6/22/09

Hari minggu Aimi

Hari minggu tu mula hari sabtu kan? Betul ke?
Hmm hari sabtu Aimi demam.
Sebenarnya petang khamis lagi mula. Jumaat pagi dah kebah, tapi malam demam lagi.
Aimi sangat rimas.

Sabtu pagi.
Mama bawak Aimi gi Klinik Mediveron kat Setia Alam.
Doktor suspek Aimi kena chicken pox tapi kena tengok sampai Isnin..hari ni la. Tak ada bijik2 merah berair yang doktor tu kata.

Sabtu petang.
Terkezuut Aimi. Bangun je dari tido nampak ada ramai orang dalam rumah..hehe.
Kawan mama rupanya Ada baby 2 orang- Nabil dan Chempaka.
Masa ni badan Aimi panas lagi. Aimi tak mampu nak main dengan diorg.
Aimi makan ubat..tapi ubat tu tak sedap.
Muntah plak, keluar ubat dengan susu sekali.
Malam tu Aimi rehat saja.
Ahad pagi.
Aimi dah sihat. Cuma ada hingus yang keluar keluar keluar.
Aimi tak suka mama sapu hingus, macam nak korek keluar semua taik idung..huh!
Ada lagi kawan mama datang, bawak hadiah untuk Aimi hehe..Aimi suka.

Terima kasih Macik Azlina!

Macik Azlina bawak Aimi dan mama pegi Jusco.
Belanja mama makan..amboi mama ni.
Pastu mama babai2 dia dan bawak Aimi jalan.
Tup tup Aimi nampak Ibu n d geng..aik camne ibu leh ada sini.
Ibu bawak kitorang tengok wayang.
Inilah cerita yang mama tengok. Aimi tengok jap je..baik layan tido..gelap..sejuk...zzz....

Habis tengok cite tu, Aimi jalan-jalan dengan mama.
Jumpe Pacik Clown. Dia bagi Aimi belon..bentuk bunga.
Pandai dia buat. Mama sila belajar ye.
Inilah belon bunga tu.
Jalan-jalan-jalan lagi.
Aimi dan mama kena balik dengan teksi Ibu.
Kitorang pun tunggu la aktiviti ayah yang singgah mengurut kaki.
Tunggu...
Ermm ramainya orang nak urut..sakit kaki ke semua???
Hello Colonel Sanders..apa bikin kat luar saja ni? Jomlah belanja Aimi.

Akhirnya dapat balik hihi. Tapi jap je, ibu dan semua dah balik rumah diorang. Aimi sedih tengok Avanza hijau tu berlalu. Tinggal Aimi dan mama berdua. Takpela. Mama ada temankan Aimi. Malam tu Aimi tak tido awal. Main-main dulu. Dah penat baru tido.

Ini adalah gambar pagi ni. Nampak tak merah?

Hari ni Aimi dah tak demam. Tapi apa yang merah-merah ni???

3 comments:

Eliss said...

alahai..best nya jalan2..sian naik merah2..campak ker tu awak?

xoxo,
Nuha

Cik Aimi Husna said...

doktor kata saya alergik antibiotik..ataupun tu ruam panas saja.ntahle doktor tu.
nak ilang dah merah tu.

Queens said...

Aimi aimi..mungkin aimi alergic kut?
ayra pun selalu camtuh if makan ikan bilis..alergic

Ayra