5/8/09

Kebolehan bayi sebaya Aimi: Episod I

Kami, para bayi mampu merasa sesuatu menggunakan deria yang ada dalam mulut
Mungkin berbeza dengan orang dewasa
yang mampu merasa menggunakan jari
Hujung jari kami masih kurang sensitif pada sesuatu rasa
Rasa..tapi kurang la
dengan mulut lagi mudah nak merasa bagi kami

Sebab tulah kami selalu dilihat memasukkan pelbagai jenis barang dalam mulut
salah satu perkara yang telah dimasukkan dalam mulut Aimi adalah...
bil Astro

Lepas keluar ambil bil dalam peti surat bersama mama
Aimi telah memegang bil tersebut dan memasukkannya dalam mulut
Kerana mama sedang sibuk di dapur walaupun sambil mendukung Aimi
mama telah tak perasan yang Aimi telah makan lambang Astro pada sampul bil tersebut

Oleh itu, kesemua lambang astro yang tercetak pada kertas itu telah punah dan berada dalam mulut dan tekak Aimi!

3 comments:

ctlinda said...

ya...memang xleh dinafikan mulut adalah 1perkara yg paling penting utk bayi mendpt kepuasan...betul x aimi

MamaAimy said...

hahaha... saya pun mempunyai kebolehan yg sama dgn awk...
bestkan dpt gigit mcm2...


Aimy.

MeL said...

mika pun sama, sume nak masuk mulut! kertas pn da penah telan..aduhai budak2 ni kan ;p