhamdulillah dah besar Aimi kan hihi..


Apa yang Aimi dah boleh buat?
1. Makan bubur nasik yang hanya di blend sikit. Ada rasa butir-butir skit baru sedap.
2. Minum air dengan straw
3. Jalan sambil pegang pada kerusi dan meja
4. Berdiri tanpa pegang paling lama seminit
5. Panjat/ turun katil, kerusi, meja kecik, kuda dan walker
6. Merangkak dengan yakin boleh
7. Sebut bah bah bah, bak bak bak, mama (masa nangis sahaja ;) )
8. Gigi Aimi dah ada 6
9. Pandai cium mama
10. Tepuk tangan dan bagi "five!" pada mama
11. Kenal gambar mama dan babah
12. Tunjuk apa yang Aimi nak, contohnya tunjuk arah playground
13. Excited bila tengok Mickey Mouse, dengar lagu Wonderpet, tengok rakan tak sebaya, nampak kolam yang ada air dan nampak kucing
14. Bergedit bila dengar lagu nursery ryhmes
15. Buat sign bila Aimi tak suka kan sesuatu

Apa yang Aimi tak boleh buat?
Aimi tak boleh berenggang dengan mama! Kalau boleh Aimi nak masuk dalam perut mama balik. Senang mama nak bawak Aimi gi mana-mana.

1 comment:

MamaAimy said...

hepi beday ke 9 bulan...aimi dh semakin bijak... semoga sihat2 selalu & bahagia disamping mama tersayang...